22 November 2013

Jom baca yasin kat Muhyiddin Yassin...

 

Heboh di parlimen isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pergi ke Qatar menggunakan jet kerajaan sedangkan beliau bukan menteri.

Pembangkang membangkitkan isu ini di Dewan Rakyat . Isu ini gagal dijawab oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim. Yang lebih mengejutkan apabila ahli parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mengatakan Rosmah pergi bukan atas urusan kerajaan tetapi atas urusan peribadi.

Sedangkan Shahidan berkata ia adalah di atas urusan kerajaan sambil beliau mencabar wartawan suruh cari pelabur untuk negara.

Pendedahan Azalina yang juga bekas Menteri Pelancongan memang mengejutkan sambil beliau berkata yang meluluskan Rosmah menggunakan jet peribadi itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Adakah Muhyiddin diperangkap? Apa motif Azalina mendedahkan Muhyiddin yang meluluskan permohonan Rosmah? Ini bermakna Datuk Seri Najib Tun Razak boleh lepas tangan kerana bukan beliau yang meluluskan permohonan Rosmah untuk menggunakan jet peribadi.

Rosmah berkata beliau tidak kesah dengan kritikan. Memanglah beliau tak kesah kerana yang meluluskan permohonan itu bukan suaminya.

Bagaimana masa depan Muhyiddin dalam isu ini? Adakah Muhyiddin akan selamat sehingga PRU ke 14?

Baru-baru ini ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin mendesak Muhyiddin meletakkan jawatan kerana skandal NFC berlaku sewaktu beliau menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Skandal RM250 juta itu mengejutkan rakyat kerana bukan lembu yang dibeli oleh suami Datuk Seri Shahrizat Jalil sebaliknya kondo yang dibeli.

Usaha untuk mendapatkan komen Muhyiddin gagal untuk menjawab desakan Zuraidah itu. 


Sehingga ini Muhyiddin belum bersuara mengenai isu skandal NFC itu. Muhyiddin yang dikaitkan dengan kelulusan jet kepada Rosmah juga belum menjawab isu ini.


Bulan lepas ketika berkempen pada PRK Sungai Limau. Muhyiddin dimarahi oleh penyokong PAS kerana mengaitkan isu penarikan subsidi gula dengan aruah ADUN Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak.

Kononnya kaki Azizan dipotong kerana makan gula berlebihan yang menyebabkan penyakit kencing manis. Keluarga Azizan mendesak Muhyiddin minta maaf dan akhirnya Muhyiddin minta maaf.

Inilah tiga kesilapan Muhyiddin yang mana isu Azizan, beliau minta maaf tetapi dua isu lagi, jet peribadi yang digunakan Rosmah dan isu skandal NFC belum dijawab oleh Muhyiddin.

FMT cuba mendapatkan komen Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mengenai desakan Zuraida supaya Muhyiddin meletakkan jawatan kerana beliau adalah menteri yang bertangungjawab sewaktu permohonan pinjaman NFC diluluskan, tetapi Timbalan Menteri Kewangan itu enggan mengulas sebaliknya beliau berkata biarlah Muhyiddin yang menjawabnya.

Selamatkah Muhyiddin dalam politik apabila tiga isu ini tercetus? Sebenarnya Muhyiddin sudah tidak mahu lagi aktif dalam politik. Menurut sumber, selepas PRU ke 13, beliau telah menemui Najib untuk melepaskan jawatan dalam masa dua tahun lagi, tetapi Najib suruh beliau teruskan berkhidmat untuk negara.

Mungkin Najib mengenang budi Muhyiddin. Kalau bukan Muhyiddin yang desak Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan pada tahun 2008, mungkin Najib masih kekal sebagai Timbalan Perdana Menteri. Maka Najib masih memerlukan Muhyiddin buat masa ini.

Muhyiddin disanjung pada tahun 2008 kerana berani desak Pak Lah berundu selepas BN gagal menang majoriti dua pertiga. Tetapi apabila Najib juga gagal dapat majoriti dua pertiga, Muhyiddin membisu kerana kononnya Umno makin banyak menang kerusi (88 kerusi) walaupun prestasi BN pada PRU ke 13 (133 kerusi) lebih teruk dari prestasi PRU ke 12 (140 kerusi).

Tiga isu sudah meletup. Mungkin selepas ini ada lagi isu yang melibatkan Muhyiddin meletus, maka Najib tidak dapat mempertahankan Muhyiddin lagi. Ketika itu Najib terpaksa melepaskan Muhyiddin pergi secara baik.

Inilah peluang bagi Najib untuk menaikkan sepupunya, Datuk Seri Hishamuddin Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri yang baru dua tahun lagi.

Biasanya Naib Presiden Umno yang ketiga yang menjadi Timbalan Perdana Menteri seperti yang berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohamad (1976), Tun Musa Hitam (1981) dan Tun Ghafar Baba (1986). Adakah Hishamuddin akan mengikut jejak langkah Naib Presiden Umno ketiga? Sama-samalah kita tunggu.-fmt



RM9.65bil is Selangor's final offer to take over water firms...

The Selangor government is prepared to pay out RM9.65 billion to take over the four private water companies in the state and this sum is the final offer, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim said today.

The four companies - Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd (Syabas), Konsortium Abbas Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, and Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd - have until 5pm on Dec 4 to respond to the offer made through state-owned Kumpulan Darul Ehsan Bhd (KDEB).


azlan

"We hope the shareholders of the companies will accept this firm offer, which will provide profitable returns.

"If the shareholders feel that they deserve an additional amount, they can always request for an international arbitration. We hope we can break the impasse as the state is ready with our takeover plans," Khalid said in a statement. 

The takeover exercise is part of the state government’s bid to restructure the water industry in Selangor since Pakatan Rakyat took over the state in 2008.

It had previously made four offers ranging from RM5.7 billion to RM9.65 billion to take over the companies.

The federal government, which is a golden shareholder in the four companies, had set a Dec 31 deadline for the takeover talks to conclude.

According to Khalid, the offer includes purchasing the equity of all four companies including returns of 12 percent per annum up to Dec 31, 2012.

Under the offer, KDEB will also settle all water-related debts of the four companies.- malaysiakini

Selangor serah tawaran akhir RM9.65 bilion kepada 4 konsesi air.



Seorang ibu mendakwa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perak enggan memberikan Mykad kepada anak perempuannya berusia 12 tahun hanya kerana warna kulit remaja itu berbeza dengan ibu bapanya.V Kamlla, 60, mendakwa, pihak JPN bukan hanya mempertikaikan genetik anak tunggalnya itu malah meminta mereka menjalani ujian DNA bagi membuktikan S Mahalachime anak kandungnya.



cheers.

No comments: