14 May 2015

Rafizi dikasari pegawai keselamatan UIA tika berceramah...


Malam tadi diadakan Talk berkenaan GST yg dijadualkan berlangsung di Main Audi UIA.Program yg telah mendapat kelulusan pihak atasan UIA bagaimanapun dibatalkan apabila sampai ke peringkat rektor UIA atas sebab yg tidak diketahui.

Wakil BN dibenarkan bercakap di dalam Forum. Tapi bila YB Rafizi Ramli baru berucap 8-9minit, Security UIA datang ke tengah mendekati YB Rafizi.

Beliau merampas mikrofon dipegang Rafizi dgn kasar,.. lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara Rafizi sempat berkata dgn lantang "Mana adab di depan pelajar pelajar !!!"..

Kelihatan suasana amat tegang.. Diiringi 'boo' dan sorakan dari hadirin yg hadir.. Ini sudah banyak kali program talk diskusi ilmiah dibatalkan penganjur atas tekanan 'tangan ghaib tertentu'. - f/bk

Terima kasih Vote 4 Hanif Mahpa SRC UIA dan semua adik-adik yang bersama-sama mempertahankan majlis ilmu semalam. Universiti adalah tempat mencambah fikiran dan pandangan. Untuk itu ia perlu terbuka dan bebas. Jika Rektor Zaleha Kamaruddin lebih gemar menjadi mata-mata Umno, lebih baik letak jawatan. Baca kenyataan saya dan bandingkan dengan posting oleh siswa untuk ketahui keadaan sebenar.

14 MEI 2015


REKTOR UIA PATUT LETAK JAWATAN JIKA TIDAK MENGHORMATI ILMU DAN KEBEBASAN BERFIKIR

Saya kesal dengan tindakan kasar Ketua Keselamatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Razali Mohamad yang bertindak merampas mikrofon semasa saya sedang berucap di dalam satu forum mengenai GST di UIA semalam.

Saya telah dijemput oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP atau Students Representative Council, SRC) UIA untuk menyertai satu forum mengenai GST. Saya dimaklumkan oleh penganjur bahawa pihak UIA telah meluluskan penganjuran forum ini kerana ia melibatkan wakil dari Umno (Lokman Adam) dan wakil dari Jabatan Kastam dan Eksais.

Saya juga dimaklumkan oleh MPP bahawa Rektor UIA, Dato’ Seri Dr Zaleha Kamaruddin telah meletakkan garis panduan bahawa MPP boleh menjemput ahli politik berdiskusi dalam majlis ilmu di UIA dengan syarat ahli politik itu mempunyai kelayakan dalam bidang yang dibincangkan.

Saya hanya mendapat tahu semalam bahawa pada saat akhir, Rektor UIA telah mengarahkan supaya program itu dibatalkan. Menjelang jam 8 malam, telah timbul kekeliruan apabila saya dimaklumkan bahawa pihak UIA bersetuju agar program itu diteruskan apatah lagi kerana wakil Umno, Lokman Adam pun mahu hadir juga.

Saya telah dimaklumkan dari awal bahawa pihak Keselamatan UIA telah mengadakan sekatan jalanraya untuk menyemak setiap kereta yang masuk UIA. Saya mengambil keputusan untuk menaiki motosikal dan berjaya memasuki UIA tanpa ditahan oleh pihak Keselamatan.

Sekitar jam 930 malam apabila saya tiba di satu ruang terbuka di mana siswa UIA telah berkumpul, saya mendapati Lokman Adam telah pun berucap. Saya juga mendapati kehadiran pihak polis Cawangan Khas yang ramai termasuklah beberapa anggota Cawangan Khas yang datang memperkenalkan diri mereka kepada saya.

Pihak MPP UIA memaklumkan bahawa mereka akan meneruskan program. Setelah 15 minit Lokman Adam berucap, seorang pegawai Keselamatan UIA tampil mengumumkan bahawa pihak pengurusan teratas UIA telah membuat keputusan bahawa program boleh diteruskan tetapi hanya Lokman Adam yang dibenarkan berucap.

