Saya telah mendedahkan sebelum ini bahawa Kerajaan Malaysia telah membeli sebuah jet peribadi baru untuk kegunaan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri melalui satu perjanjian sewa-beli. Jet ACJ320 ini telah dibeli pada harga RM465 juta
Kos RM465 juta itu hanyalah bagi pembelian jet dan tidak termasuk kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan jet tersebut. Kos-kos ini yang sering dirujuk sebagai OMM (Operation, Maintenance & Management) dianugerahkan di dalam satu lagi kontrak berasingan yang dipanggil kontrak OMM.
Kontrak OMM bagi jet peribadi sedia ada iaitu ACJ319 telah dianugerahkan kepada Jet Premier One Sdn Bhd (JPO) iaitu syarikat yang sama yang menjual jet peribadi baru ACJ320. Kerajaan Malaysia telah membayar sejumlah seperti yang berikut bagi penyenggaraan, operasi dan pengurusan jet ACJ319 seperti rekod kewangan JPO yang saya perolehi:
Tahun 2007 hingga 2010: RM110 juta
Tahun 2011 hingga 2015: RM194 juta
Khidmat disambung 2016 hingga 2022: RM408 juta
Ini bermakna, sejak tahun 2007 hingga 2015, rakyat Malaysia telah menanggung RM304 juta bagi kos penyenggaraan, operasi dan pengurusan jet ACJ319 sedia ada.
Saya boleh mendedahkan bahawa kontrak penyenggaraan, operasi dan pengurusan (OMM) jet ACJ320 yang baru pula telah ditetapkan pada RM46 juta setahun.
Ini bermakna bagi tempoh 15 tahun jet ACJ320 ini akan menelan belanja penyenggaraan, operasi dan pengurusan sebanyak RM690 juta. Jika ditambah dengan kos OMM bagi jet sedia ada ACJ319 bagi tempoh tujuh tahun akan datang, jumlah OMM bagi dua buah jet peribadi Perdana Menteri adalah RM1.098 bilion.
Jika jumlah ini dicampur dengan pembayaran kos sewa beli bagi jet baru ACJ320 sebanyak RM465 juta, jumlah yang perlu ditanggung rakyat bagi dua buah jet-jet peribadi kegunaan Perdana Menteri ini akan mencecah RM1.563 bilion bagi tempoh 15 tahun akan datang.
Jumlah itu bersamaan dengan 25% dari jumlah kutipan bersih GST bagi tahun 2015 (selepas ditolak kos dan penghapusan SST) yang dianggarkan sebanyak RM6 bilion sahaja.
Ini bermakna Datuk Seri Najib Razak tidak boleh melenting jika rakyat beranggapan bahawa rakyat membayar cukai GST sebahagiannya untuk menampung kemewahan gaya hidup beliau dan Jemaah Menteri yang mewah menggunakan jet-jet peribadi ini.
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan
'RM690mil to maintain PM's new jet for 15 years'...
The operations, maintenance and management (OMM) costs for the prime
minister's new Airbus ACJ320 jet will cost taxpayers RM46 million a
year, or RM690 million for 15 years.
This claim was made by PKR vice-president and secretary-general Rafizi Ramli at the Parliament lobby today.
"If we include the seven-year OMM cost for the old ACJ319 jet, then the total OMM cost for both jets is RM1.098 billion," Rafizi told a press conference.
Over the past two weeks, Rafizi has been slowly revealing information about Putrajaya's new airplane, which he claimed would cost taxpayers RM465 million over 15 years.
He also claimed that the Putrajaya would spend another RM28 million to refurbish the cabin, although the interior already looks like a posh hotel.
Thus far, Putrajaya has not rebutted the figures touted by Rafizi.
However, one BN backbencher, Abdul Azeez Abdul Rahim, has defended the decision to buy the new plane, on grounds it will reduce the aircraft maintenance cost and ensure safety of the country's leaders when they travel.
The purchase of the luxury plane comes at a time when cost of living is soaring, compounded with the fact that goods and services tax (GST) comes into effect from tomorrow. - mk
This claim was made by PKR vice-president and secretary-general Rafizi Ramli at the Parliament lobby today.
"If we include the seven-year OMM cost for the old ACJ319 jet, then the total OMM cost for both jets is RM1.098 billion," Rafizi told a press conference.
Over the past two weeks, Rafizi has been slowly revealing information about Putrajaya's new airplane, which he claimed would cost taxpayers RM465 million over 15 years.
He also claimed that the Putrajaya would spend another RM28 million to refurbish the cabin, although the interior already looks like a posh hotel.
Thus far, Putrajaya has not rebutted the figures touted by Rafizi.
However, one BN backbencher, Abdul Azeez Abdul Rahim, has defended the decision to buy the new plane, on grounds it will reduce the aircraft maintenance cost and ensure safety of the country's leaders when they travel.
The purchase of the luxury plane comes at a time when cost of living is soaring, compounded with the fact that goods and services tax (GST) comes into effect from tomorrow. - mk
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, satu senarai yang jelas akan membantu pengguna menjadi lebih bersedia untuk menghadapi cukai itu yang akan mula dikuatkuasakan esok.
Katanya, kebergantungan Putrajaya terhadap penggunaan kartun, papan iklan dan istilah teknikal seperti "kadar sifar" untuk menerangkan GST selama setahun yang lalu menjadikan orang ramai, termasuk dirinya, lebih keliru berhubung cukai baru itu.
"Saya secara peribadi berfikir pada masa ini kita perlu ada senarai penuh kategori yang dikecualikan GST, supaya orang ramai tahu barangan mana yang tidak dikenakan cukai.
"Ia patut dihebahkan di semua akhbar, dalam semua bahasa dan tidak perlu menggunakan bahasa teknikal," katanya kepada The Malaysian Insider.
"Masalah kita selama ini ialah, penjelasannya yang kabur, kerajaan menggunakan sumber atau pendekatan berbeza dan kebanyakannya terlalu teknikal.
"Sebagai contoh, siapa yang faham maksud 'kadar sifar'? Kenapa mereka tak guna istilah 'tak kena GST' atau 'no GST'. Ia lebih ringkas dan mudah untuk diingati."
Rafidah berkata, penting juga bagi Putrajaya menjelaskan dahulu barangan yang tidak dikenakan cukai supaya pengguna tidak terburu-buru membeli awal-awal barangan yang tidak perlu kerana risau akan GST.
Katanya, dengan adanya sisipan akhbar menerangkan senarai itu, ia membantu pengguna mengenal pasti peniaga yang menaikkan harga barang yang tidak sepatutnya terlibat dengan GST.
"Katakan pada 1 April, saya baca surat khabar kata, sabun tidak dikenakan cukai. Kemudian saya ke pasar raya lihat mereka masih mengenakan caj 6% untuk sabun. Nasib baik ada sisipan akhbar itu, saya tahu mereka menipu, dan saya boleh buat laporan.
"Lupakan kod yang pelbagai, istilah teknikal dan sebagainya. Semua itu tak relevan," katanya.
Rafidah berkata Putrajaya boleh membiayai sisipan akhbar itu kerana kos yang terlibat akan jauh lebih rendah berbanding memasang papan iklan besar seluruh negara mendidik rakyat tentang GST.
"Suatu ketika dulu, ada papan iklan dekat rumah saya mengatakan pendidikan dikecualikan GST. Malah ada lukisan kartun. Saya fikir, apakah maksudnya itu? Adakah yuran universiti atau tuisyen dikecualikan GST? Bagaimana dengan buku, komputer atau alatan sekolah?
"Daripada berbelanja untuk semua papan iklan ini, lebih baik mereka menyediakan senarai penuh barangan yang tidak dikenakan cukai," katanya.
Bekas ketua wanita Umno itu berkata pendekatan berbeza harus digunakan kepada peniaga supaya mereka dapat menghitung bagaimana GST memberi kesan kepada mereka, dan menggesa Putrajaya mengadakan pertemuan dengan persatuan peniaga.
