18 May 2015

BR1M: Najib cuba salahkan Gabenor Bank Negara...



Penafian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa pemberian Bantuan 1Malaysia (BR1M) bukan rancangan politik untuk menarik pengundi hanyalah alasan semata-mata.

Adun Bandar, Azan Ismail berkata, Najib kini cuba menyalahkan Bank Negara Malaysia (BNM) berkenaan dasar itu sedangkan ia jelas merupakan kegagalan pengurusan wang kerajaan.

“Pada 2010, Najib yang bentangkan dalam parlimen bahawa kerajaan cadang untuk beri duit bagi meringankan beban rakyat ekoran kos sara hidup yang tinggi.

“BR1M adalah kegagalan besar dalam pengurusan wang negara. BR1M dikatakan mahu pulihkan ekonomi rakyat tetapi tidak tercapai. Itu tanda-tanda gagalnya BR1M dan sekarang Najib ingin salahkan orang lain,” katanya.

Menurut Azan, BNM hanya berfungsi untuk menguruskan kewangan namun tidak mempunyai kuasa untuk memberikan wang tersebut kepada rakyat.

“Bank Negara bukan fungsinya beri wang kepada rakyat. Mereka tidak ada kuasa. Ia uruskan kewangan berpandukan keputusan kerajaan. Arahan mesti datang dari PM atau menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi.

Azan juga berkata, Najib seolah-olah menjadikan BNM sebagai kambinghitam dan meletakkan kesalahan itu di bahu Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

“Gabenor Bank Negara ini dilihat sebagai sasaran dan dikambing hitamkan kerana terdapat ura-ura Najib ingin mencadangkan adiknya sebagai Gabenor Bank Negara yang baru.
“Ini adalah salah satu cara untuk Gabenor Bank Negara meletak jawatan,” katanya.

Jesteru itu, Azan meminta supaya Zeti tampil kehadapan untuk menjawab kenyataan perdana menteri itu.

“Gabenor Bank Negara perlu tampil untuk menerangkan, menjawab dan memberi penjelasan kepada umum supaya kradibilitinya tidak terjejas kerana beliau pernah dinobatkan beberapa kali sebagai gabenor bank terbaik di dunia,” katanya.

Najib hari ini menafikan BR1M adalah rancangan politik untuk menarik pengundi, sebaliknya ilham daripada BNM. Katanya, skim itu merupakan cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah dan bukan membeli undi.- keadilandaily

Mohd Nor Izzat semasa ditemuramah di Villa Puteri, Kuala Lumpur pada 14 Mei. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 17 Mei, 2015.
Bekas guru - Tiada tindakan penggantungan terus dibuang kerja...

Mohd Nor Izzat Mohd Johari, yang sebelum ini lantang mendesak Putrajaya memansuhkan sistem peperiksaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), tidak diraikan pada sambutan Hari Guru semalam, 16 Mei.

Tetapi, bekas guru Pendidikan Seni Visual yang menerima surat tamat perkhidmatan hujung Mac lalu itu tidak kecewa walaupun kelemahan yang dikenalpastinya dalam sistem itu diakui kementerian dan diperbaiki.

Beliau sebaliknya masih mampu tersenyum kerana usahanya mentransformasikan sistem pendidikan negara berhasil.

Pemecatannya bukan pengakhiran baginya yang mengakui tidak sesekali berpatah semangat, malah akan terus menjadi pejuang dan pemerhati kepada guru dan sistem pendidikan negara.

“Bila saya dihentikan memang agak tergugat untuk teruskan perjuangan itu. Bila kita bukan cikgu, kita tidak menjiwai. Tetapi saya cuba guna 3 tahun pengalaman mengajar untuk menjiwainya.

“Langkah saya baru bermula. Dahulu sebagai latihan kendiri melihat ketahanan mental sama ada saya boleh bergerak atau tidak.

“Dalam hati saya sedih itu tidak ada. Saya cuba adakan, tetapi tidak sampai. Isteri saya pun masih boleh ketawa, katanya tidak ada rezeki. Mungkin rezeki di tempat lain,” katanya.

Izzat, 29, diberhentikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 31 Mac lalu walaupun hanya dimaklumkan mengenai perkara itu 3 minggu selepas tarikh surat berkenaan.

Bekas guru di SMK Damak, Jerantut itu juga sebelum itu ditukarkan ke SMK Triang, Bera dan terpaksa berulang alik lebih 200km setiap hari ekoran lantang menentang PBS.