Ini menimbulkan kemarahan dan kekecewaan siswa yang hadir. Lokman Adam kemudiannya menyatakan dia akan berhenti bercakap dan mahu program dihentikan. Pada ketika itu saya menyatakan kepada pimpinan MPP dan siswa yang hadir bahawa tidaklah adil jika saya langsung tidak dibenarkan berucap sedangkan Lokman Adam telah pun berucap selama 15 minit.

Pada ketika itulah pimpinan MPP berunding dengan pegawai Keselamatan UIA yang ada di situ dan menyatakan bahawa majlis akan berakhir setelah saya berucap selama 15 minit. Saya dijemput berucap dan pada minit kelapan (seperti di dalam video yang dilampirkan bersama), seorang yang tidak dikenali datang menghampiri saya dari sebelah kanan. 

Dalam beberapa saat itu tanpa memaklumkan apa-apa kepada saya, orang itu merampas mikrofon sehingga tercabut bateri mikrofon. Ini berlaku di hadapan beratus-ratus siswa UIA yang hadir dan menimbulkan suasana tegang. Saya menyatakan secara terbuka kepada orang itu bahawa tindakannya adalah biadap dan tidak menghormati majlis ilmu. Cara biadapnya itu bukanlah contoh terbaik di hadapan siswa.

Saya dimaklumkan kemudian bahawa orang itu adalah Superintendent Razali Mohamad, Ketua Keselamatan UIA. Saya juga dimaklumkan bahawa dia adalah seorang anggota polis dari Bukit Aman yang dipinjamkan kepada UIA sebagai Ketua Keselamatan.

Keadaan menjadi tegang apabila beberapa orang dewasa yang tidak beruniform menghampiri saya dan cuba untuk memaksa saya beredar dari kawasan itu. Saya dilindungi oleh puluhan siswa UIA yang memisahkan saya dari orang-orang yang tidak dikenali ini. Beberapa dari mereka membuat bising dan mengkritik kononnya tindakan saya tidak mencerminkan seorang Ahli Parlimen. Saya dimaklumkan kemudiannya bahawa orang-orang yang tidak dikenali ini adalah anggota-anggota polis Cawangan Khas. Selepas 20 minit, saya akhirnya di bawa beredar dari kawasan itu dan siswa bersurai dengan aman.

Ini bukanlah kali pertama pengurusan UIA di bawah Rektor Dato’ Seri Dr Zaleha Kamaruddin membatalkan program ilmiah di saat akhir apabila ia melibatkan tokoh Pakatan Rakyat. Sebelum ini pun UIA mengundang kontroversi apabila membatalkan program-program UIA termasuklah yang melibatkan menteri, wakil kedutaan asing dan EXCO Kerajaan Selangor. Kecenderongan Rektor UIA ini memberi gambaran seolah-olah UIA tidak meraikan ilmu yang dijana dari perbezaan pendapat. Malah keputusan Rektor UIA yang membenarkan hanya wakil Umno untuk berucap semalam mendedahkan bagaimana beliau telah mempolitikkan kedudukannya bagi kepentingan Umno. 

Saya juga bimbang dengan kehadiran anggota polis Cawangan Khas dalam program ilmiah yang dianjurkan oleh siswa. Malah, saya menerima aduan bahawa kehadiran polis Cawangan Khas di dalam kampus UIA ini adalah satu perkara biasa.

Tindakan-tindakan ini bertentangan dengan hasrat Kerajaan Barisan Nasional sendiri untuk menaiktaraf mutu institusi pengajian tinggi. Untuk menjadi universiti yang berwibawa, UIA perlu menghormati kebebasan ilmu dan kebebasan berfikir. Jika Rektor UIA tidak mampu memahami perkara asas ini, sewajarnya beliau meletakkan jawatan sebagai Rektor UIA dan mengambil jawatan baru di dalam Umno sesuai dengan kecenderongan beliau selama ini.