"Sekarang nampak macam tiada usaha yang diselaraskan. Itu saja masalahnya. Saya tidak mempersoalkan cukai itu, ia langkah yang baik untuk merasionalisasikan cukai.
"Tetapi rakyat belum biasa dengannya, ada yang mengambil kesempatan darinya, dan ia menyebabkan kekeliruan dan aktiviti menyimpan barangan," katanya.
Salah satu usaha Putrajaya mendidik orang ramai mengenai GST baru-baru ini dilaporkan menerima kritikan hebat dari pengguna Internet selepas ia menjadi viral.
Satu video muzik, dikatakan dibuat Jabatan Kastam, memuji-muji kebaikan melaksanakan GST. Ia dikritik hebat pengguna media sosial yang menganggapnya "menyedihkan", "takda kualiti" dan "mengingatkan pada tahun 70-an".
Komen yang mengulas video yang disiarkan di YouTube itu, ada yang bernada tidak percaya dan ada yang secara terang-terangan naik marah.
Dalam pada itu, bagi memudahkan tempoh peralihan ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan bilik gerakan yang beroperasi 24 jam memantau harga barangan selepas GST bermula.
Terletak di Presint 2, Putrajaya, bilik gerakan itu juga akan menerima aduan dan laporan daripada orang ramai mengenai hal berkaitan GST. – tmi
Enough with the comics, give full list of GST-free items...
The outspoken former international trade and industry minister said a clear list would help consumers to be better prepared for the new tax which takes effect tomorrow.
She said Putrajaya’s reliance on the use of cartoons, billboards and technical jargon such as "zero-rated" for the past year to explain GST has left Malaysian consumers, including herself, more confused over the new tax system.
"I personally think that right now, we should have a complete list of the categories that are exempted, so the public will know which (items) won’t be taxed.
"It should be made available in all the newspapers, in all languages, and it should not be technical,” Rafidah told The Malaysian Insider.
"Our problem is that the explanation so far has not been clear. The government has been using different sources or different approaches, and most of them have been very technical.
"For instance, who understands what ‘zero-rated’ means? Why can’t they just use the phrase ‘tak kena GST’ or ‘no GST’. That’s much simpler and easier to remember.”
She said it was also important that Putrajaya first cleared the air over which items would not be taxed, so that consumers would not rush to stores and hoard goods unnecessarily in anticipation of the GST.
Rafidah said the newspaper pull-out would also help consumers identify traders who raise prices on items that were not affected by the GST.
"Let’s say on April 1, I read the newspaper and I see that soap will not be taxed. Then I go to the supermarket and see they are charging me 6% for it. Thanks to the pull-out, I know they are cheating me and I can report this.
"Forget about the various codes, the technical jargon and whatnot. All that is irrelevant,” said Rafidah.
She added that Putrajaya could pay for the newspaper pull-out as the cost involved would be far less than erecting large billboards across the country.
"Some time ago, there was a billboard near my house that said education would be exempted from GST. It even had a cartoon drawing on it. I thought, what does that mean? Are university fees or tuition fees exempted from GST? What about books or computers or school-related tools?
"Instead of spending money on all those billboards, by this time you could’ve gotten a complete publication on all the items that are not taxed,” said Rafidah.
She added that a separate exercise should be done for traders so that they could calculate how the GST would affect them, and urged the government to hold meetings with associations.
"Right now, there appears to be no coordinated effort. That’s the only problem. I have no quarrels with the tax itself. It is a good move to rationalise taxes. But people are not familiar with it; some are taking advantage of it, and that causes confusion and hoarding.” she added.
One of Putrajaya's efforts to educate the public on GST through a music video recently received heavy criticism from Malaysians after went viral on the internet.
The video, purportedly created by the Customs Department, hailed the virtues of implementing GST, but was panned by critics as "sad", "cheesy" and "reminiscent of the 1970s".
In the meantime, to ease the transition period, the Domestic Trade, Cooperatives and Consumerism Ministry has set up a round-the-clock operations room to monitor prices after the GST kicks off.
Located at Precinct 2 in Putrajaya, the operations room would also take complaints and reports from the public on GST matters. – tmi
cheers.
No comments:
Post a Comment