Katanya, beliau telah berbincang dengan beberapa orang anggota jawatankuasa tertinggi dan ketua bahagian Upko dan akan meninggalkan BN.
Beliau berkata demikian di majlis pelancaran Angkatan Perubahan Sabah (APS) di Tuaran.
"Saya masih setia kepada Upko tetapi meletak jawatan dari BN," katanya.
Bumburing sebelum ini meletak jawatan sebagai pengerusi BN kawasan tersebut tanpa mengemukakan apa-apa sebab.
Beliau hari ini berkata kekecewaannya ke atas janji BN yang tidak ditepati dan peningkatan jumlah imigran tanpa dokumen serta royalti petroleum menyebabkan beliau bertindak demikian.- malaysiakini
Penarikan diri Lajim,tabung simpanan tetap BN di Sabah telah retak
Tanda2 Kiamat Untuk UMNO/BN Sabah Makin Jelas...
Pemimpin Umno tidak lagi boleh 'berdendang perantau' mempersendakan Pakatan Rakyat amnya dan Anwar Ibrahim khususnya yang dianggap sebagai bermimpi di siang hari untuk mengambil alih pemerintahan negara. Beberapa perkembangan terbaru menunjukkan sokongan rakyat kepada PR semakin hangat dan menyakinkan. Saham Pakatan Rakyat tampaknya lebih berpotensi dari saham FGVH.
Kalau beberapa minggu lalu Pas menjadi perhatian dan kebimbangan Umno dengan penyertaan beberapa orang pegawai tinggi kerajaan, pegawai tinggi polis dan artis, kini perkembangan dan kebangkiktan politik di Sabah pula mengambil temnpat untuk menganggu emosi UBN.
Penyertaan bekas pegawai tinggi kerajaan ke dalam Pas memberi nilai tambah kepada parti berkenaan dan secara tidak langsung menyuntik semangat dan keyakinan umum kepada PR. Penyertaan di atas kesedaran sendiri itu kerana bosan dengan corak dan stail pemerintah BN menunjukkan makin ramai orang cerdik hilang keyakinan kepada kerajaan UBN.
Perhijrahan atau bangkangan secara fizikal para pegawai kerajaan itu juga menunjukkan transformasi politik dan pentadbiran ditawarkan Ha Najib Razak tidak memberi apa-apa bekas. Ia tidak 'bersera' ke hati. Mereka menyedari bahawa segala perubahan dan janji-janji itu adalah retorik semata-mata. Ketidakpedulian kepada anjakan Najib itu menggambarkan perdana menteri itu tidak ada wibawa dan kredibilitinya lemah.
Kini di Sabah pula berlaku tindakan yang dianggap sebagai drastik dan dramatik. Dua orang pemimpin utama negeri itu yang lebih merupakan pembela rakyat, Lajim Ukin dan Wilfred Bumburing telah melakukan “hara kiri” dalam politik apabila mereka mengumumkan meletak jawatan dalam parti dan keluar dari BN.
Paling merujakan tindakan mereka ini bukan bersendirian tetapi disambut ribuan rakyat. Rakyat Sabah bangkit bersama mereka. Sebelum ini bekas timbalan menteri kabinet BN, Kalakau Untul juga telah keluar meninggalkan parti dan menyertai PKR.
Tindakan mereka itu benar-benar menjadikan Najib bukan saja terkejut tetapi terlupa waktu berbuka puasa dan sahur. Rambutnya juga yang sudah tipis menjadi bertambah menipis menyebabkan daerah kebotakannya semakin meluas. Najib tidak terfikir bahawa akhirnya kedua tokoh rakyat yang berpengaruh itu mengambil keputusan.
Mungkin selama ini Najib dan pemimpin UBN lain menganggap mereka hanya mengugut dan bermain dengan kata-kata. Shafei Afdal yang sebelum ini menganggap keluar parti adalah perkara biasa juga mungkin, sudah menjadi loyak dan mumai dengan apa yang berlaku. Pengistyharan rasmi penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang dikepalai mereka boleh memabukkan Shafei.
Usaha Najib disaat akhir untuk menyelamatkan BN Sabah dari gara-gara goyangan mereka karam tidak berjaya. Sebelum ini katanya Najib terpaksa membatal beberapa majlis di Kuala Lumpur dan terbang malam ke Sabah bagai menyelesaikan kemelut dan ugutan, namun tidak berjaya. Najib pulang ke Kuala Lumpur dengan tangan kosong.