RAFIZI RAMLI
NAIB PRESIDEN/SETIAUSAHA AGUNG 
AHLI PARLIMEN PANDAN


Keselamatan UIA biadab

Ini adalah satu catatan siswa yang kini berlegar di FB:

SIKAP TIDAK PROFESSIONAL SECURITY UNIT UIA

Malam tadi diadakan Talk berkenaan GST yg dijadualkan berlangsung di Main Audi UIA bermula 8malam..

Program yg telah mendapat kelulusan pihak atasan uia bagaimanapun dibatalkan apabila sampai ke peringkat rektor uia atas sebab yg tidak diketahui (namun sudah jelas mengapa).

Talk ini dijadualkan disampaikan oleh Saudara Rafizi Ramlidari PKR dan Saudara Lokman mewakili Kastam Malaysia..

Pihak rektor uia sndiri telah memberi keizinan utk membawa masuk sebarang ahli politik dari luar menyampaikan talk dgn syarat beliau hendaklah mempunyai kelayakan bercakap ttg topik tersebut.

So agak pelik disitu.Mengapa dibatalkan ?

Program diadakan juga atas sokongan dan usaha SRC IIUM (tahniah utk mereka terutama presiden sahabat saya Hanif Mahpa) dan student2 uia yg dahagakan ilmu dan memperjuangkan kebebasan berakademik yg digembar gembur pihak universiti selama ini.

Sr Rafizi sampai agak lambat(faham2 la nak seludup bukan senang).Maka majlis dimulakan dulu oleh saudara lokman menerangkan serba sedikit ttg GST.Entah betul entah tidak..selama 15minit.

Guard uia kelihatan di setiap sudut namun tidak menimbulkan sbarang provokasi.

Kemudian Sr.Rafizi sampai disambut dgn sorakan semua student y hadir.Beliau mengambil tempat ahli panel.Guard uia kelihatan sedikit resah dgn kehadiran beliau.Muka masing2 telah tertulis (dah sekat sana sini..camne leh seludup masuk ni)..

Kemudian akhirnya kelihatan seorang wakil security bercakap dgn wakil src di belakang.Suasana sedikit tegang.

Akhirnya seorang security datang ke saudara lokman dan meminta memberhentikan ucapan.Suasana semakin tegang.Student2 telah mula bersorak meminta security jgn masuk campur.

Akhirnya setelah didesak.wakil security tersebut telah mengumumkan telah menerima arahan atasan(?) Bahawa hanya PENCERAMAH KERAJAAN SAHAJA DIBENARKAN BERUCAP.Disambut dgn boo oleh semua y hadir..

Lalu saudara lokman (of kos la kerajaan) memberi cadangan bahawa kedua2 mereka tidak bercakap supaya adil(?) ..

Lalu saudara rafizi mengambil mikrofon dan berkata.

"Hai.. Org kerajaan dh bercakap 15minit..xkan saya tak boleh bercakap langsung"

Disambut sorakan org ramai.

Lalu pihak src meminta security membenarkan Sr. rafizi berucap sebentar.Guard kelihatan amat resah dan seorang dripadanya merakam setiap butir percakapan rafizi.

Selang 8-9minit berucap.. Kelihatan seorang y sy percaya security uia dtg ke tengah dgn wajah garang..mendekati saudara rafizi.

Dan !! Beliau merampas mikrofon dipegang rafizi dgn kasar..lalu bermulalah rusuhan org ramai.. Bersorak membantah tindakan kebudak budakan security tersebut sebelum saudara rafizi sempat berkata dgn lantang "mana adab di depan pelajar pelajar"..


Inilah pegawai yang rampas mic dari Rafizi... 

Kelihatan suasana amat tegang.. Diiringi boo dan sorakan dri hadirin y hadir.. Semua amat berang kerana majlis diganggu security uia yg menerima arahan org atas y bimbang periuk nasi terjejas.

