14 May 2015

Duit tak kenal pak haji atau malaon...

1MDB, TH, EPF, KWAP, PNB- Transaksi Bisnes dan Regulatory Capture...

Ada kawan2 berkata kepada saya- mustahil salah laku berlaku dalam transaksi TH dengan 1MDB. Kenapa tanya saya? 

Sebab tokoh2 dalam transaksi itu mereka kenal sebagai warak dan alim dan kuat beragama.

Saya jawab- tidak ada misteri pun. Sebab duit, jika ia boleh berkata kata- akan kata, ia tidak tahu dalam tangan siapa ia berada- dalam tangan orang alim atau tangan pelesit masyarakat.

Duit tak kenal pak haji atau matlaon. Keinginan memiliki duit tambahan dan mudah tidak mengenal dan membeza kadhi, mufti dengan pencuri biasa.

Sebagai bandingan seterusnya saya kata- lihat ustaz yang gatal yang mencabul wanita. Barang yang ada pada nya tidak pun tahu ianya melekat dan tergantung pada badan tok guru, ustaz atau setan masyarakat. Dia tahu bila lihat target, dia hendak. Budak botak tu tak ada mata dan telinga- dia bahan sondol je.

Jadi, saya kata, kita jangan ambil orang at face value. Setan dan crook semua berwajah decent.

Izinkan saya mebincang transaksi TH dan 1MDB dan transaksi2 1MDB dengan badan2 berkanun lain seperti KWAP atau PNB atau mana2 lah.

Kerajaan Najib sudah desperate sekarang – dia akan lakukan apa sahaja untuk meyelamatkan tengkuk nya. Desperation itu membuka peluang kepada individu2 yang ada kedudukan mengambil kesempatan membalun wang. Apatah lagi mereka sedar, rasuah sudah tidak terkawal lagi apabila money has gone to number 1. Mungkin.

Sebagai nota sampingan- dalam isiu 1MDB ini, kita tidak boleh berharap pada Muhyidin Yassin. Mana mungkin Malaysia akan selamat dengan tokoh berpalit lumpur ini? Di Milan bukan main berdegar degar- habis MKT semua sekali menyokong Najib.

Mahukah Dr Mahathir sokong orang macam Muhyidin sebagai PM Malaysia yang akan datang? Fakta nya, Muhyidin dan semua menteri lain sama sama berada atas bridge kapal yang langgar batu karang. They were all on the bridge that caused our ship of state to run aground. Kesemua mereka tidak layak jadi PM.

Saya mahu bincang isiu TH dan 1MDB melalui suatu konsep yang dinamakan regulatory capture. Dengan konsep ini kita akan faham bahawa songlap duit, kebas komisyen, berjanji akan garu belakang masing2, tumbuk rusuk semua sekali adalah kemungkinan2 yang tinggi dan sebenarnya berlaku.

Saya rasa teringin melihat isiu TH dari kosep ini bila membaca pompous humility timbalan CEO tabung Haji mengeluarkan jawapan yang nampak nya suci.

Semua nya syariah compliant dan bersesuaian dengan selera Tabung Haji menggalas risiko yang tinggi. Wah….

Bila membaca respons ini, entah mengapa saya teringat tokoh yang dicipta oleh Pak Sako dalam novel nya- Encik Poh Kee Mak dan encik Tong Sam Pah. 
Regulatory Capture. 

Konsep ini dimajukan oleh beberapa ahli ekonomi seperti George Stigler dan pada masa ini oleh Joseph Stiglitz.



Apa dia regulatory capture?  

Ianya suatu bentuk rasuah yang berlaku apabila suatu ejensi, suatu syarikat sokongan kerajaan atau bisnes entity yang mempunyai dokongan politik- seperti 1MDB membuat terma2 dan peraturan serta  'rules and regulation' yang menjaga kepentingan komersial dan kepentingan kewangan suatu kelompok berkepentingan. Dalam bahasa mudah mensahihkan rasuah, balun duit, komisyen, bakshish.

Malah amalan ini diamalkan dalam syarikat2 besar dimana lembaga eksekutif , apabila melakukan tarsaksi yang melibatkan wang yang besar- akan write in rules and regulation yang akan menawan faedah disuatu masa hadapan atau ketika itu jua.

Regulatory capture adalah suatu bentuk kegagalan tata-urus yang baik. Ia nya memberi peluang kepada pencuri dan penyamun, perasuah- alim atau tidak, baik atau matloan untuk menyapu wang sementara dilindungi oleh jawatan politik atau jawatan ekskutif.

Ejensi2 , syarikat milik kerajaan atau syarikat dokongan politik, disebut sebagai "captured agencies". Apatah lagi peluang membalun wang semakin besar jika yang berurusan semua nya captured agencies. Contoh: Tahung haji dan 1MDB. 1MDB dengan KWAP. 1MDB dengan TNB. 1MDB dengan EPF, PNB, dan mana lagi si Najib Bugis berselera.

Walaupun saya frust dengan sikap orang Melayu yang mengada ngada hanya apabila RM189 juta duit Tabung Haji terlibat sedangkan 1MDB yang mempunyai RM49 billion hutang dan tanggungan mereka diamkan dan tidak pedllikan, saya rasionalisasikan sikap mereka itu dalam konsep regulatory capture ini.

Saya yakin orang melayu biasa pun, UMNO dan bukan UMNO membenci segala bentuk salah guna kuasa, rasuah dan membalun duit rakyat.

Regulatory capture berlaku bila mana sekelompok individu yang ada kuasa politik dan eksekutif mempunyai kepentingan tinggi dalam outcome sesuatu transaksi. Jadi mereka write in peraturan dan regulations dalam transaksi yang dilakukan supaya imbuhan yang mereka mahukan akan dinikmati setelah selesai transaksi.

Dan semua ini sahih disisi undang2. Sebagai contoh dari segi technicalities, perjanjian yang dilakukan oleh peguam2 Jho Low dan Tarik Obeid semua nya legal. Ertinya, undang2 boleh digunakan untuk mensahihkan pembalunan wang.

Serupa juga- dari segi teknikaliti orang macam Dato Johan timbalan CEO tabung Haji tidak melihat apa pun yang cacat- semua technicalities diikuti. 

Regulatory captures ditulis dalam bahasa teknikaliti yang sahih , maka mengikut pandangan Dato Johan, regulatory captures itu tentulah sahih dan syariah compliant lagi.

Oleh yang demikian mereka akan menghalakan sumber dan pemikiran bagaimana merealisasikan dan menikmati  kepentingan2 tersebut( biasa nya wang berjuta2) .

Orang2 biasa , kerana setiap mereka mempunyai kepentingan yang kecil dalam hasil sesuatu dasar atau transaksi tidak akan mempedulikan nya. 

Contoh; 1MDB- kelompok individu yang ada kedudukan politik seperti Najib dan lain2 serta mereka yang mempunyai keududukan eksekutif mempunyai kepentingan besar dalam outcome apa2 yang dilakukan oleh 1MDB. Oleh yang demikian, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menikmati hasil dari rancangan ereka.

Mungkin kelompok ini termasuk  lembaga pengarah atau individu tertentu dalam 1MDB serta para aktor lain seperti Jho Low, Patrick Mahney, Tarik Obeid, Li Lin Sit, Tifanny Heah dan pak arab dan mamat Melayu yang lain.

Orang biasa mempunyai kepentingan yang kecil atau tidak ada lansung secara individu maka tidak peduli apa yang dilakukan oleh 1MDB. Peduli apa dengan 1MDB asal aku dapat BR1M, dapat bantuan JKM, dapat mohon tanah, dapat longkang dan jalan. Dia orang nak samun atau rompak, tidak apa.

Lagi pun, kalau kerajaan lain ambil alih, serupa juga. Lagi pun Najib Bugis berhak ambil apa2 sebab dia yang mengurus negara. - Dato' Mohd.Ariff Sabri bin Hj. Abdul Aziz@sakmongkol ak47

Siapa beli sukuk 1MDB...

Selepas Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini menafikan pembelian sukuk syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), PAS kini membangkitkan persoalan siapa sebenarnya pembeli sukuk bernilai RM579.2 juta 1MDB seperti didakwa Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli sebelum ini.

Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut mempersoalkan di mana dana RM1.5 bilion yang dikeluarkan hasil jualan sukuk oleh 1MDB, yang mana RM920.8 juta disahkan pembeliannya oleh Lembaga Tabung Haji pada Februari 2014.

"Selepas penafian PNB, jadi siapa sebenarnya yang membeli Sukuk 1MDB? Dua hari lepas, Tabung Haji mengaku membeli sukuk Bandar Malaysia terbitan 1MDB sebanyak RM920.8 juta pada Februari 2014.

"Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini menafikan dakwaan ia terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB bernilai RM1.5 bilion, jadi, siapa sebenarnya membeli sukuk 1MDB atau dalam erti kata meminjam duit kepada 1MDB? Apakah ia satu lagi badan berkanun kerajaan atau pihak asing?" soal Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya hari ini.

"Namun persoalannya mudah, ialah di manakah duit RM1.5 bilion ini hasil jualan sukuk ini sekarang?"

