Sekinchan state assemblyperson Ng Suee Lim said a private caveat was made on a 30-acre piece of land in Tanjung Karang - about the size of 15 football fields - which is owned by Noh, who is the Tanjung Karang MP.
Under the agreement, Noh had given consent to Pristine Agrofood Sdn Bhd to operate the prawn farm on the land for 10 years.
“This certainly constitutes conflict of interest as this joint-venture comes under his portfolio,” he told the state legislative assembly sitting today.
Contacted late this evening, Pristine Agrofood director Chu Bak Teck said Noh is not involved in their business and is merely the land owner. Chu added that Noh's land is only part of the 100-acre farm.
Attempts to contact Noh for immediate reactions have been unsuccessful while questions via text messages have yet to be replied.
Ng made the revelation during a debate on a motion, which he tabled, to mull banning all Selangor lawmakers and local councillors from buying state land during their tenure. The motion was later passed.
What if Noh becomes MB?
Based on official documents released by Ng later, Noh had purchased the land, Lot 26426 in Bagan Tengkorak, in 1995.
A certificate of ownership was issued by the Selangor Land Ownership Registrar in September 2009, five months after Noh was appointed to his current cabinet position.
The documents showed that Noh inked a private caveat sought by Pristine Agrofood to not sell the land for 10 years, beginning 2011, to maintain the farm.
During the debate at the state assembly sitting, Ng said Noh had "sapu (swept)" land belonging to the people and questioned how the minister managed to obtain such a large piece of land, while it is difficult for others to do so.
"This is very embarassing for Noh, who is touted as a possible (BN) candidate for the Selangor menteri besar position, to be involved in this scandal.
“Now he already made off with 30 acres of the people's land. What if he becomes menteri besar one day?” he said.
Interjecting, Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) came to Noh’s defence, stating that the deal was above board.
“He got the land before he was a parliamentarian. I don’t find any wrongdoing on that,” he said.
Recently, Ng had made a string of allegations against the Tanjung Karang Umno division, accusing it of buying state land at a heavy discount.- malaysiakini
Ada projek udang atas tanah Noh Omar...
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.
Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.
Dalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.
Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.
Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.
Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.
Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan.- malaysiakini
Noh Omar Beli Tanah Murah, Buat Ternakan Udang...
Dewan Negeri Selangor (DNS) hari ini digemparkan tentang skandal pembelian tanah oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar di Bagan Tengkorak, Tanjong Karang pada 1995.
Lebih lagi, Noh, yang sekarang Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, telah memulakan projek ternakan udang pada tahan 30 ekar itu bersama sebuah syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd.
Penglibatan Noh di dalam syarikat itu, kata Ng Suee Lim (DAP-Sekinchan) yang mendedahkan skandal tersebut, menimbulkan persoalan percanggahan kepentingan kerana Noh merupakan menteri yang bertanggungjawab mengelola industri itu.
Noh membeli tanah 30 ekar itu dengan hanya membayar RM100,000 berbanding harga asal kira-kira RM3 juta pada ketika itu, kata Suee Lim.
Katanya, tanah itu yang asalnya berstatus komersil kemudiannya ditukar kepada tanah pertanian demi menjayakan projek ternakan udang itu pada 2011.
“Rakyat susah untuk mendapat tanah tetapi seorang pemimpin kanan diberi tanah dengan mudah pada ketika itu. Saya telah melawat kawasan itu dan mendapati statusnya adalah untuk ternakan udang,” katanya semasa sesi perbahasan di hari terakhir persidangan DNS.
Suee Lim dalam pada itu turut mendedahkan surat akuan sumpah yang membuktikan usahasama Noh bersama pengarah Pristine Agrofood Sdn Bhd, Chu Bak Teck.
Mengikut dokumen yang didedahkan Suee Lim, Noh mendapat tanah itu pada 13 Jun 1995. Hasil carian di laman web Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menunjukkan Noh memenangi kerusi Ahli Parlimen Tanjong Karang buat kali pertama pada April 1995.
“Kes ini saya anggap sebagai skandal tanah dan bukti wujudnya percanggahan kepentingan kerana beliau ketika ini ialah seorang menteri yang memegang portfolio pertanian dan industri asas tani yang secara terang terlibat secara langsung dalam industri itu.
“Di manakah maruah Umno-BN yang kononnya memperjuangkan hak rakyat tetapi parti terlibat dalam kes sapu tanah rakyat?” soalnya.
Sementara itu, DNS meluluskan Rang Undang-undang yang dicadangkan Suee Lim supaya tidak membenarkan wakil rakyat, ahli majlis dan pihak berkuasa tempatan membuat sebarang permohonan untuk memiliki tanah kerajaan negeri.
Usaha TV Selangor menghubungi Noh bagi mendapatkan respon beliau bagaimanapun gagal. Panggilan dan mesej pesanan ringkas yang dihantar kepada nombor telefon beliau tidak dibalas.-selangorku

cheers.
No comments:
Post a Comment