Gambar di atas adalah makanan sarapan pagi kegemaran aku, iaitu bihun + mee + telur yang kerap aku nikmatinya 2-3 kali dalam seminggu. Harganya sebungkus hanyalah rm 2.00 saja digoreng panas dan dijamah dengan teh tarik 3 kali kurang manis berharga rm 1.00 segelas.
Pagi ini, sempena menyambut hari April Fool dan hari GST aku pun pergilah ke warong tersebut untuk beli bihun/mee telur kegemaran aku. Setelahnya ia digoreng siap aku pun bayarlah rm 2.00. Tiba2 tuanpunya warong memaklumkan,"abang mulai hari ini harganya dah naik rm 2.20 sen"
Aku tersentak sejurus,lalunya tanya dia kenapa harga naik dek? Seterusnya, sambil ketawa, aku cuba jelaskan kepadanya kalau bungkusan mee itu di kira bersama GST(6%) baru rm 2.12 sen., ini adik dah charge saya lebih 8 sen, apakah citernya,aku bertanya.
Lalu, tuan punya warong berkata, bahawa harga telur sudah naik, jadi dia terpaksalah naikkan harga makanan bertelur. Disebabkan perut aku sudah meragam dan tak mahu panjangkan cerita dengan tuan warong yang aku kenal lebih daripada 20 tahun, aku pun bayar sajalah...
Biasanya makanan yang dikenakan GST ini adalah di kedai2 makan besar yang pendapatan tahunannya melebihi rm 500,000. Sedangkan ini warong kecil tepi jalan saja,tak kan dikenakan GST?
Lagi pun bukankah Menteri bluur Ahmad Maslan cakap orang kaya saja kena GST. Ini warong tepi jalan dikunjungi orang2 biasa, nak kena bayar GST juga, memang pak menteri ini confirm bluur... wallahualam!!!
Dalam hati aku,aku menyumpah kepada sapa saja yang introduce GST ini dan biarlah dia terima padahnya satu hari nanti... - tumpang sekole
Salam GST
cheers.
2 comments:
http://www.youtube.com/watch?v=X07ddQ5G-Fs
Video GST terbaik untuk anda.
Problemnya para peniaga kecil ini tak kisah asalkan mereka boleh raih keuntungan berlebihan,GST dijadikan alasan untuk buat duit.Yang jadi mangsa you & me. Pak menteri bluur tau apa???
Post a Comment