Rafizi semalam mendedahkan, memandangkan Tabung Haji mengaku membeli sukuk bernilai RM920.8 juta, ia bermakna PNB "meminjamkan" wang kepada 1MDB melalui pembelian selebihnya, iaitu RM579.2 juta.

Akhbar The Star sebelum ini turut melaporkan 1MDB mengeluarkan sukuk bernilai RM1.5 bilion tahun lepas kepada PNB dan Tabung Haji.

"Begitu juga dengan duit hutang RM3.5 bilion yang dipinjam daripada 6 bank yang diketuai Deutsche Bank, di manakah duit RM3.5 bilion ini sekarang?" soal Tuan Ibrahim.



Pesuruhjaya PAS Pahang itu berkata, tidak dinafikan banyak perkara yang di dalam 1MDB menimbulkan seribu satu persoalan dan transaksi melibatkan 1MDB amat merumitkan.

"Tetapi segalanya itu boleh dirangkum dalam satu persoalan yang mudah – di manakah duit 1MDB sebanyak RM42 bilion yang dipinjam daripada merata tempat ini sekarang kerana Bandar Malaysia dan Tun Razak Exchange (TRX) yang diwar-warkan masih jauh daripada direalisaikan?" soalnya.

PNB hari ini menafikan dakwaan terlibat dalam pembelian sukuk keluaran 1MDB  bernilai RM1.5 bilion.

"PNB juga tidak menerima sebarang tawaran daripada 1MDB," kata pengurus aset terbesar negara itu dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Tuan Ibrahim juga mempersoalkan status suntikan oleh Putrajaya dalam bentuk “standby credit” RM950 juta ke dalam 1MDB yang diperakui Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Mac 2015.

"Di manakah duit RM950 juta itu sekarang? Bagaimana pula dengan duit untung RM188.5 juta yang diperolehi daripada penjualan tanah TRX kepada Tabung Haji baru-baru ini? Di manakah duit ini sekarang?" soalnya.

"Diharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak selaku Penasihat 1MDB boleh menjawab persoalan ini," katanya. – tmi

Rafizi gesa Najib jelaskan bagaimana 1MDB akan bayar hutang kepada 6 bank antarabangsa 

Foreign banks circle 1MDB over RM3bil loan...

A group of six international banks are seeking for early payment of their US$975 million (RM3.6 billion) loan to cash-strapped 1Malaysia Development Berhad (1MDB), reports Singapore's Business Times.

The loan from the consortium of banks led by Deutsche Bank is only due in September but it would seem they have become increasingly jittery over 1MDB's financial status.

The report said the banks had initially granted the loan after 1MDB offered its US$1.103 billion as collateral through its unit Brazen Sky Limited in BSI Singapore. The collateral was part of the 1MDB funds previously deposited in the Cayman Islands.

However, the creditor banks now believe that the securitisation documents of the loan to be incomplete and can therefore demand immediate payment.

"What was earlier construed as a tightly collateralised loan is now making the banks nervous, given this controversy,” Business Times quoted an anonymous source as saying.

It said this comes amid questions on whether the said funds parked by 1MDB in Singapore really exist.

Whistle-blower Sarawak Report had last month cited leaked investigation papers, claiming that 1MDB had submitted false bank statements concerning Brazen Sky Limited.

“The account merely contains ‘paper assets', the true value of which cannot be determined," the report had said based on anonymous source.

The Business Times report said 1MDB and the banks are currently in intense negotiations to prevent the early recall of the loan.

Forced to sell assets

Yesterday, PKR's Pandan MP Rafizi Ramli warned that 1MDB, which is already struggling to repay its loan interest, may face a big one in September when the RM3.6 billion loan is due.

However, if jittery foreign banks have it their way, 1MDB may find itself in an even worse position.

1MDB, an entity of the Finance Ministry, has accumulated a staggering RM42 billion and has been forced to begin selling off its assets to try and repay the amount.

However, its sale of assets to other government-linked entities have sparked outrage as it is seen as a bailout of 1MDB which is the brainchild of Prime Minister Najib Abdul Razak, who is also finance minister.

In a related development, 1MDB announced that Indonesia's Mulia Group is purchasing a parcel of the Tun Razak Exchange Land owned by the former for RM665 million to develop the Signature Tower.

The same parcel of land was previously considered by Lembaga Tabung Haji but it later bought a different piece at 1.56 acres,for RM188.5million.

1MDB had purchased the entire 70 acres from the government for a mere RM194.1 million.

This translates to a purchase of RM2,773 per square foot by Tabung Haji, compared to 1MDB which bought the land for only RM64 per square foot from the government.

The pilgrimage fund was later forced to resell the land after it sparked outrage among depositors and within the government's ranks.- mk








cheers.

No comments: