Anwar - Kenaikan gaji MB, Exco dan Adun Selangor terlalu tinggi...
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), berkata kenaikan gaji pemimpin tertinggi kerajaan dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di Selangor terlalu tinggi dan dibuat secara mendadak.Katanya, walaupun setuju dengan cadangan kenaikan gaji itu, beliau berpendapat kadar kenaikannya tidak munasabah.
"Saya setuju jika gaji dinaikkan tetapi pada pendapat saya menteri besar perlu menilai semua kadar tersebut dan memberi alasan munasabah kenaikan tersebut," katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor meluluskan kenaikan gaji untuk semua 56 Adun berkuatkuasa 1 Januari depan, dengan timbalan speaker DUN mendapat kenaikan tertinggi sebanyak 373.3%.
Rang undang-undang Enakmen Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Negeri (Saraan) (Pindaan) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji menteri besar Selangor, speaker DUN dan barisan exco kerajaan negeri.
Gaji menteri besar dinaikan daripada RM14,175.15 kepada RM29,250; anggota exco kerajaan negeri daripada RM6,109.29 kepada RM20,250; speaker DUN (RM6,109.29 kepada RM22,500); timbalan speaker (RM3,327.50 kepada RM15,750) dan Adun (RM6,000 kepada RM11,250).
Anwar berkata, Khalid tidak harus menggunakan alasan kenaikan elaun bagi menyamai langkah yang dibuat Sarawak.
Katanya, Khalid perlu menjelaskan hal kenaikan tersebut kepada Pakatan Rakyat (PR).
"Saya tidak fikir beliau perlu mengikut langkah Sarawak menaikkan gaji pemimpin tinggi, perlu jelaskan kepada parti dan paling penting jangan terlalu pentingkan kenaikan kerana kerajaan negeri Selangor perlu memastikan peningkatan perkhidmatan," katanya.
Sementara itu, Khalid pada sidang medianya selepas sidang DUN Selangor berkata, kenaikan gaji berada pada paras yang munasabah kerana ia menggunakan sistem gaji yang diperolehi pemimpin peringkat negeri di Sarawak sebagai indikator.
Khalid berkata, kadar berkenaan juga sebenarnya masih rendah berbanding gaji mereka yang berada dalam syarikat swasta.
"Bagi sesetengah orang ini mungkin sudah banyak, tetapi bagi mereka yang berada dalam sektor swasta, ia tidak tinggi, ini munasabah," katanya. - 28 November, 2013.-TMI
Khalid pertahan kenaikan gaji exco, ADUN S'gor...
Kenaikan gaji bagi wakil rakyat Selangor bertujuan supaya mereka tidak lagi perlu membuat kerja luar untuk mencari pendapatan tambahan, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini
Kenaikan pendapatan tersebut, katanya, adalah sesuai untuk wakil rakyat dan exco kerajaan negeri kerana tidak mahu mereka membuat kerja luar untuk menampung perbelanjaan mereka.
"Ini telah berlaku (sebelum ini)," kata Khalid kepada media di lobi Dewan Undangan Neger (DUN) Selangor di Shah Alam hari ini.
Menurut Khalid, beberapa menteri persekutuan juga mungkin perlu mencari pendapatan tambahan untuk kerja-kerja politik mereka.
Katanya, walaupun mendapat gaji seorang menteri (selain elaun MP atau senator), mereka kadang-kadang mungkin perlu mendapatkan duit dari luar, untuk membayar bagi kerja-kerja mereka.
Khalid mempertahankan kenaikan pendapatan tersebut sebagai "tidak tinggi" dan "munasabah", berbanding dengan upah di sektor swasta.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengambil kira bantahan rakyat berhubung perkara ini.
Oleh itu, katanya, ia memilih gaji ADUN Sarawak sebagai asas dan memutuskan kadar 30 peratus lebih rendah untuk ADUN Selangor.
Walaupun kedua-dua negeri itu mempunyai rizab kewangan, Khalid berkata, Selangor lebih besar daripada Sarawak dari segi prestasi ekonomi.
Sementara itu, Bernama melaporkan menteri besar Selangor berkata kenaikan gaji antara 80 hingga hampir 400 peratus itu dibuat selepas mengkaji pelbagai faktor termasuk mengambil kira kenaikan yang diterima ADUN serta anggota pentadbiran negeri Sarawak.
"Kita naikkan gaji di Selangor kerana tidak mahu wakil rakyat kita buat kerja luar untuk tampung perbelanjaan mereka.
"Saya berpendapat kenaikan ini munasabah sebab kita hendak (beri) servis kepada rakyat. Malah, kalau di sektor swasta, gaji seperti ini tidak tinggi. Kita juga tidak boleh sorok pendapatan sebab kita setuju setiap harta dan pendapatan mesti diumumkan, biar rakyat tahu," katanya.
Abdul Khalid turut menafikan yang gajinya lebih tinggi daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Gaji di Selangor dikira berdasarkan formula 75 peratus daripada kenaikan yang diterima di Sarawak.
"Sebagai contoh kalau gaji ketua menteri Sarawak RM39,000, gaji menteri besar di Selangor ialah RM29,000.
"Selain itu, sejak lima tahun lepas kita dapat kutip hutang yang sebelum ini gagal dikutip kira-kira RM500 juta. Dengan 10 peratus daripada hasil kutipan hutang ini, kita sudah dapat bayar gaji ini," katanya.-malaysiakini
Khalid to Azmin: Take it or leave it
Anwar -MB must explain why Selangor salary hikes a bit high...
The opposition leader’s latest attack against his own PKR colleague comes after Khalid more than doubled his own salary from RM14,175 to RM29,250 and gave a whopping 231 per cent pay hike to his state executive councillors from RM6,109 to RM20,250, amid healthy state finances in the country’s wealthiest state.
The increase is set to take effect from January 1 next year.
”I told the MB that the increase is a bit high,” Anwar told reporters at the Parliament lobby here today.
“Khalid has given an explanation (to Pakatan Rakyat (PR) and he has to give an explanation to the media as well for his basis,” added the PR de facto leader.
At the Selangor state assembly yesterday, assemblymen’s monthly salaries were almost doubled from RM6,000 to RM11,250, according to a report by English-language daily The Star.
The Speaker’s monthly pay was more than tripled from RM6,109 to RM22,500, while the deputy Speaker’s monthly pay-check more than quadrupled from RM3,327 to RM15,750.
Khalid reportedly said that the raises were timely due to heavier responsibilities in the state.
He also announced a half-month bonus for state government employees that will be issued in the middle of January.
PR retained Selangor in Election 2013 with a stronger majority under Khalid’s administration, after the country’s most developed state fell from Barisan Nasional’s (BN) grasp for the first time in the 2008 political tsunami.
Khalid, however, has been criticised by Anwar over his purportedly tight-fisted management of Selangor’s reserves that touched RM2.8 billion in May.
Anwar reportedly said last Monday that there are times when Khalid is “among the slowest” PKR leaders to take action, pointing out that PR’s achievements are not measured by budget surpluses, but by how the needs of the public are prioritised.
PKR deputy president Azmin Ali, who is also the Bukit Antarabangsa assemblyman in Selangor, was reported by a news portal last Tuesday as saying that it was “meaningless” for the state to have large reserves if problems like potholes, rubbish collection, and state universities remain.-TMI
Selangor speaker defends pay hike, says no diamonds...
Selangor speaker Hannah Yeoh has defended her 268 percent pay hike to RM22,500 a month, saying that she earns "far" less than Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin.
Commenting on a factbox in The Star comparing her pay to Muhyiddin's salary, she said she is ready to declare her assets to prove it.
"I co-own one terrace house with my husband and one Kia Sorento car. No other side income. No diamonds. No contracts. No private jets.
"My husband has no role in any state agencies. My two babies have only toys and not involved in any companies doing business with government
"My hands are still clean. I work like all other working folk. I am the first woman speaker. I am not the first lady," she said in a series of tweets.-malaysiakini
Cuba hampa pikiaq mai pasai perbelanjaan First Lady Rosmah sebelum bertengkaq pasai kenaikkan gaji MB dan ADUN Selangor...
Pelik bin Ajaib...jumlah penumpang bertambah 29%...tapi rugi juga dari dulu,kini dan selama2nya...baca di sini.
cheers.
No comments:
Post a Comment