Kata security,

"Saya hanya menyampaikan dari top management kepada ketua saya untuk sampaikan, yang wakil kerajaan boleh berucap.. tetapi saudara Rafizi tidak boleh.."

Student melaung beramai-ramai bertanya,

"ARAHAN SIAPA??"

"Ketua saya Superitendan Razali"

"SIAPA TOP MANAGEMENT?"

"Kamu sendiri tahu siapa top management.."

Itu sebelum tiba-tiba datang 3 orang security, seorang daripadanya memeluk rafizi dengan lengannya, kemudian merampas microfon dengan sangat kasar dan biadap di hadapan semua student.

(Bateri microfon yang tercabut masih lagi di tangan saya)

Satu soalan,

"Siapa top management?"

Akhirnya setelah beberapa siri ala2 rusuhan.. Presiden src berucap meminta semua bertenang dan bersurai..nmun berjanji akan tetap memperjuangkan kebebasan berakademik di uia..

****

Habis program saya berjumpa Presiden SRC, saudara Hanif Mahpa,

"Tahniah SRC!! Jangan risau, kalau ada apa-apa lepas ni.. kami ada.."

Jawab beliau,

"Terima kasih.. Allah ada..

****

Itu belum cerita pergaduhan kecil saudara Adam menunjukkan tangannya kepada Rafizi di meja makan selepas program, dan keluar dengan penuh carutan.

Oh, itu kisah lain.

Kempunan lah nak tahu ulasan pasal GST dari kedua-dua belah pihak.

Tahniah kepada SRC dan pihak penganjur!! Selamat memperjuangkan kebebasan akademik!!!

Saya dgn ini mengutuk sekeras kerasnya sikap tidak professional admin uia yg lidah bercabang.. Sekejap bagi sekejap cancel..dan sikap security uia yg amat tidak professional.

Hidup Mahasiswa !!



Penang number plate
Poser over car with ‘PENANG’ number plate in HK...

A luxury car bearing the number plate “PENANG” pictured next to Chief Minister Lim Guan Eng in Hong Kong has raised a lot of questions and has become a hot topic here.

Barisan Nasional assemblyman for Sungai Acheh Mahmud Zakaria showed photographs of the car during the state assembly sitting on Tuesday.

“Is that his (Guan Eng’s) vehicle used in Hong Kong or was it rented? The car plate raises questions,” The Star Online quoted Mahmud as saying, to which state executive councillor Chow Kon Yeow explained that the vehicle belonged to a businessman from Penang who was in Hong Kong.

Muhamad Farid Saad (BN-Pulau Betong) meanwhile questioned if permission was required to use a Penang car number plate in Hong Kong.

Lim, in a written response on April 30, said the state had not given permission to any party to make use of the Penang plate in Hong Kong.

He stated that the issuing of the car plate was under the jurisdiction of the Federal Government and not the state.

He also pointed out that the decision to allow the use of the car number plate in Hong Kong was also bound by the law of the country.

Henry Chang...
1.  If car is Malaysian registered, ask who? Federal dept JPJ of course.
2.  If car is not Malaysian registered, it's nobody's business - least of all Penang UMNO's - but the car owner's.
3.  If the owner chooses to take a pic with LGE standing by it, what's wrong?
Next time I see a "Malaysia Restaurant" signboard in London or Sydney or Singapore or anywhere else NOT in Malaysia, should I protest and ask if the owner has got our Ministry of Trade's approval for using "Malaysia"?

This kangkong-level of thinking and intelligence is simply disgraceful...

Vatican concludes treaty recognising Palestine
Story kat SINI dan SINI   

Pendatang haram Indon kata depa dapat BRIM RM500 
dan Kad Pengenalan percuma...

Pengerusi Tabung Haji beri penjelasan 
pasai kemelut Tabung Haji...



cheers.

No comments: