Beliau mengulas kenyataan panel SPRM yang mahukan skandal itu diselesai segera, supaya berlaku ‘adil kepada semua pihak terlibat’.
“Tuduhan
terhadap perlakuan Shahrizat adalah jelas- samada Shahrizat terlibat
dalam memberi kontrak- atau jika dia sudah tahu wang diguna untuk
membeli kondo, kenapa dia tidak melaporkan kepada pihak berkuasa?
“Ini soal yang jelas, sepatutnya tidak ada masalah bagi SPRM siasat
secepat mungkin,” ujar Rafizi dalam satu kiriman emel kepada
keadilandaily.
Semalam, Pengerusi panel SPRM, Tan Sri Dr Hadenan Abdul Jalil dilapor berkata, kes itu terlalu ‘dipolitikkan’, maka SPRM perlu memutuskan sama ada Shahrizat terlibat dalam proses membuat keputusan mengenai pembiayaan projek tersebut.
“Soal politik atau tidak itu tidak ada kena mengena dengan siasatan SPRM,” kata Rafizi.
“NFC merupakan isu besar, bukan bermakna ia dipolitikkan. Sepatutnya
SPRM berterima kasih kerana ramai tampil ke hadapan membantu siasatan
dengan memberi maklumat.
“Sebab itu rakyat hilang sabar walaupun pelbagai fakta telah diberikan, namun sehingga sekarang tiada tindakan,” tambah beliau.
Dalam pada itu, beliau berkata, tindakan peguam negara menyerahkan semula kertas siasatan SPRM sebelum ini, bukan perkara mengejutkan.
“Malah
saya yakin banyak siasatan rasuah ‘tersangkut’ di jabatan peguam
negara, bukan di SPRM. Kalau perkara ini berterusan, pimpinan SPRM perlu
berani tampil ke depan dan dedahkan perkara ini.
cheers.
No comments:
Post a Comment