07 December 2013

Najib ooi - Kalu PRU tu permainan badminton Lee Chong Wei pun akan kalah...


Guan Eng - PRU bukanlah permainan badminton...

Pihak Pembangkang ketawa dengan analogi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang menyamakan pilihan raya umum dengan permainan badminton.

Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, analogi itu tidak betul kerana pemain badminton dipertandingkan untuk sejumlah mata yang sama setiap set.

Beliau berkata, ini tidak seperti dalam PRU, kawasan Parlimen tertentu yang boleh dimenangi oleh pihak-pihak yang bertanding dengan majoriti yang rendah atau hanya boleh dimenangi oleh peratusan yang sangat tinggi.

"Dalam badminton, semua set mempunyai mata yang sama iaitu 21 mata, tetapi jumlah pengundi di kawasan2 Parlimen dalam pilihan raya umum ada yang tidak sama .

"Ini kerana prinsip 'seorang, satu undi' yang tidak dihormati" katanya dalam satu sidang akhbar pada hari ini.

Semasa menyampaikan ucaptama di Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini,Najib membuat anologi,pilihan raya umum umpama satu pertandingan badminton antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

Katanya, walaupun BN mendapat majoriti lebih kecil, Pakatan Rakyat tetap dikira kalah dari segi keseluruhan.

"Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar  atau Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah.

"Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

"Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. 


Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47.

"Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti, dialah juara!," katanya yang disambut dengan tepukan di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Tambahnya, undi popular, BN tetap memenangi undi popular di sembilan negeri berbanding Pakatan yang hanya berjaya menguasai empat negeri.

Perdana Menteri berkata pemenang adalah berdasarkan bilangan set menang walaupun Anwar mungkin telah menjaringkan lebih mata dalam perlawanan dimainkan.



Lim tidak bersetuju dengan analogi dan menanggapnya tidak logik dan tidak masuk akal.

Lim menegaskan bahawa dalam permainan badminton, skor penuh bagi setiap set adalah sama iaitu 21 mata walaupun pemenang ditentukan dengan bilangan set dia menang.

"Tetapi dalam pilihan raya, ia memerlukan 'mata' berbeza untuk menang dalam pilihan raya. Di sesetengah tempat, anda perlu 50 atau 100 mata. Umpamanya Kapar, anda perlu 160 mata tetapi di Putrajaya ia hanya memerlukan 17 mata. Bagaimana ini boleh adil?

"Jika pilihanraya umum ini adalah permainan badminton,Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan (China) tidak akan menang," katanya.


Lim berkata BN perlulah menerima hakikat bahawa PR memenangi majoriti undi dalam pilihan raya berdasarkan prinsip satu orang satu undi dan oleh itu, PR sepatutnya pemenang yang sah.

Kapar adalah kawasan Parlimen terbesar di negara ini dengan 144,369 pengundi dalam pilihan raya umum ke-13. Bilangan pengundinya adalah sembilan kali lebih banyak daripada kawasan Parlimen yang paling kecil, Putrajaya, yang hanya mempunyai 15,798 pengundi.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai tuduhan Najib bahawa PR menjadi punca di sebalik kerugian pelaburan sebanyak RM40 bilion dari Taiwan Malaysia, Lim meminta Najib tunjuk bukti.

"Ia adalah tuduhan yang keterlaluan. Bolehkah mereka membuktikan bahawa ia adalah salah kami?, tegas Lim.

"Ia hanyalah satu serangan politik kosong," katanya.

Najib berkata kempen memburuk-burukkan oleh PR untuk menghentikan projek penapisan petroleum Rapid di Pengerang, Johor, telah menyebabkan pelabur Taiwan menarik diri. - TMI




The general election is not a badminton game, Guan Eng tells Najib...

The general election, which has to do with the future of the nation, is not a game, said DAP secretary-general Lim Guan Eng who hit out at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for comparing the results of the polls to a badminton match.

The Penang chief minister said today that Najib cannot compare the election results to that of a badminton match, adding that Najib's analogy was illogical.

In his policy speech at the opening of the Umno general assembly yesterday, Najib who is party president, had used a badminton analogy to describe the "irrationality" of PR's claim that it had won the 13th general election based on popular vote.

 “Let me put it in an analogy. Najib versus (opposition leader Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) in a badminton match. In the first set, Najib wins 21-15 and loses in the second set, 5-21. However, Najib wins in the deciding set 21-16.

“Going by the rules, Najib wins but Anwar objects because his total points is 52 to Najib’s 47. That is not right. We decide the winner based on the number of sets,” Najib had said.

Lim disagreed, saying the analogy was illogical and did not make sense.

"In a democracy, the majority wins and Pakatan Rakyat won more than 50% of the popular votes.

"Do not try to hide the fact that BN is the minority government," Lim said today.

Yesterday, Najib refuted PR's claim that it won the popular vote in the general election by 51% and argued that BN won the popular vote in nine states compared to PR's four, and that Umno as a party also won more popular votes than any of the PR parties.

Lim pointed out that in badminton, the full score for each set is the same at 21 points although the winner is determined by the number of sets he wins.

"But in the election, it takes different number of  'points' to win in different constituencies. In some places, you need 50 or 100 points. In Kapar, you need 160 but in Putrajaya all it takes is 17. How can this be fair?

"If this is a badminton game, even (national shuttler) Datuk Lee Chong Wei and Lin Dan (of China) will not win," he said.

Lim said BN should just accept the fact that PR won the majority of votes in the election based on the one-person one-vote principle and as such, should have been the rightful winner.

Kapar was the largest parliamentary constituency in the country with 144,369 voters in the 13th general election.

It has nine times the number of voters of the smallest constituency, Putrajaya, that only has 15,798 voters.

Meanwhile, when asked to comment on Najib accusing PR of being the cause behind Malaysia's loss of a RM40 billion investment from Taiwan, Lim asked for proof.

"It is an outrageous suggestion. Can they prove that it was our fault?

"It is just an empty political attack," he said.

Najib said PR's smear campaign to stop the Rapid petroleum refinery project in Pengerang, Johor, had caused the Taiwanese investors to pull out.- TMI


video
Accident melibatkan Lamborghini milik rakyat Singapore di Nilai

3 Lamborghini supercars - a RM4.8 million Aventador and two, RM1.2 million Gallardo - went up in flames after they crashed into each other on the North-South Expressway near Nilai

Bangkai 3 Lamborghini. Nombor plate Singapore

Ada juga ahli UMNO yang berakai...

Ketika magsa2 banjir lari bertempiaran,penyokong2 UMNO dok balun sakan di PAU

At Umno assembly, calls for ‘1 Melayu’ to replace ‘1 Malaysia


cheers.

No comments: