23 December 2014

Pasai takdak teloq,dia tak tangkap anggota Perkasa...

Photo: Video PERKASA robek poster Krismas di bangunan DAP--> https://www.facebook.com/video.php?v=783524638362571&set=vb.467972739917764&type=2&theater
Berani Zahid arahkan penangkapan anggota PERKASA...

Setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Taiping, Chong Zhemin kesal tentang komen yang dibuat Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berkenaan tindakan anggota PERKASA yang merobek kain rentang bertemakan perayaan Natal di hadapan ibu pejabat DAP Jumaat lalu.

Semalam akhbar The Star telah merakamkan pernyataan Zahid yang mengecam perbuatan seorang peserta demonstrasi yang juga merupakan anggota PERKASA  yang bertindak merobek kain rentang yang membawa pesan Krismas dan Tahun Baru di hadapan ibu pejabat DAP di Ipoh.

Zahid berkata, “Saya konsisten dengan pandangan saya tentang isu agama. Kita harus hormati agama lain jika kita mahu agama kita dihormati.”

Chong yang menggelar kejadian itu “PERKASA Christmas Banner Ripping” berkata bahawa masyarakat Malaysia ingin tahu kenapa setelah 48 jam kejadian berlaku, tiada tindakan diambil oleh pihak polis terhadap pelaku yang merobekkan kain rentang tersebut, yang merupakan kesalahan di bawah Peaceful Assembly Act 2012 dan Kanun Jenayah.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming telah pun menghantar rakaman video dan foto kejadian itu kepada Ketua Polis Perak, Datuk A. Paramasivam dan Ketua Polis Ipoh, ASP Sum Chang Keong Jumaat lalu dan dengan pembuktian yang cukup kuat, tiada alasan untuk pihak polis tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap pelaku.

“Zahid mendakwa dirinya konsisten tentang pandangannya dalam isu agama, namun beliau tidak konsisten dari segi tindakannya. Apakah Zahid akan mengambil tindakan jika seorang bukan Islam merobek kain rentang Hari Raya di hadapan ibu pejabat UMNO? Saya yakin jika ini terjadi, pelakunya akan segera ditangkap,” keluh Chong.- fmt


DAP condemms Zahid on “hands are tied” statement...

DAP Perak condemns the Home Minister Ahmad Zahid Hamidi for failing to act against PERKASA who came to DAP Perak headquarters on Friday and torn down a Christmas and New Year greeting banner during their protest.

According to the report by FMT at freemalaysiatoday.com, Ahmad Zahid Hamidi criticized the act but said that his hands are tied unless DAP Perak or any other concerned party lodges a police report.

The statement by Ahmad Zahid Hamidi is extremely contradictory. Plain clothes police and Special Branch officers were present at the scene and witnessed what happened. The police has not only failed to prevent it from happening but is now saying that his hands are tied due to the fact that no report has been lodged. His statement serves as a slap to his own face.

The police have on many occasions, against Pakatan Rakyat and DAP in particular, lodged their own police report and initiated investigations. In December 2009, the police lodged a report against DAP Secretary General, Lim Guan Eng for a statement made by him on Teoh Beng Hock’s death. The police also recently lodged a report on the Pakatan Rakyat Ceramah held on the eve of the nomination day of the Teluk Intan by-election. There were no victims in the aforesaid two cases, so why are the police so concerned about lodging the report? Double standards!

Being the minister in charge of the public order of the nation, Ahmad Zahid has even suggested that the DAP to file a civil suit against the alleged culprit. This is ridiculous. Is Ahmad Zahid telling us, even before any investigations is commenced, that the culprit will be freed from any criminal liabilities or a conclusion of No Further Action is already made?

A member of PERKASA has even assaulted the DAP State Assemblyman YB Ong Boon Piow by attempting to pull him out from the DAP Headquarters. This hooliganism cannot be condoned in any way. Ong will lodge a police report tomorrow on the said assault and Ahmad Zahid Hamidi no longer has any reason not to take action against the culprit.- dap malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kritikan mengenai 1MDB, kata sumber. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Disember, 2014.

Najib jumpa Dr M berhubung isu 1MDB...

Datuk Seri Najib Razak mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbincang berhubung kritikan bekas perdana menteri itu mengenai pelabur strategik negara 1Malaysia Development Bhd (1MD), kata sumber.

Perdana menteri bertemu Dr Mahathir pada Sabtu tetapi butir lanjut perjumpaan itu belum didedahkan.

“Ia perjumpaan yang mesra. Perdana menteri berpuas hati dengan pertemuan itu,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Perjumpaan itu diadakan selepas bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat itu berulang kali membangkitkan persoalan mengenai hutang besar dan penggunaan dana di 1MDB menerusi tulisan di blognya dan merungut mengenai operasi 1MDB pada sidang medianya.

Ia juga berlaku ketika ringgit jatuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), yang menyebabkan sebahagian hutang 1MDB dalam matawang itu semakin membesar.

Hari ini, The Edge Financial Daily melaporkan nilai ringgit yang semakin merosot akan menjejaskan 1MDB, berikutan sebahagian besar daripada keseluruhan RM42 bilion hutangnya dalam mata wang AS.

Bahagian besar berjumlah RM22.25 bilion menurut penyata kewangan 1MDB bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2014 kini bertambah kepada RM25.7 bilion – penambahan kira-kira RM3.96 bilion – berikutan kejatuhan ringgit 6.5% dalam tempoh 9 bulan lalu.

Bekas perdana menteri itu dalam posting pada September berkata 1MDB membelanjakan berbilion ringgit membeli loji janakuasa daripada Genting dan Ananda Krishnan dan membayar lebih tinggi daripada harga pasaran.

Beliau juga menyelar 1MDB menanggung hutang yang banyak. Ia berhutang kira-kira RM38 bilion hanya selepas beroperasi 5 tahun sebagai dana wang negara.

“Duit untuk 1MDB bukan daripada lebihan wang negara. Ia adalah hutang, hutang berbilion ringgit yang menambah kepada beban hutang sedia ada negara,” tulis Dr Mahathir.

Bekas perdana menteri itu pada posting terdahulu berkata beliau menarik balik sokongannya kepada Najib, dan berkata kerajaan berdepan dengan masalah bajet defisit, ia tidak akan ada kemampuan untuk bantu membayar hutang 1MDB.

Katanya, sebahagian besar wang yang dikumpul daripada pengeluaran hutang oleh 1MDB itu dihantar ke Kepulauan Cayman, satu langkah yang dipertikaikan ramai pihak.

Pengkritik bercakap mengenai kurangnya ketelusan bagaimana wang itu diuruskan hingga ke Cayman dan dianggarkan sekurang-kurangnya RM18 bilion wang 1MDB disimpan di sana.

1MDB adalah dana wang kerajaan yang kedua selepas Khazanah Nasional Bhd.

Dr Mahathir juga mempersoalkan mengapa perhimpunan agung Umno yang diadakan pada November lalu gagal membincangkan isu kepentingan awam seperti 1MDB.

Pemimpin Umno cawangan di Pulau Pinang, Datuk Khairuddin Abu Hassan juga membuat laporan polis terhadap 1MDB berhubung aktiviti kewangannya yang meragutkan dan pinjaman yang terlalu banyak.

Bagaimanapun Umno Pulau Pinang cuba untuk tidak terlibat dengan tindakannya itu. – tmi

Najib met Dr Mahathir over 1MDB, say sources

Keputusan PT3 - Sebuah sekolah di Selangor,38 orang pelajarnya mendapat straight F...

Mat bluur bikin ribut lagi...



cheers.

1 comment:

Manshor Yahya said...

His ball may be kept in someone's locker subject to squeezing directives.