Apa yang berlaku itu bukan salah siapa melainkan salah Najib juga sebagai perdana menteri. Sudah lama mereka berkokok menimbulkan rasa kurang senang baik secara lisan maupun menerusi parlimen tetapi tidak dipedulikan. Najib membiarkan mereka dan menganggap suara mereka hanya suara peribadi dan bukan suara rakyat.
Najib juga mungkin berfikir mereka berdua dan sekalian rakyat boleh dibeli dengan wang ringgit. Cara Najib berpolitik dengan mengumpankan wang ternyata sudah tersilap.
Bekas ketua penerangan Umno Malaysia Hussein Ahmad penah menyebut kepada saya cara Najib berpolitik tidak ubah seperti pemelihara harimau yang suka memberi harimau daging di mana akhirnya pemelihara itu akan dibaham harimau apabila suatu hari dia gagal menyediakan daging nuntuk harimau. “Politik Najib amat bahaya,” tegas Hussein.
Najib begitu angkuh dengan kekuasaan dan politik tabur janji dan wang. Sudah ratusan billion yang beliau taburkan kepada rakyat. Najib mengira semua rakyat boleh dibeli dan wang adalah kuasa mutlak. Sebenarnya fatwa dan petua itu silap sama sekali kerana bukan semua orang akan lalai dan ralik dengan wang.
Sejujurnya juganya Najib tidak ada cara lain untuk menawan rakyat melainkan dengan memberi wang seberapa sen kepada rakyat. Najib tidak ada modal dan aset peribadi. Dia menyedari akan kelemahannya serta kemampuannya sebagai pemimpin. Najib tidak mempunyai kekuatan diri sebagai pemimpin baik idea, wawasan dan juga track rekod sebagai pemimpin. Sebagai orang yang tidak pernah diuji dan melalui liku perjuangan panjang Najib kering dengan pengalaman dan sejarah.
Apabila sudah sampai satu tahap di mana ketidakadilan berleluasa, kekejaman berlaku dalam apa juga sudut, penipuan di mana-mana rakyat tidak akan pedulikan lagi kepada wang dan kebendaan. Naluri manusia tidak kira siapa mahukan kepada keadilan dan kebenaran, benci kepada kemungkaran berterusan. Manusia yang sihat boleh ditipu sebanyak dua kali bukan untuk ketiga dan seterusnya melainkan yang otaknya bertompok dengan doktri Umno ala-ala Ahmad Maslan.
Apa lagi bagi orang seperti Wilfred dan Lajim atau Kalakau itu, bagi mereka wang tidak memberi apa-apa makna lagi. Mereka sudah mempunyai wang. Sebagai orang yang ada ehsan dan sisa perjuangan rakyat mereka akan melihat kepada nasib rakyat. Apa yang dilakukan saya melihat kerana mereka ingin membela nasib rakyat negeri mereka yang tidak dipedulikan oleh Kuala Lumpur. Mereka juga sudah mulai sedar dari diperbodohkan oleh pemimpin UBN Semenanjung.
Manusia boleh bersabar, setahun, 10 tahun 20 tahun tetapi tidak selama-lamanya. Dalam kes ini rasa sabar mereka itu sudah pun mencair maka tindakan itu diambil.
Sesungguhnya apa yang berlaku di Sabah membahayakan UBN. Jika dilihat kepada sejarah masa lalu, tidak syak lagi dalam pilihan raya kali ini dunia akan menyaksikan sekali lagi kerajaan Sabah akan bertukar tangan. Kali ini Pakatan Rakyat nampak seperti mendapat keuntungan itu.
Tawarikh telah dicatat di Sabah apabila berlaku perpecahan di dalam parti atau ada pemimpin meninggalkan parti, maka kerajaan yang wujud sebelum itu akan tumbang dan kerajaan baru akan naik.
Dalam tahun 1967 kerajaan Sabah ketika itu tumbang apabila beberapa pemimpin Pertubuhan Pasokmongun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) keluar parti dan bergabung dengan Usno pimpinan Tun Datu Mustapa Harun.
Manakala pada tahun 1976 kerajaan BN Sabah pula tumbang apabila Salleh Sulung dan Haris Salleh meninggalkan parti dan menubuhkan parti Berjaya. Berjaya berjaya memerintah Sabah.
Nasib dialami Usno ikut sama dirasai Berjaya selepas itu apabila Pairin Ketingan dan Mark Koding keluar meninggakan parti dan menubuh parti baru PBS berfeudamental Kristian tahun 1985 berjaya menmgambil alih kerajaan. Bagaimana pun kerajaan BN yang dirampas PBS itu terselamat apabila BN bertindak ‘merampas’ kuasa seperti mana berlaku ke atas kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.
Berdasarkan sejarah dan pengalaman serta hukum karma itu sudah pasti apabila ada tiga pahlawan rakyat Sabah bergabung untuk memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat, kejadian sama akan berulang di mana kerajaan UBN Sabah akan tumbang dan tergolek jatuh dari gunung Kota Kinabalu dalam pilihan raya ke-13 ini.
Sesiapa pun jika membelakangkan rakyat akhirnya akan dibalas rakyat. Kuasa rakyat adalah kuasa mutlak yang boleh mengugagat mana-mana kerajaan kandatipun sekuat Mahathir maupun Firaun.- Mohd.Sayuti Omar@msomelayu.blogspot
Tuaran MP quits BN, pledges support to Pakatan...
Tuaran MP Wilfred Mojilip Bumburing today announced his decision to leave BN by quitting the United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (Upko), promising to lend support to Pakatan Rakyat.
“I have discussed this with several of Upko’s supreme council members and division leaders. We are leaving BN,” said the Upko deputy president at the launch of Angkatan Perubahan Sabah (APS) in Tuaran.
"I am still faithful to Upko, but I am resigning from Barisan Nasional," he told supporters at function in Tuaran this afternoon.
Last week, Bumburing (right) quit as the constituency's BN chairperson without citing any specific reasons.
Today, he revealed that frustration with BN’s broken promises, especially in dealing with the escalating number of undocumented immigrants in the state and the petroleum royalties issue had sparked his move.
The announcement was made on the platform of a newly formed political entity Angkatan Perubahan Sabah (APS).
It was attended by PKR de facto leader Anwar Ibrahim and several Pakatan Rakyat leaders from Peninsula Malaysia.
A similar gathering will held in Beaufort tonight, where the MP for the constituency Lajim Ukin and Anwar are expected to address supporters.
Lajim (right) is expected to announce the formation of Pakatan Perubahan Sabah (PPS) which, together with APS, will make up the Sabah Reform Front (SRF).
Dare to Umno
"This is the mother of all problems in Sabah... the flooding of illegal immigrants," Bumburing said in a delayed video broadcast on the UStream TV Merdeka Rakyat website.
"When Sabah agreed to join Malaya to form Malaysia in 1963, the federal government promised to protect Sabah," he said adding that Sabah's population then was about 600,000.
In 2010, the population census showed that there are now more than 3.5 million people in Sabah, or a 390 percent increase in just about half a century, said Bumburing in accusing the federal government of handing out citizenships arbitrarily.
"When Dr Mahathir (Mohamad) became the prime minister the problems with immigrants were left unheeded.
"We accept that there is no one country without a migrant population. But I must stress here that we don't have a problem with those who have moved here decades ago and followed the right procedure to obtain their citizenships.
"We are worried about those who came yesterday and managed to get their identification cards today," he said.
Despite countless appeals and memorandums, Bumburing said Putrajaya has kept a pin-drop silence on the issue.
"Waiting for BN to form the royal commission of inquiry to probe the immigrant problem is not going to work anymore. Three times Najib (left) has visited Sabah since he made the announcement that a RCI will be formed, but until today we have yet to see it happen," he added.
It is folly to wait for BN to act on Sabah's grouses, warned Bumburing, calling on those present to vote for the opposition in the upcoming polls, speculated to be held as soon as September.
Among others issues highlighted were the lack of action taken in upholding native customary rights (NCR) and oil royalty privileges.
On the matter of APS, Bumburing explained that it would be a non-political entity, to create a platform to network among politicians, aligned to BN's rival Pakatan Rakyat.
The former Sabah deputy chief minister also announced that he, together with several others, will embark on a state-wide tour to promote the opposition's agenda.
"I know how hard it is for Bumburing to exit Upko. He is loyal to the party," said Anwar, in welcoming the move.
In the 2008 general election, Bumburing defeated PKR's Ansari Abdullah with a 6,622-vote majority against his nearest rival, who garnered 11,023 votes.
Parliamentary constituencies in Sabah and Sarawak make up 57 seats of the 222 federal parliamentary seats, where BN won 55 seats against Pakatan MPs Hiew King Cheu (DAP-Kota Kinabalu) and Chong Chieng Jen (DAP-Bandar Kuching).
BN lost three more constituencies when Sabah Progressive Party (SAPP) left the ruling coalition with two of its MPs backing the opposition, while DAP's Wong Ho Leng won Sibu in a by-election, which fell vacant after the death of Robert Lau Hoi Chew.- malaysiakini
Ribuan mendengar ucapan William Bumbering dan Anwar Ibrahim di pelancaran Angkatan Perubahan Sabah.
cheers.
No comments:
Post a Comment