11 December 2014

Tahanan ISA terima RM4.55 juta dari gomen...

Mahkamah Rayuan anugerah RM4.55 juta kepada lima bekas tahanan ISA ...

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini menganugerahkan ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta termasuk faedah kepada lima bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) kerana ditahan secara tidak sah pada 2001 di bawah akta itu yang kini dimansuhkan.

Mereka ialah anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang, aktivis Hishamuddin Rais, Ahli Dewan Negeri Hulu Klang Saari Sungib, Badaruddin Ismail dan bekas anggota Majlis Tertinggi PKR Badrulamin Baharom.

Panel tiga anggota dipengerusikan Hakim Abdul Wahab Patail, dalam keputusan sebulat suara, mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memihak kepada lima orang itu tetapi membenarkan sebahagian rayuan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan kerajaan berhubung ganti rugi itu.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Datuk Rohana Yusof dan Hakim Datuk Umi Kalthum Abdul Majid  mengurangkan jumlah ganti rugi bagi setiap penahanan mereka dari RM15,000 kepada RM10,000 sehari untuk antara 41 hari dan 54 hari.

Mahkamah mengekalkan keputusan mahkamah Tinggi yang memerintahkan Norian, KDN dan kerajaan membayar RM30,000 ganti rugi teruk seorang, berjumlah RM150,000.

Sementara itu, panel juga mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi dalam menganugerah Chua, Hishamuddin, Saari dan Badrulamin sejumlah RM100,000 berhubung kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan Norian pada April 2001 di sidang akhbar berhubung penahanan itu.

Mahkamah juga mengekalkan kos guaman RM200,000 yang Mahkamah Tinggi berikan kepada lima orang itu untuk prosiding di Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, untuk prosiding di Mahkamah Rayuan hari ini, panel itu memerintahkan setiap pihak menanggung kos guaman masing-masing.

Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub mewakili Norian, KDN, dan kerajaan sebelum ini menyetujui liabiliti berhubung penahanan secara tidak sah itu.

Bagaimanapn, pihak perayu meneruskan rayuan berhubung jumlah ganti rugi RM15,000 sehari yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada lima lelaki itu.

Pihak perayu mendakwa anugerah RM15,000 sehari adalah terlalu tinggi.


Aktivis Hishamuddin Rais antara lima bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang menerima anugerah ganti rugi berjumlah lebih RM4.55 juta kerana ditahan secara tidak sah pada 2001. – Gambar fail The Malaysian Insider, 11 Disember, 2014.

Mereka juga merayu keputusan Mahkamah Tinggi dalam memerintahkan mereka membayar RM100,000 kepada empat orang kecuali Badaruddin selepas mendapati mereka bertanggung jawab terhadap kata-kata fitnah yang didakwa dilafazkan pada satu sidang akhbar.

Hakim Abdul Wahab, dalam keputusainnya, menolak rayuan pihak perayu berhubung fitnah serta rayuan balas lima orang itu tentang anugerah RM100,000 kerana fitnah dan keputusan Mahkamah Tinggi tidak menganugerahkan mereka (lima orang) ganti rugi atas perintah penahanan selanjutnya yang dikeluarkan KDN antara 730 dan 782 hari.

Lima lelaki itu memohon anugerah lebih tinggi sebanyak RM200,000 seorang kerana fitnah.

Kelima-lima mereka yang diwakili peguam Ranjit Singh dan Razlan Hadri Zulkifli ditahan berhubung perhimpunan Black 14 pada April 14, 2001, sebagai memperingati ulang tahun kedua sabitan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim atas salah guna kuasa.

Pada 4 April, 2004, mereka menyaman Norian Mai, KDN dan kerajaan kerana penahanan tidak sah di bawah ISA dan fitnah.

Pada 2 Oktober, 2012, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memihak kepada lima orang itu, dengan menganugerahkan kira-kira RM4 juta tidak termasuk faedah.

Dengan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, anugerah itu tidak termasuk faedah dikurangkan kepada RM2.78 juta.

Mahkamah Tinggi juga menganugerahkan faedah lapan peratus dari tarikh saman sivil difailkan hingga mahkamah menyampaikan keputusan dan faedah 5% selepas keputusan mengenai jumlah ganti rugi dari tarikh keputusan hingga pembayaran sepenuhya. – tmi

5 former ISA detainees get RM4.5mil award...

Five former Internal Security Act (SA) detainees, including Batu MP Tian Chua and Hulu Klang assemblyperson Saari Sungib, were today awarded damages totalling RM4.5 million for their detention in 2001.

The other three are activists Hishamuddin Rais, former PKR supreme council member Badrul Amin Baharom and Badaruddin Ismail.

This follows the Court of Appeal today partially upholding the Kuala Lumpur High Court's decision. However, the court reduced the quantum of damages for their detention from RM15,000 per day to RM10,000 per day.

All five were each awarded exemplary damages of RM30,000 and four of the five - excluding Badaruddin - were awarded RM25,000 each as damages for the defamation they suffered.

The unanimous decision today was made by a three-member bench led by Court of Appeal judge Abdul Wahab Patail.

The other two judges were Justice Rohana Yusof and Umi Kalthum Abdul Majid.

The five, who were reformasi activists, had sued former inspector-general of police Norian Mai (right) for defaming them by implying they were terrorists. Besides Norian, the then-home minister Abdullah Ahmad Badawi and the government were also named as defendants.

The writ was first filed in 2004 with eight plaintiffs, including former senator Mohd Ezam Md Noor, former Padang Serai MP S Gobalakrishnan and anti-Pakatan Rakyat NGO 'Reject Individual Named Anwar Ibrahim' (Tibai) council member Abdul Ghani Haron.

The three, who are former PKR members, have however, withdrawn from the suit.

The High Court in Kuala Lumpur earlier awarded the five in excess of RM4 million in damages following the detention and defamation, as Justice Lau Bee Lan ruled their detention was unlawful and done in bad faith.




AG withdraws appeal on liability

Lawyer for the five, Razlan Hadri Zulkifli, told Malaysiakini that the Attorney-General’s Chambers had withdrawn its appeal over liability for the government’s actions.

“They were merely appealing on the quantum awarded as the senior federal counsel appearing for the appellants (the government) had applied for the unlawful detention quantum to be reduced from RM15,000 to RM1,000, citing a case law,” Razlan said.

“However, the Court of Appeal judges only agreed to reduce the amount from RM15,000 to RM10,000 a day,” Razlan (on the right) said.

The court, he said, also awarded the other damages.

Senior federal counsel Mastura Ayob and Kamal Azira Hassan appeared for the respondents.

Razlan said despite the lower per day award, he expects the amount to be in the range of RM4.5 million as it includes interest.

The KL High Court in its decision two years ago also noted that the detainees were subject to “cruel” treatment during their detention”, as they were shamed, made to change their clothing in front of police personnel, made to walk barefoot into filthy toilets, interrogated for hours on end and for the first few days of detention, the Muslims among them were not allowed to perform their prayers.

The interrogations conducted by the police showed the arrests had nothing to do with national security “but was about opposition politics” and to justify this, a media statement was issued by Bukit Aman claiming they possessed rocket launchers, and had held meetings with Thai separatist guerillas. - mk



Bukan siapa-siapa yang cakap, tapi pimpinan UMNO yang cakap...

Fikirlah, GST, nilai Ringgit Jatuh, Kos sara hidup tinggi, Kebanjiran warga asing menyebabkan rakyat negara sendiri perlu bersaing dengan mereka, hak orang melayu yang diperjuangkan dalam PAU cuma retorik walhal banyak yang tegadai, Rizab Melayu makin pupus, banyak lagi yang berlaku dengan masalah sosialnya dan yang paling perlu FOKUS ialah ISLAM, hilang agama maka kita hilang maruah dan harga diri, apa kita masih nak berbangga dengan bangsa ? bila bangsa sendiri dikulikan, diperah, di perbodohkan siang malam, diroboh rumah-rumah mereka atas nama pembanggunan.... siapa yang tanggung semua ini ? menteri menteri ?

RAKYAT YANG TANGGUNG ! kau kena buang kerja, kau hilang kerja ! semua pasal salah urus tadbir ! tapi pimpinan UMNO kata "orang melayu malas !", realiti menteri tak tahu orang melayu struggle siang malam kerja, x cukup 1 kerja buat 2-3 kerja, buat part time, habis office hour malam niaga lagi, buat bisnes online, nk tambah pendapatan, nak bayar ansuran kereta, nak bayak balik loan bank beli rumah, nak sara kos pendidikan anak-anak, nak suap mulut anak-anak, apa menteri pernah fikir semua itu ???

Menteri x fikir, malas fikir, x mengapa... tapi kamu ! RAKYAT kalau x pernah fikir maka fikir-fikirkanlah, tunggu apa lagi UBAH dari sekarang.- f/bk

Storynya di sini dan sini





cheers.

No comments: