08 December 2014

Perang Malaysia-Vietnam,habis rosak nama Malaysia...

Negara ku,dah kena ratah,tunjuk samseng pula...

Perlawanan separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam semalam antara Malaysia dan Vietnam menyaksikan Malaysia tewas digelanggang sendiri dengan jaringan 1-2 kepada Vietnam. Namun kekalahan semalam tidak menjadi perbualan mulut media dan peminat tempatan kerana aksi kekasaran segelintir penyokong Malaysia ke atas penyokong Vietnam menjadi perbualan pada hari ini bukan sahaja di Malaysia malah dibeberapa negara Asean seperti di Vietnam sendiri serta Singapura.



Orang kata bodoh marah. Kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga. Kerana kebodohan beberapa orang penyokong Malaysia yang membelasah penyokong Vietnam habis rosak nama penyokong Malaysia.

Sekarang kepada mana-mana individu yang rasa hebat sangat semalam. Boleh pergi ke Vietnam untuk perlawanan kedua kalau rasa badan tu dah cukup kuat, jangan lupa tinggal wasiat siap-siap.

Benar ke tidak benar berita yang disiarkan akhbar Vietnam ini sudah pasti akan membuat penyokong Malaysia yang akan ke Vietnam berfikir dua kali. Semuanya kerana perangai bodoh manusia yang tidak mempunyai otak.- tikaqbuluh

habislah haliamau malaya...

All eyes are now on the second leg of the 2014 AFF Suzuki Cup semifinal between Vietnam and Malaysia at My Dinh Stadium in Hanoi on Thursday after the Vietnamese beat the hosts 2-1 in Kuala Lumpur on Sunday, as Vietnamese fans have different views on whether to take revenge on their Malaysian counterparts following their unruly behavior last night.

Speculations are growing on how Vietnamese fans will treat the guest supporters after violence erupted on the Shah Alam Stadium stands in the wake of the first leg, during which many Vietnamese were assaulted and injured by the home fans. Read Full Story...












Photo: kalau jumpa lipat sidai pas tu jemur..
buat malu kan fans bola malysia je..
Inter Johor Firms
warga johor pun tak ngaku kaum dah..
malu..







Apa kata Menteri Sukan...


Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin kesal dengan tindakan segelintir penyokong Malaysia yang menyerang penyokong Vietnam di Stadium Shah Alam selepas pasukan bolasepak negara kalah 1-2 kepada pasukan pelawat itu dalam perlawanan separuh akhir Piala Suzuki AFF, malam tadi.

Katanya, apa yang mengecewakan malam tadi bukanlah kekalahan itu tetapi tindakan penyokong berkenaan yang tidak mencerminkan budaya masyarakat di negara ini.

"Tiada alasan bagi tindakan ganas tersebut. Lebih-lebih lagi terhadap tetamu dalam negara kita. Apakah ini cara kita layan tetamu?," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.

Menurut Khairy, tidak kiralah sama ada penyokong Vietnam itu pelancong atau bekerja di negara ini, apa yang berlaku malam tadi bukan budaya Malaysia.

Beliau menyifatkan insiden itu sebagai satu perlakuan yang tidak bertanggungjawab dan adalah satu provokasi kepada penyokong Vietnam apabila pasukan Harimau Malaya bertandang ke Hanoi untuk pusingan kedua perlawanan separuh akhir nanti.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini tak terfikir pula apa boleh jadi pada penyokong kita yang akan pergi ke Hanoi, Vietnam untuk perlawanan kedua.

"Bukankah tindakan mereka ini boleh dianggap sebagai satu provokasi dan mengundang risiko keselamatan terhadap penyokong-penyokong Malaysia di Hanoi nanti?" katanya.

Photo: Tengok sendiri la perangai penyokong bola sepak Malaysia yang "BANGANG"...

Kalah menang dalam bola itu sudah menjadi adat permainan...kenapa nak pukul penyokong bola sepak Vietnam yang datang ke stadium negara kita secara baik-baik....duk jaja bangsa melayu bangsa budiman tapi perangai sesetengah melayu itu sendiri yang merosak nama bangsa melayu.....

MEMALUKAN Malaysia jer.
http://news.zing.vn/CDV-Malaysia-tran-sang-khan-dai-danh-CDV-Viet-Nam-post488523.html

Maaf!!! kasar sikit bahasa...belajar dari Najib.


cheers.

No comments: