24 December 2012

Mat Maslan ramal BN rampas 20 kerusi Pakatan, tapi dia lupa 50 kerusi BN lain akan kecundang...

Ketua Penerangan Umno Ahmad Maslan meramalkan UBN akan berjaya merampas 20 kerusi milik Pakatan Rakyat dan sekaligus akan memperolehi majoriti 2/3 di parlimen. Kerusi yang bakal dirampas ialah lima kerusi milik PAS, lima milik DAP dan 10 milik PKR.

Menurutnya kemunasabahan pencapaian itu berpandukan kepada kerusi-kerusi milik Pakatan Rakyat sebelum ini bermasalah apabila wakilnya keluar meninggalkan parti. Sekali dengar kenyataan Ahmad Maslan itu agak mengejutkan juga, tetapi bila membaca laporan itu sampai habis menyebabkan orang tersenyum sendiri kerana ramalan itu hanya ilusi oleh seseorang yang baru menikamti 'air' kekuasaan.

Kata Ahmad Maslan kemungkin itu berlaku sekiranya tidak berlaku cah keting di dalam parti berkenaan dan ia juga dibantu oleh calon boleh menang (winnable candidate) yang dikemukakan oleh UBN serta disumbangkan oleh kepimpinan Najib Razak.

Kalau itu bentuk dan gaya ramalan Ahmad sesiapa pun boleh membuat ramalan seperti itu. Sepuluh ramalan sehari pun boleh dilakukan, bukan saja setakat 20 kerusi 50 kerusi boleh dilakukan. Pihak Pakatan Rakyat juga boleh menyatakan mereka akan menang lebih 30 kerusi yang dimiliki oleh UBN sekarang.

Setakat hendak sebut jumlah kerusi dari PAS, PKR dan DAP, Pakatan Rakyat juga boleh berbuat demikian. Apakah kalau Pakatan Rakyat mendakwa mereka akan merampas 14 kerusi parlimen di Sabah dan 10 kerusi parlimen di Sarawak, manakala tujuh atau lapan kerusi di Johor di samping menambahkan satu di Pahang, satu Melaka dan dua di Perak?

Cuba kira berapa jumlah kerusi yang diperolehi Pakatan Rakyat? Bukankah ianya berjumlah 34 kerusi? Sekiranya Pakatan Rakat dapat menambah 34 kerusi disamping mengekalkan yang sedia ada sebanyak 83 ini bermakna Pakatan Rakyat mempunyai 117 kerusi. Dengan jumlah itu sudah cukup  Pakatan Rakyat sudah mendapat majoriti mudah untuk menubuh kerajaan dan menjadikan Mat Maslan dan Najib akan beralih ruang di parlimen. Apakah tidak mustahil kalau kedudukan terjadi begitu tidak akan ada satu dua kerusi dimenangi UBN akan imigran ke arah Pakatan Rakyat?

Mat Maslan jangan merasa selesa dan sedap duduk atau mempercayai tidak akan berlaku tindakan keluar parti kelak. Apakah Mat Maslan yakin wakil-wakil UBN akan terus setia dengan Najib dan terus berhimpun atas busut kecil kalau banjir sudah tiba. Rasanya bukan saja orang lain Mat Maslan sendiri juga terliur untuk mencari 'bongok' untuk menyelamatkan diri apabila belaku bah besar nanti.

Eloklah Ahmad berhenti membuat ramalan rabun begitu kerana ia bakal menyusahkan partinya sendiri. Rasanya Najib juga kurang selesa dengan ramalan sedemikian. Kita tidak mahu nanti selepas undi dikira menyebabkan ahli Umno yang mempercayai ramalan rabun Mat Maslan itu akan terkejut dan jatuh pengsan. Apa yang berlaku di Indoneisa di mana ramai wakil rakyat menjadi gila selepas selesai pilihan raya apabila parti mereka gagal membentuk kerajaan.

Ramalan Mat Maslan itu juga tidak konkrit kerana ia masih berhelah atau berlapik. Sepatutnya beliau sudah tidak mengambil kira kelemahan di dalam Umno yang bakal menyebabkan parti itu kalah. Beliau harus tegas dan berani menyatakan ramalan itu berasaskan kebenaran. Tetapi apaila memberi beberapa alasan maka nampaknya ramakan itu rabun dan bukan satu ramalan yang tuntas.

Saya rasa Mat Maslan tidak melihat kepada realiti semasa dalam dia membuat ramalan itu. Ramalan itu hanya tidak lebih dari untuk menyegar angin saja. Ia dibuat di atas kertas bagi menggempurkan semangat ahli-ahli Umno. Khabarnya angka itu diberikan dalam satu pertemuan sulit dengan pemimpin Umno?

Realiti hari ini terutamanya sokongan orang Cina kepada UBN semakin menirus. Lantaran peningkatan sokongan itu saya berani mengatakan semua kerusi campuran yang berkedudukan undi Cina di antara 40% hingga 45% akan disapu oleh Pakatan Rakyat. Cuba Mat Maslan kira berapa banyak kerusi yang berkapasiti demikian.

Demikian juga dengan undi Melayu di beberapa negeri sokongan kepada Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan. Paling jelas ialah di negeri Mat Maslan sendiri di Johor. Ini dapat dibukti dengan kehadiran orang Melayu Johor pada acara anjuran Pakatan Rakyat. Perubahan sikap orang Melayu begitu ketara sekali. Sekiranya Umno tidak menyedari undi Melayu kepada Pakatan Rakyat meningkat parti itu tidak akan melakukan gerakan Gastapo terhadap Pakatan Rakyat. Apa yang berlaku hari ini di mana majlis Pakatan diganggu, terbaru eksepidi Oren dihalang dan dipukul menunjukkan Umno didalam keadaan desparate.

Hanya orang yang didalam keadaan tertekan saja akan bertindak garang dan diluar lunas-lunas demokrasi. Persis kucing yang diasak selalunya akan menerkam dan membuang tahi di tengah jalan.

Di Johor misalnya, meskipun Pakatan Rakyat mungkin sukar untuk memenang sebarang kerusi tetapi sokongan dipamerkan hari ini memberi semangat kepada Pakatan Rakyat. Keadaan rakyat Melayu Johor yang dilihat masih kekal menyokong Umno boleh berubah menjelang pilihan raya. Mood ataupun gelombang yang bakal tercetus nanti boleh menyebabkan mereka mengubah haluan disaat-saat akhir. Perlu diingat modd dan suasana selepas parlimen dibubarkan iakan berubah secara total.

Dari petanda hari ini adalah elok kalau Mat Maslan menyepikan diri saja dan tidak berretorik dengan angka-angka. Tidak guna kalau Mat Maslan setakat hendak menghibur Najib Razak dengan jumlah itu sedangkan hakikat UBN masih sakit dan terus demam tidak kebah.

Cara Mat Maslah membuat ramalan itu juga ia dilihat over confident di mana sikap ini boleh memakan diri sendiri. Dinasihat kepada Mat Maslan kalaupun hendak mendodoikan Najib carilah lagu dan senikatanya yang lain bukan mengenai dakwaan dapat kesekian banyak kerusi.

Kalau Mat Maslan sendiri mengatakan keupayaan UBN itu sekiranya tidak berlaku cas keting sesama sendiri, kita ingin bertanya kepada beliau apakah perkara itu tidak berlaku? Cah keting didalam Umno kali ini dijangka akan hebat lagi, kerana ia bukan saja berlaku di antara sesama Umno tetapi ia juga akan berlaku di kalangan NGO yang menyokong UMNO. Formula dipakai UMNO yang meminta tiga empat nama untuk dinilai sebagai calon disatu-satu kerusi akan menimbul masalah di kemudian hari.

Selain itu mana-mana NGO yang bermati-matian menyokong UMNO yang wakilnya tidak diberi peluang bertanding sudah pasti akan membelasah UMNO balik. Apakah Mat Maslah terlupa untuk membuat analisa ini dan dengan gampang UMNO akan mendapat 20 kerusi? Duhai Mat tidak semudah itu dalam dunia politik ini, selalunta kata tidak menepati apa yang dirasa. Tanya sikit Mat,  saham Felda dah jadi berapa? - Mohd.Sayuti Omar@msomelayu.blogspot


BN capable of wresting 20 Pakatan seats...

Barisan Nasional (BN) is capable of wresting back 20 opposition-held seats to help secure two-thirds majority in the coming 13th general election, says Umno information chief Ahmad Maslan.

He is confident that BN can retain the 140 parliamentary seats it won and capture five of 23 seats held by PAS, five of 29 held by DAP and 10 of the 31 PKR seats.

He said the confidence was based on various factors including the problems faced by the opposition in several seats that it had won.

"It's logical because, for example, seven of the PKR seats are already problematic for the opposition as six as the incumbents left the party to become independents while it lost the Hulu Selangor seat."

He said this after attending the opening of a professionalism-enhancing retreat of the Information Welfare and Recreation Club by Malacca Chief Minister Mohd Ali Rustam in Malacca today.

Ahmad, who is also deputy minister in the Prime Minister's Department, said the leadership of Prime Minister Najib Abdul Razak was also an important factor in ensuring victory for BN.-malaysiakini


Here n There...

anonymous_rb345 - If that is the case why is Jibby so chicken shit to call for election? The Pee M is peeing in his pants on his decision to call for general election. Mat, go ahead and "syiok" sendiri. We have been waiting for more than 4 years to kick Barisan Najis out for good.

rober727 - BN masih tidur minpi nak two third mojority in the next GE even simple majority pun susah kemungkinan tubang terus, dan masuk jail under PR.
 

thetruth - Maslan is not far from the truth but he did not tell the whole story. Pakatan is expected to grab additional 9(Sarawak) + 9(Sabah) + 9 (Johor) +3 (Penang) + 3 (Perak) + 3 (Pahang) + 2 ( Kelantan) + 2 (Trengganu) + 1 (Kedah)=41 seats. If you do the maths, it is 41-20=21 seats extra for Pakatan.

Senior - How nice to prove him wrong.....Najib a factor? With the back stabbing in UMNO?
 

Wan Adib Wan Roslan - Yg patut bn fikir skrg adalah, brape negeri tadbirannya yg bn dpt pertahankan. Krn umum tahu, skrg ini x ada satu negeri pun yg menjadi selamat bagi bn. Semuanya adalah zon bahaya, boleh jatuh bila2 masa...
 

Azizan Abdul Shukur - keh keh tuih....kalau syik baca utusan dan dengar tv3 suku dunia makin sempit..otak pun makin senget..tapi tak mengapa lepas pru 13 kita lihat media yang pro rakyat..bukan hal pemimipin umno setiap malam...tuih
 

Samsudin Abu Hasan - Politik umpan BR1M, Baucar Buku, dan lain2 umpan lagi sudah tidak boleh lagi menjadi faktor kemenangan dlm pilihan raya waktu ini. Itu semua taktik politik tahun 60-an dan 70-an.

Mohd Sani - Ini petanda bahawa penipuan undi besar-besaran akan berlaku. Jelas apabila Suruhanjaya Piliharaya enggan melaksanakan tuntutan bersih,.... PR mesti mendesak supaya undi pos dan undi dari 'hantu' PATI tidak dibenarkan untuk dimasuk kira, baru adil dan sudah barang tentu dan pasti dengan izin Allah swt, PR akan menang besar melebihi 2/3. Jika tiada penipuan undi, percayalah.






cheers.

No comments: