04 December 2013

Pahang banjir - Speaker tolak usul tergempar...


video

video
Semasa banjir jangan tunjuk lagak...(video hiasan saja)

Kuantan hampir tenggelam...


Biarpun usul tergempar berkaitan banjir yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh menimbulkan suasana kecoh di dewan, ia tetap dianggap sabagai kejayaan kerana segera mendapat respons daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

Fuziah yang mengemukakan usul tergempar di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) memohon jasa baik Yang DiPertua Dewan meluluskan usulnya walaupun beliau tidak memberi notis dua hari.

Bagaimanapun, usul tersebut tidak diluluskan kerana melibatkan masalah teknikal iaitu setiap usul mempunyai format tertentu seperti teks usul.

"Yang Berhormat, bukan terus berdiri mengemukakan usul ia mesti ada teks," tegur Yang DiPertua Dewan Tan Sri Pandikar Amin.

Fuziah yang mempertahankan usul tergemparnya kerana keadaan banjir di Kuantan semakin teruk dan memerlukan bantuan segera daripada kerajaan.

"Saya mendapat panggilan bertalu-talu daripada rakyat di Kuantan meminta bantuan segera jam tiga pagi tadi. Saya telefon Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk hantar bantuan makanan dan keperluan tetapi ia tidak berhasil," katanya di dalam dewan.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Raden pula bangun mencelah kemudian menggesa Fuziah agar balik ke kawasanya dengan segera bukannya berada di dalam dewan ketika ini.

Dengan asakan Fuziah itu, akhirnya Shahidan Kassim bangun menjelaskan bahawa kerajaan sudah menghantar bantuan makanan dan keperluan kepada mangsa banjir yang terkepung di Kuantan dengan helicopter pada pagi ini.  

Dalam sidang media selepas itu, Fuziah memaklumkan mangsa banjir di kawasannya sejak jam 3 pagi tadi tidak mendapat sebarang bantuan malahan ada yang terpaksa menyelamatkan diri di atas bumbung rumah.




"Mereka terputus hubungan, elektrik diputuskan. Keadaan semakin parah ada yang terpaksa harungi air paras leher mencari tempat perlindungan.

"Bot tidak ada pasukan penyelamat tidak sampai, ada yang tidak menjamah makanan sejak jam 4 petang semalam. Mereka yang menjadi mangsa ibu bersalin, orang tua uzur, kanak-kanak yang berkhatan, dan macam-macam lagi," katanya.

Fuziah juga kesal kerana kerajaan tidak bersedia sebarang kemungkinan yang berlaku memandangkan berdasarkan rekod sebelum ini Kuantan selalu ditenggelami air apabila tiba musim tengkujuh.

"Tiap-tiap tahun di Kuantan ada rekod sepatutnya kerajaan bersedia dengan tilam, biskut, susu anak, air minuman dan pampers serta sanitary. Seharusnya benda-benda ini sudah ada," katanya.

Beliau juga kecewa apabila Majlis Keselamatan Negara bencana alam tidak pernah menjemput beliau untuk mengadakan perbincangan berhubung masalah banjir di kawasannya.

"Pegawai kerajaan yang terlibat tidak mahu berjumpa dengan kita. Dan saya percaya ini sebagai politik dendam bagi memberi gambaran rakyat bahawa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak buat kerja," katanya.-harakahdaily

 

Bandar Kuantan,Pahang sudah lumpuh di landa banjir besar .. malahan tidak salah dikatakan antara yang terbesar pernah melanda Kuantan sekian lama.

'Balik kawasan', Bung Muktar tells Fuziah...

Controversial BN MP Bung Mokhtar Radin once again caused a ruckus in Parliament today when he told an opposition MP to "balik kawasan" (return to the constituency).

The Kinabatangan MP stood up and called on PKR's Kuantan MP Fuziah Salleh to "return to her constituency" when the latter urged the government to declare emergency in Kuantan because of "floods up to the neck".

NONE"If (the flood) was in my area, I would be back in my area helping out," Bung interrupted when Fuziah (left) was relaying her request to Speaker Pandikar Amin Mulia.

His remark did not go down well with other opposition MPs, with Fauzi Abdul Rahman (PKR-Indera Mahkota) telling the speaker that he IS "ashamed" of being a parliamentarian if such indiscipline ruled the House.

Bung, who is no stranger to controversy, appeared unperturbed and continued interrupting Fuziah when she attempted to speak.

Pandikar admitted that the issue raised by Fuziah is serious, and immediately asked Minister in the Prime Minister's Department Shahidan Kassim to respond.
          
NONEShahidan stood up and later explained that all emergency forces have been deployed to Kuantan and are on their way to the Pahang capital to alleviate the situation.

"I thank the minister for his response, albeit a little late. I hope there will be more co-operation in the future with MPs on matters like this, even if the MP is from the opposition," Fuziah said, before training her guns on Bung.

"Just sitting there (in the constituency) and making noise when things like this happen won't help solve the problem. Kinabatangan (Bung) doesn't seem to understand that," she added.-malaysiakini



Photo: Pemandangan dari udara




Photo: Ini di kampung baru@tambahan Felda Neram 1....
Felda Neram 1

Terminal Kuantan

Photo: Shahputra, IM
Shahputra,IM

Terminal Baru Indera Mahkota



Kalau negara lain kena bencana, laju je hantar bantuan. Kalau kena kat negara sendiri, dia sibukkan perhimpunan dia dulu.
Mana Jibby...Jibby where are U...

Hurray!!! Jibby dah sampai...mana??? tu dengan Scorpene...


cheers.

1 comment:

Orang Bukit said...

Saya ada tengok video bahas parlimen tu. Dari pemahaman aku, speaker tu reject bcoz fuziah tak paham peraturan. Speaker mintak menteri jawab.

Saya mintak kawan saya ni TOLONG la jangan putar belit macam orang munafik.

Satu Malaysia dah tau masalah banjir ni. Tapi perlu di ingat, bukan Kuantan saja yang banjir. Terengganu, Johor macam mane? Dengan kakitangan dan kelengkapan yg sedikit, nak melayan mangsa yang berpuluh ribu. Memang ada yang akan tertinggal.

Memang la cara Bung Mohtar tu tak beradab. Tapi betul la apa sindiran Bung Mohtar tu. Ini la masa utk beri khidmat, bukan jual air liur.