“Saya diberhentikan atas sebab tatatertib dengan 4 pertuduhan. Pertama, bersama dengan pembangkang semasa himpunan 22 Februari 2014 di Masjid Bangi sedangkan himpunan itu anjuran saya.

“Kedua kerana saya pentadbir utama laman (Facebook) ‘Kami Mahu PBS Dimansuhkan’ dan menggunakan gambar profil zaman kegelapan pendidikan Malaysia," katanya dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Insider.

Sebab ketiga, katanya, ialah kerana beliau tidak hadir ke sekolah 2 hari sebelum himpunan 22 Februari tersebut.

"Saya pun pelik. Sebab itu saya boleh kena buang?" soalnya.

Sebab keempat, katanya, ialah kerana beliau hadir ke sekolah tetapi tidak merekodkan waktu baliknya pada 8 kejadian.

"Saya tidak pernah dipanggil pengetua sebab tidak hadir, tidak pernah dikaunseling, diberi amaran kedua, ketiga. Tidak pernah,” katanya.

Izzat berkata, KPM seharusnya mengenakan tindakan penggantungan sebelum memecatnya sebagai seorang guru kerana terdapat 12 atau 13 tahap bagi penjawat awam sebelum dibuang kerja.

“Mereka ada beri surat bela diri tiga minggu sebelum itu. Bila saya tanya pendapat kawan-kawan, mereka minta saya mengaku salah dan mohon dipertimbang agar tidak dibuang kerja.

“Ada beberapa guru beritahu, kalau sampai tahap hendak kena buang, mereka patut panggil dan kita bersemuka dengan pegawai, selepas itu baru jatuhkan hukuman. Menggunakan surat agak pelik sikit,” katanya.

Beliau berkata, kehidupannya semakin terganggu selepas mengadakan pertemuan bersama Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh pada Disember 2013 untuk berbincang mengenai PBS.

Katanya, walaupun Idris berjanji tidak mengambil tindakan selepas pertemuan itu, namun pelbagai lapisan pegawai KPM datang menyiasatnya di sekolah.

Bermula Januari 2014, katanya, beliau ditekan pegawai daripada 5 tahap iaitu Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, KPM, nazir negeri dan nazir kebangsaan.

“Mereka ini datang dengan alasan nak menyiasat dalam tempoh sebulan. Sekali datang 5 atau 6 orang. Mereka bertanya mengapa saya menentang PBS. Kita tak menentang, kita kata PBS itu bermasalah.

“Itu punca utama saya buat himpunan di Masjid Bangi pada 22 Februari itu, yang sepatutnya di KPM,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Izzat berkata, walaupun ditukarkan sekolah dan kemudiannya diberhentikan perkhidmatan, namun semangatnya tidak pernah goyah dan menganggapnya sebagai satu ujian.

Katanya, sebagai seorang pejuang, beliau tetap gagah berdepan segala cabaran dan apa yang berlaku akan dijadikan sebagai pengajaran.

“Perlu berlapik apabila bercakap dengan pegawai lebih tinggi walaupun ada salah. Kita tidak perlu mengaibkannya dengan orang atasannya," katanya.

Izzat mengakui, pada 24 Disember tahun lepas beliau memberi soalan yang seolah-olah ingin berbahas dengan pegawai Idris.

"Ia memalukan mereka depan menteri, sampai mereka tidak boleh jawab soalan saya.

“Bahasa kasarnya, saya menampakkan kebodohan mereka dengan ketara. Di situ kesilapan saya,” katanya.

Bapa yang baru menimang cahaya mata kedua ini berharap, masa yang terluang dapat dihabiskan bersama isteri dan anak-anak selain memulakan perniagaan yang sudah lama ditinggalkannya.

Beliau kini bersama sebuah badan bukan kerajaan yang baru ditubuhkan, Kelab Intelek Pendidikan Malaysia (KIPM), yang mendapat kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada Disember tahun lalu.

Beliau berhasrat menjadikan badan itu wadah perjuangan membela nasib guru di Malaysia.

“Sebelum jadi guru, saya ada perniagaan sendiri, dalam bidang reka bentuk dan percetakan secara atas talian. Cetak majalah sekolah, laporan tahunan dan lain-lain.

“Kemudian bila jadi cikgu, saya tinggalkan dan sekarang nak aktifkan balik. Ia akan memakan sedikit masa,” katanya.



Ditanya harapan sempena sambutan Hari Guru, Izzat berkata beliau mengharapkan agar tugas pengkeranian guru dapat dikurangkan.

Katanya, perkakasan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di sekolah juga perlu dipertingkatkan bagi meringankan tugas pengajaran dan pembelajaran.

“Tidak kira guru yang menyokong kerajaan atau tidak, mereka nak benda yang sama, iaitu pendidikan yang terbaik dari segi pengurusan pendidikan.

"Dan, kerja pengkeranian yang membebankan dikurangkan. Orang kata, hilang nikmat jadi guru ini kerana kerja-kerja pengkeranian.

"Ambil kehadiran murid, tanya yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), bukankah itu kerja yang sia-sia," katanya.

Izzat juga melahirkan harapan agar nisbah murid dengan guru dipastikan mengikut kemampuan Malaysia.

"Pada tahap 1:20, dah memadai setiap kelas. Perbanyakkan lagi guru,” kata anak sulung daripada enam beradik itu.

Katanya, beliau tidak sesekali menyimpan dendam kepada kerajaan mahupun KPM, namun berharap masa depan guru akan dapat dibela.

Katanya, meskipun tidak lagi bergelar guru, namun jiwanya sebagai seorang pendidik tidak pernah luntur dalam membawa isu semasa pendidikan negara.

“Masa saya jadi cikgu dulu, kekangan saya pada masa sahaja. Peraturan saya langgar, selagi tidak salah. Saya cuma kalah pada batasan masa, yang lain okay.

"KPM ini hendak berikan rasa takut yang diwujudkan sejak dulu lagi," katanya. 

“Dendam pun tidak dapat apa, tetapi jadi pembakar semangat seolah-olah mereka ini dah jolok sarang tebuan. Mereka buat kesilapan besar.

“Tidak marah tetapi kecewa dengan sikap sama-sama Melayu sebab kita bercakap benda betul. Tidak sokong saya tidak mengapa, tetapi sokonglah cikgu-cikgu lain,” katanya mengakhiri pertemuan bersama The Malaysian Insider.

They messed with wrong guy, says sacked activist-teacher...

Clear your name, accept Dr M’s challenge...

Datuk Seri Najib Razak should debate Tun Dr Mahathir Mohamad and clear his name after being accused by the former prime minster of lying over debt-laden 1MDB, PAS said today.

In a statement, the Islamist party's vice-president Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man said Dr Mahathir's allegation that Najib had lied was a “heavy" allegation against the prime minister.

"This is Najib's chance to prove who is actually lying – he or Dr Mahathir, especially as his former boss got his facts wrong about the speaker's resignation," Tuan Ibrahim said.

Yesterday, Dr Mahathir at a forum in Ipoh said Dewan Rakyat speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia had quit his post, only to be refuted by Pandikar himself.

At the forum, Dr Mahathir also challenged Najib to a debate over the controversy surrounding 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Najib's brainchild, which sits on a RM42 billion debt.

Tuan Ibrahim said Najib's claim that the RM42 billion was locked in terms of assets in Bandar Malaysia and Tun Razak Exchange proved Dr Mahathir was right in his accusations over 1MDB.

"Is this an admission that the RM42 billion was spent and now 1MDB has to depend on the development of TRX and Bandar Malaysia in order to settle its debts.

"RM42 billion is a huge amount. If the amount is used properly, 1MDB can develop TRX on its own without having to sell land to Lembaga Tabung Haji.”

1MDB is one of the main reasons cited by Dr Mahathir in his calls for Najib's resignation.

At the forum yesterday, Dr Mahathir said he had been studying 1MDB since 2009 and there were unsatisfactory answers to why power plants were purchased at above-market prices and why money was being kept in Cayman Islands.

"We are asking where is the money. We don't know where it is. It’s the people's money," he said of the RM42 billion debt incurred by 1MDB.

He said it was not his intention to bring anyone down but given Najib's handling of the matter, it was high time he stepped down. –  tmi

"DEBAT BUKAN BUDAYA KITA" kata Najib





cheers.

1 comment:

Manshor said...

Cekgu hang buat kerja hang bersungguh jangan buat iklan. Allah swt tau apa yang hang buat. Penyamun moden suka main silap mata. Bukan depa pegang tulisan dan paparan kita. Depa pegang struktur media. Ingat buat kerja kerana Allah swt.