21 February 2012

Anwar jumpa TG.Nik Aziz perjelas isu Israel dan respon TG.Nik Aziz...

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa lega kerana dapat memberikan penjelasan kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kenyataan kontroversinya tentang Israel.

Beliau juga berkata dengan penjelasan itu, beliau mengaggap salah faham yang timbul sebelum ini selesai.



"Tok Guru Nik Aziz dengar dan faham pendirian saya, dan saya pun faham pertimbangan PAS yang cukup tegas dan keras dalam soal Israel. Bagi saya, kita dah jelaskan dan perkara ini tidak berbangkit dan kita akan terus dengan program bersama seperti biasa.

"Saya rasa baik kerana telah beri penjelasan terhadap sedikit sebanyak keraguan dalam hal ini," katanya yang juga ketua pembangkang kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Pertemuan kira-kira 45 minit itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara pagi ini. Turut serta pada pertemuan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut Anwar, beliau menjelaskan kepada Nik Aziz bahawa salah faham isu itu timbul ekoran media Umno yang hanya menggunakan sebahagian sahaja daripada kenyataannya yang disiarkan oleh akhbar Wall Street Journal bulan lalu.

Ianya sekaligus memberi salah tafsiran terhadap pengiktirafan Israel sedangkan ia bukan bermaksud sedemikian.

"Masalahnya saya sebut, media Umno hanya guna bahagian pertama sahaja, bahawa ada kesediaan mengiktiraf dan mengawal keselamatan tetapi tidak ditekankan 'tertakluk kepada syarat-syarat, contingent'," katanya lagi.

Antara syarat tersebut katanya termasuk pengunduran tentera Israel dari Palestin dan negara arab lain, menghentikan kepungan terhadap Gaza dan mengiktiraf Baitul Maqdis sebagai ibu negara Palestin. Turut dikongsi kepada Nik Aziz katanya pendirian pemimpin Hamas Khaled Mashal yang menerima penjelasan beliau sebelum ini.

"Dalam perbincangan dengan Khaled Mashal dia sebut "I know the word contingent".


"Akhirnya saya bagi tahu (Nik Aziz), saya tunduk dengan apa yang dikehendaki Hamas dan Fatah dan apa yang dirunding di Doha dua minggu lalu," katanya.



Dalam pada itu, Anwar juga mendakwa pendiriannya dengan PAS bukan perbezaan ketara namun yang berbeza sebenarnya adalah dengan Umno.


Menurutnya, Umno hipokrit dalam isu Israel ini apabila mendabik dada kononnya mereka tidak mengiktiraf Israel sedangkan kata Anwar pada masa sama Umno juga mengadakan hubungan perdagangan dengan negara itu.


Malah perdana menteri, menteri dalam negeri dan menteri pertahanan sendiri masing masing mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari negara itu, kata Anwar.- harakahdaily




Alhamdulillah, baru selesai mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut serta ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man. Kenyataan lanjut akan dikeluarkan sedikit masa lagi insya-Allah

Nik Aziz: Beza atau tak, PAS tetap tak iktiraf Israel

azlanMursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun pandangannya mungkin berbeza dengan pihak lain.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.


Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.
 

 Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

 
Nik Aziz sebaliknya mengambil peluang menempelak "pihak yang kelihatan sangat anti-Yahudi" tetapi tergamak menjalinkan hubungan dagang dengan Israel dan membenarkan pelabuhan negara disinggahi kapal Israel.

"Pihak-pihak ini hakikatnya hanyalah ayam jantan yang berkokok gagah sedangkan ekornya bergelumang najis!" katanya merujuk dakwaan kapal Israel dikesan berlabuh di Pelabuhan Klang.


NONENGO mesra PKR, JINGGA 13, semalam membekalkan "bukti" menunjukkan kapal-kapal yang dimiliki sebuah syarikat yang didakwa dikuasai oleh kerajaan Israel mempunyai akses bebas ke Westport, Pelabuhan Klang.

Mendedahkan dokumen dari Jabatan Kastam, Wesport dan syarikat Zim Integrated Shipping Services Ltd, Jingga 13 mendakwa kapal Zim Atlantic yang berlabuh di Pelabuhan Klang pada 16 Februari lalu datang secara langsung dari pelabuhan Ashdod di Israel.


Bagaimanapun, semalam Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata kerajaan tidak melarang perdagangan antara syarikat swasta negara ini dengan ahli-ahli perniagaan Israel.

Justeru, katanya, kapal-kapal yang dimiliki oleh Israel juga dibenarkan berlabuh di pelabuhan di Malaysia untuk tujuan perdagangan tetapi dengan syarat bahawa anak kapal yang memegang pasport Israel dilarang daripada mendarat.-malaysiakini

Anwar to Nik Aziz: I share Hamas, Fatah view

Under fire over his recent remarks on Israel in the international press, PKR de facto leader Anwar Ibrahim today met PAS spiritual leader Nik Abdul Aziz Nik Mat to clarify his case.

NONEMet after the approximately 40-minute meeting, Anwar said he had explained that his stand on Israel is consistent with that of the Palestinian political factions Hamas and Fatah.

"I feel good as I could explain. In the end I said I follow the desires of Hamas and Fatah and what was negotiated among them in Doha two weeks ago," he said.


Anwar said he also told Nik Aziz and PAS information chief Tuan Ibrahim Tuan Man, also present at the meeting in Kuala Lumpur, that his statement had come with "contingents".


The contingents, which he claimed to have also explained to Hamas leaders, are:


1. Withdrawal of all Israeli troops from Palestinian territory;

2. A stop on all acts of violence by Israel;
3. Lifting of the blockade on Gaza; and
4. Acknowledgment of Jerusalem as the Palestinian capital.


"Hamas leader Khalid Mashaal told me, ‘Brother Anwar, I know the word contingent’. It is clear," Anwar said at the lobby of PNB Darby Park Executive Suites in Jalan Binjai, where the meeting was held.


‘Differences with PAS' stand'


Anwar, however, acknowledged that PAS takes a "stronger" stand against Israel.


"The difference is in the emphasis. PAS is of the view not to have any sort of recognition of Israel... not even negotiation," he said, noting that it is up to Hamas and Fatah to conduct negotiations.



azlanHe also hit out at political foe Umno, which he said has taken a "hypocritical" stand on Israel by "claiming (to have) no relations but (still) trades with Israel".

"The PM of Malaysia met with the PM of the state of Israel. The foreign minister and the defence minister met with the Israel foreign and defence ministers," he said, adding that he has never met an Israeli counterpart.


When asked, he said he would not take legal action against the
Wall Street Journal (WSJ) for the report, as "it stated the contingency, unlike Berita Harian, Utusan Malaysia and TV3", which he claimed reported only part of his statement.

The
WSJ had reported that Anwar said that he supports Israel's security.
          
Anwar added that he would continue to explain the matter to the people, as he had done in Gombak last night and in Sembrong. Johor, on Sunday night.

Neither Nik Aziz nor Tuan Ibrahim addressed the media today.

 
When contacted, Tuan Ibrahim confirmed that the meeting took place and said: "There is no statement from Tuan Guru Nik Aziz. My apologies." - malaysiakini



cheers.

No comments: