"This debate is a good but small first step, the next big step will come when Najib debates Opposition Leader Anwar Ibrahim,' Lim said at a press conference after the debate in Kuala Lumpur this evening.
Chua who was also present, said it was up to Umno leaders to decide whether they would like to debate.
However the MCA chief said he has agreed to a re-match with Lim, this time in the English or Malay language, expected next month.
"The time and date will be decided but the topic will be different," he said.
The debate today was held at the end of the ‘Malaysian Chinese at Political Crossroads’ conference and was televised live on national television.
Asked about the duo skirting questions from the floor, Chua defended both Lim and himself, stating: "There was only three minutes, how can we answer five questions in such a short time."
'Let people be the judge'
Despite the charged atmosphere during the debate, both agreed that their performance was up to the people to judge.
"It doesn't matter if Chua Soi Lek or Lim Guan Eng wins, the important thing is to allow people to know the difference between DAP and Pakatan Rakyat and MCA and BN," said Chua.
Lim later met DAP supporters and thanked them for keeping cool during the debate.
"I am proud of our members who showed discipline and restrain despite provocations."
Lim had related to his supporters how Chua had insisted in escorting him out of the debate hall because of the tense atmosphere.
Meanwhile, DAP Youth chief Anthony Loke who had helped coordinate the debate said he hoped this would become a political culture in the country.
"DAP must be pro-active in pushing for this culture, Youth chief versus Youth chief, Wanita chief versus Wanita chief, and every state chair should take on this," he said. - malaysiakini
Debat Soi Lek dan Lim tidak akan ubah apa-apa...
Susulan pendebatan antara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Lim Guan Eng, persoalan utama yang timbul bukan siapa yang menang tetapi bagaimana ia boleh berubah tentang sikap rakyat Malaysia mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti. Dan jawapannya mungkin tiada.
Dalam hujah Lim semasa di awal pendebatan semalam: “Saya rasa apa
yang semua rakyat Malaysia mahu saksikan bukan pendebatan kami tetapi
Perdana Menteri dan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).” Tetapi tidak mungkin
Datuk Seri Najib Razak dan ketua pembangkang akan berdebat sebelum
pilihan raya umum diadakan.
Lim dan Dr Chua berdebat dengan disiarkan secara langsung mengenai isu-isu berbangkit yang sering dipersoalkan sebelum ini. Dr Chua, dalam hujahnya berkata DAP merupakan “alat” kepada PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menyifatkan Lim sebagai seorang pemimpin muda yang sombong.
Sementara Lim mensasarkan kepada Umno dan skandal rasuah yang menjadi kekuatan Pakatan Rakyat.
Tetapi rakyat Malaysia — terutamanya pengundi minoriti Cina yang memahami pendebatan dalam bahasa ibunda kaum itu — menentukan siapa yang akan mereka undi selepas menyaksikan pendebatan itu semalam?
Persoalan ini berbangkit kerana peluang adalah apa yang sentiasa berada dalam fikiran pengundi.
Namun ia bergantung kepada pilihan mereka, debat semalam akan mengukuhkan lagi pandangan mereka terhadap tawaran yang diberikan Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat.
Jika melihat dari sudut itu, DAP mungkin memperoleh kelebihan paling banyak dari debat semalam.
Bagaimanapun Dr Chua melakukan yang terbaik daripada jangkaan, Lim
menggunakan platform debat itu untuk menyampaikan mesej tentang mengapa
pengundi Cina tidak menyokong BN pada pilihan raya umum 2008 dan akan
terus berbuat demikian.
Antara isu yang memberi kelebihan kepada Lim adalah mengenai skandal
Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dan Pusat Fidlot Nasional
(NFC).
Dr Chua pula mendapat kredit kerana mengutarakan hujah bahawa sokongan terhadap DAP akan membuka pintu kepada PAS untuk laksanakan dasar Islam.Tetapi anggota strategi MCA perlu bertanya kepada diri sendiri jika isu itu benar-benar menarik sokongan pengundi Cina.
