28 August 2014

Pendatang asing mengamuk sakan...


PAS mendesak satu Jawatankuasa Khas ditubuhkan bagi menyiasat punca rusuhan 800 pekerja asing di sebuah kilang di Kulai semalam.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor Mazlan Aliman berkata, jawatankuasa itu mestilah membabitkan Kementerian Sumber Manusia, kesatuan sekerja, majikan dan wakil pekerja kilang terbabit.

"Ia mesti ditubuhkan segera bagi mewujudkan mekanisme penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang," katanya pada sidang media ketika melawat kawasan rusuhan di kilang JCY HDD Technology Sdn Bhd, Desa Perindustrian Kulai 2,  di sini pagi ini.



Menurut beliau, PAS melahirkan rasa amat dukacita dengan tindakan merusuh pekerja asing yang memusnahkan harta benda seperti premis bangunan dan kenderaan. 

Kejadian sekitar jam 8-10 pagi semalam itu, bermula apabila pekerja tersebut melontar batu sehingga tingkap bangunan pecah dan membakar sebuah kereta. 

Ia disusuli lebih agresif, apabila ada pekerja membakar aset kilang di sebelah belakang bangunan di sebelah malam.

Mazlan yang juga AJK PAS Pusat berkata, PAS mengucapkan setinggi penghargaan dengan tindakan pantas polis termasuk pasukan FRU serta bomba yang berjaya mengawal suasana dan memadam kebakaran. 



Jelasnya, tindakan penahanan yang dilakukan terhadap 13 orang pekerja asing yang dipercayai dalang rusuhan amat wajar. 

Mazlan berkata, beliau dimaklumkan tindakan pekerja dibuat ekoran tidak puas hati mereka dengan gaji yang diberikan. 

Menurutnya, pihak pengurusan kilang dikatakan sesuka hati memotong gaji pekerja, memaki hamun dan memukul pekerja.

Selain dari faktor gaji, tindakan lewat pihak pengurusan kilang menghantar seorang rakan pekerja ke hospital sehingga meninggal dunia juga turut mengundang kemarahan pekerja asing tersebut.


Katanya, isu kebajikan pekerja telah lama berkumandang separti isu gaji yang tertunggak dan rendah, kediaman yang daif dan berbagai isu yang berkaitan selalunya menjadi ribut yang akhirnya tidak terkawal. 

Golongan pekerja ujarnya selalunya menjadi mangsa ketidakadilan majikan malah kadangkala menjadi sentimen perkauman apabila majikan dengan pekerja berlainan agama dan bangsa. 

Ianya termasuk kes pekerja tidak dibenarkan solat jumaat, skim gaji yang berbeza dan proses kenaikan pangkat menjadi isu yang turut menimbulkan suasana tidak harmoni.

"Harus di ingat, sumbangan pekerja asing sebagai guna tenaga di negara ini sangat tinggi. Jangan diremehkan soal kebajikan mereka.

"Insiden terbaru ini bukan sahaja merosakkan hubungan pekerja dengan majikan yang tentu sahaja menjejaskan produktiviti, nama baik Malaysia di mata dunia juga dipersoalkan," jelasnya.- harakahdaily

Unpaid workers burn eatery in Malaysia
Foreign workers burn eatery in Kajang...

Four workers allegedly set a restaurant ablaze because the owner owed them salaries.

OCPD Asst Comm Ab Rashid Ab Wahab said the employer received a call from a friend alerting him of the fire before rushing to the outlet in Jalan Reko, here, on Tuesday morning.

"He was told by witnesses there that four men, believed to be his workers, had loaded tables, chairs and kitchen ware onto a lorry before the restaurant went up in flames," he said. 

Arson is suspected as police discovered a rolled-up paper, believed to be used to start the fire.

ACP Ab Rashid said the case was being investigated under Section 435 of the Penal Code for causing mischief with fire with intent to cause damage.

Meanwhile, 42 Nepalese workers were arrested following a riot by more than 800 workers at an electronics manufacturing factory in the Kelapa Sawit industrial area in Kulaijaya.

Kulaijaya deputy OCPD Deputy Supt Mohad Idris Samsuri said the workers were picked up after they set fire to the JCY HDD Technology Sdn Bhd's building along Jalan Gangsa around 8pm on Tuesday.

He said some 1,000 foreign workers had assembled at the area in the morning. While some dispersed when police arrived, the others remained to take part in the riot until evening.

The riot came in the wake of an incident at another JCY branch at the Tebrau IV industrial area near Johor Baru last Thursday.

There, some 1,500 workers, apparently unhappy over the company's handling of a worker's welfare, threw pieces of metal and other items from their four-storey hostel, besides overturning a parked van.

"Some 60 per cent of those who gathered there were Nepalese nationals and 42 were arrested because they refused to disperse. Instead, they turned violent," said DSP Mohd Idris on the Kulaijaya riot.

Plant general manager, who wanted to be known as Liaw, confirmed that the plant was not operating yesterday due to Tuesday's incident.

A statement released by JCY Inter­national Bhd yesterday said JCY HDD Technology, its wholly owned subsidiary, would be temporarily shut.

It added that the company was taking measures to reach an amicable settlement with the workers.-news.asiaone.com


Perompak berisai palsu ditembak mati selepas cubaan merompak bank...

Seorang pengawal keselamatan menembak mati seorang lelaki yang cuba merompak sebuah bank di Jalan Sungai Dua, Pulau Pinang, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu dipercayai daripada kumpulan sama yang melarikan sejumlah RM60,000 dari bank sama pada 29 Mei lepas, kata Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk A Thaiveegan.

Thaiveegan berkata, dalam kejadian pada 11.17 pagi ini, lelaki terbabit dilihat memasuki premis itu berseorangan dan mencurah petrol di hadapan kaunter sebelum menjerit mahu merompak bank itu.

"Belum sempat lelaki itu berbuat apa-apa, pengawal keselamatan yang berada di belakang kaunter melepaskan dua das tembakan pada badan suspek," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.

Beliau berkata, lelaki itu didapati membawa sebilah parang yang diselit pada pinggang selain memakai misai palsu.


cheers.

No comments: