Justeru, Lim Guan Eng berkata kegagalan pihak polis untuk segera menahan ahli-ahli Perkasa yang terlibat dalam keganasan bukan sahaja terhadap orang awam dan wartawan tetapi juga terhadap keselamatan peribadi beliau hanya mengesahkan kebimbangan bahawa tingkah laku Perkasa mendapat sokongan Umno dan BN.
Katanya, kejadian semalam di pasar Teluk Bahang, di mana sekumpulan ahli Perkasa telah dibenarkan untuk berdemo dan melempar poster-poster anti-Lim Guan Eng berdekatan dengannya, membuktikan bahawa pihak polis tidak akan mengambil tindakan walaupun kejadian berlaku di depan mata mereka.
“Sikap tidak peduli ini mungkin telah memberanikan seorang ahli
Perkasa yang tiba-tiba menyerang saya dari belakang dan berjaya menolak
saya.
“Walaupun ahli Perkasa itu sempat menolak saya, saya tidak
dicederakan hasil usaha seorang pemimin PR tempatan yang telah mengheret
keluar ahli Perkasa itu,” ujarnya yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang
dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Tambahnya, tugas untuk mengheret ahli Perkasa itu sepatutnya tanggungjawab polis dan bukan pemimpin PR.
Katanya, kegagalan polis untuk memberi perlindungan yang sewajarnya telah diikuti pula dengan kegagalan polis untuk segera menahan ahli Perkasa yang terbabit.
Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sekiranya serangan itu
telah berlaku ke atas Perdana Menteri dan bukan seorang Ketua Menteri
PR, bayangkan sahaja bagaimana reaksi polis.
“Insiden yang malang ini telah berlaku walaupun Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain sudah pun memaklumkan pihak polis mengenai demonstrasi Perkasa dan telah meminta perlindungan yang sewajarnya serta tindakan yang tegas,” ujarnya.
Pun begitu, ujar beliau walaupun Perkasa mempunyai rekod keganasan
bersiri terhadap orang awam, wartawan dan pemimpin PR, mereka masih lagi
dibenarkan untuk bertindak ganas tanpa dihukum.
Menurutnya, sungguhpun mencatatkan pengurangan dalam indeks jenayah yang kedua paling ketara setakat Mei 2012 (pengurangan 23%), pihak polis sedang diteliti dengan rapi di Pulau Pinang akibat beberapa insiden jenayah di kawasan-kawasan warisan, pelancongan dan perumahan.
“Kegagalan untuk melindungi Ketua Menteri hari ini tidak akan meyakinkan pihak awam tentang keupayaan pihak polis untuk memastikan keselamatan awam apabila mereka tidak bertindak dengan segera terhadap mereka yang mengancam keselamatan Ketua Menteri,” katanya. Lim Guan Eng,harakahdaily
Pemimpin UMNO dedahkan mengapa PERKASA Pulau Pinang sering menggangu Guan Eng
Program santai Ketua Menteri Pulau Pinang dicemari insiden kekecohan
Guan Eng: Perkasa activist suddenly charge up behind me...
Penang Chief Minister Lim Guan Eng said the police have once again failed to protect him from Perkasa activist, who often hound him in public.
Refering to the incident at the Teluk Bahang markets yesterday, Lim said the police took action too late, thus allowing Perkasa members to hurl projectiles at him.
"The inaction by the police probably emboldened a Perkasa member to suddenly charge up behind me and succeeded in brushing hard against me.
"I escaped injury. But if not for a PR local leader bravely dragging the Perkasa member away, I could have been injured," said Lim in a press release today.
Lim said that while it was bad that the police failed to protect him, it was more disappointing that the police did not arrest the would-be assailant.
"Just imagine how harsh police reaction would have been if this had involved the Prime Minister and not the Chinese Pakatan Rakyat chief minister," said Lim.
Lim said that the police have been duly informed about the Teluk Bahang visit and should have provided adequate protection.
He lamented that despite Perkasa's record of violence against the public, reporters and Pakatan leaders, the group appears to have absolute immunity.
The incident at Teluk Bahang saw about 50 Perkasa supporters holding a small gathering while Lim was conducting a walkabout.
According to The Star, at least one shop was pasted with dozens of anti-Lim Guan Eng posters.
As Lim was about the leave the area, it was reported that one Perkasa supporter charged at him and a scuffle ensued. Nearby police personnel intervened later.
At least one Perkasa supporter claimed in his police report that he was manhandled.-malaysiakini
Attacks against Guan Eng intensify ahead of GE13
cheers.
No comments:
Post a Comment