Kegusaran yang berlaku di kalangan pengundi bukan Melayu adalah mengenai kontroversi bangsa dan agama yang menjadi dasar Umno dan BN.Dan ramai di kalangan pemimpin MCA secara peribadi mengakui pengundi Cina tidak senang dengan Umno bukan PAS.
Umno, kerana dilihat sebagai sebuah parti yang memegang kuasa dan disebabkan skandal-skandal yang berlaku menarik tumpuan bukan sahaja komuniti Cina tetapi semua rakyat Malaysia. Jadi pendebatan semalam penting kumpulan penyokong dari DAP dan PAS, ditambah dengan nilai hiburan yang turut disaksikan pemerhati politik.
Sebaik sahaja debat itu berakhir, wakil dari DAP dan MCA dengan pantas membuka laman sosial Twitter dan Facebook, menggunakan Blackberries, iPhones dan Androids untuk melihat siapa yang menang.
Malangnya, ia tidak relevan untuk memenangi pendebatan itu jika terdapat cara lain untuk melihat siapa yang lebih baik.
Akhirnya, persoalan sebenar bagi rakyat Malaysia — dan bukan hanya komuniti Cina — akan hadapi apabila tiba pilihan raya umum ke-13 sama ada mereka lebih bijak berbanding pilihan raya umum 2008.
Namun pendebatan semalam tidak relevan untuk menjawab persoalan itu.- malaysian insider
Debat Soi Lek-Guan Eng bukan realiti...
Debat antara pemimpin tertinggi MCA dan DAP semalam menjadi platform politik menunjukkan keangkuhan masing-masing, kata pemerhati politik.Penganalisis politik Ong Kian Ming berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak berhujah mengenai perkara dasar sebalik berminat bercakap soal matlamat peribadi dalam debat selama satu jam itu.
“Soi Lek mahu menunjukkan beliau boleh kalahkan Guan Eng, sementara
Guan Eng mahu menyampaikan mesej kepada penonton terutamanya komuniti
Cina,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Pensyarah UCSI ini berkata Dr Chua melepakan peluang untuk bercakap
mengenai dasar Barisan Nasional (BN) yang “diserang sepanjang masa”
sementara Lim gagal memberikan tumpuan kepada tawaran Pakatan Rakyat.
Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS), Wan Saiful Wan Jan berkata debat itu yang disiarkan secara langsung di Astro disifatkan beliau sebagai dua ceramah yang diadakan serentak berbanding debat sebenar.
Beliau berkata Dr Chua dan Lim dilihat lebih berminat menyerang antara satu sama lain daripada menjawab persoalan sebenar atau topik debat iaitu Kaum Cina di Persimpangan. Apakah sistem dua parti akan menjadi sistem dua bangsa?
Wan Saiful berkata moderator Datuk Dr Michael Yeoh daripada Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) telah melakukan tanggungjawab itu lebih baik terutamanya dalam membawa isu-isu penting daripada membenarkan pendebat bebas bercakap.
“Penonton sedikit teruja. Mereka perlu bertenang dan bertindak
seperti orang dewasa, bukan macam murid sekolah yang bersorak untuk
pihak mereka setiap kali bercakap,” katanya menambah suasana bising akan
mengganggu perjalanan program itu.
Pengarah Merdeka Centre Ibrahim Suffian berkata format debat yang disifatkan beliau sebagai “terlalu longgar”, membuatkan debat itu menjadi seperti ceramah selain turut menyalahkan Yeoh kerana tidak mengemudi pendebatan berdasarkan topik.
Beliau mengatakan debat itu kelihatan seperti forum dan penganjur sepatutnya mematuhi “struktur” format yang digunakan pada 2008, semasa debat antara Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Penerangan ketika itu Datuk Ser Shabeery Cheek. Bagaimanapun, beliau berkata perkara itu sudah dijangka akan berlaku kerana ia tidak biasa diadakan di Malaysia.
“Ia menunjukkan kita perlukan lebih daripada ini (debat),” katanya.- malaysian insider
cheers.
No comments:
Post a Comment