18 February 2012

BRIM RM500 - Permohonan ayah 7orang anak ditolak,tapi dermawan MCA dapat ...

NONE Seorang pemimpin bahagian MCA di Pahang yang berpangkat Datuk turut  menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 dan ini telah menimbulkan tandatanya di kalangan penduduk tempatan dan warga internet.

Pengerusi MCA bahagian Bera, Datuk Tang Hock Lok (kanan),
yang juga seorang pemimpin masyarakat dan dermawan terkenal di Triang, telah menyumbangkan wang RM500 itu kepada seorang penduduk kampung yang kurang upaya.

Berita mengenai Tang menerima BR1M telah mencetuskan bantahan di beberapa forum internet serta media sosial.

Ramai mempersoalkan kelayakannya untuk menerima bantuan tersebut, dan sama ada program BR1M telah disalahgunakan. Menurut laporan di akhbar harian Cina hari ini, Tang menolak sebarang dakwaan penipuan.

"Saya memohon melalui prosedur yang betul dan pihak berkuasa telah meluluskan permohonan saya kerana saya layak," Tang dipetik sebagai berkata.

Tang juga dipetik berkata bahawa tidak ada unsur-unsur yang menyalahi undang-undang atau penyalahgunaan kuasa dalam proses tersebut.


Beliau menemui pemberita selepas memberi wang RM500 itu kepada seorang penduduk kurang upaya di kampung baru Triang. Tang adalah ketua kampung di situ.

"Niat awal saya memohon bantuan itu adalah untuk menyumbangkan wang RM500 itu kepada mereka yang memerlukannya," kata Tang.



MCA philanthropist gets RM500 government aid...

A Pahang MCA division leader with a datukship has received the RM500 BR1M government aid, raising eyebrows among local residents and Internet users.

NONE
Bera MCA division chairperson Tang Hock Lok (right), who is also a well-known community leader and philanthropist in Triang, in turn donated the RM500 to a disabled villager.

News about Tang receiving the Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) aid sparked an outcry in several online forums as well as the social media.


Many questioned his eligibility to qualify for the aid, and whether the BR1M programme was being abused.


According to reports in today's Chinese dailies, Tang brushed off any allegation of fraud.


"I applied through the proper procedure and the authority approved my application because I'm qualified. There was no illegal element or power abuse in the process," he is quoted as saying.


He met reporters after giving the RM500 to a disabled villager in Triang new village, where he is the ketua kampung.


"My initial intention of applying for the aid was to donate the RM500 to the needy," Tang said.

Now a sundry shop operator

He also cited Deputy Finance Minister Donald Lim's statement that even applicants with a 'Tan Sri' or 'Datuk' were eligible for the aid, as long as they met the criteria.


"I have nothing now. All my assets have been transferred to my children. I have no income now," said Tang, whose three sons are married and live in Kuala Lumpur.


Malaysiakini
learnt that Tang runs a sundry shop in Triang and was once involved in property development.

He holds many positions in local Chinese associations, including chairperson of Triang Federation of Chinese Associations, chairperson of board of directors of Triang Chinese school and chairperson of SMJK Triang parent-teacher association.


In an interview with
Sin Chew Daily published in 2009, Tang was given the nickname "king of officiating ceremonies" - because he has officiated hundreds of events as sponsor and donor.

source:malaysiakini

Zainal menunjukkan sijil lahir tujuh anaknya yang masih dalam tanggungannya.

AYAH KEPADA 7 ANAK TERKILAN BR1M DITOLAK...

Hairan kad pengenalan anaknya dapat digunakan orang lain untuk memohon bantuan.
 
Seorang ayah tujuh anak terkilan setelah diberitahu oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di sini bahawa dia tidak layak menerima wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) atas alasan permohonan tanggungan telah wujud.

Walhal, menurut Zainal Tar, 45, dari Kampung Batu Satu, Kuala Baram di sini, tidak ada seorang pun dalam kalangan anak-anaknya pernah memohon BR1M melainkan dia seorang selaku ketua keluarga.

“Saya pernah memberitahu anak-anak termasuk anak sulung yang kini berusia 24 tahun agar tidak memohon BR1M memandangkan saya selaku ketua keluarga telah memohon bantuan tersebut,” katanya.

Tapi yang menghairankan, katanya, semasa menyemak semula permohonannya sebanyak dua kali setelah diberitahu tidak layak pada kali pertama memohon pada 10 Disember lalu, dia diberitahu bahawa anak sulungnya ada memohon bantuan sama.

Sedangkan, katanya, anaknya itu tidak pernah memohon bantuan tersebut dan masih bujang serta masih dalam tanggungannya.

“Dalam rekod LHDN, anak saya bernama Siti Hawa ada memohon BR1M dengan status berkahwin, sedangkan anak saya masih bujang dan masih dalam tanggungan saya,” jelasnya kepada Utusan Borneo di sini semalam.

Katanya, adalah tidak wajar kad pengenalan anaknya digunakan oleh orang lain untuk memohon bantuan tersebut sebagaimana yang diberitahu oleh pegawai di jabatan terbabit memandangkan kesemua kad pengenalan dan Sijil Lahir anak-anaknya ada dalam simpanannya di rumah.

Sehubungan itu, Zainal yang bergantung sepenuhnya dengan pendapatan kurang RM1,000 sebulan sebagai peniaga kecil-kecilan di Pasar Malam SABERKAS untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga, memohon pihak berkuasa meneliti semula permohonannya.

Katanya, pendapatan yang diperolehi sebagai peniaga di Pasar Malam yang hanya dibuka tiga kali seminggu adalah tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga dengan anak seramai tujuh orang berusia antara dua dan 24 tahun serta ditambah isterinya yang merupakan suri rumah sepenuh masa dan kini sedang hamil enam bulan.

“Kalau dikira daripada jumlah pendapatan yang diperolehi hasil perniagaan kecil-kecilan dengan menjual kuih, keluarga kami boleh dikategorikan dalam golongan miskin bandar,” katanya yang bakal menimang cahaya mata kelapan tidak lama lagi.

Justeru, beliau merayu pihak berkuasa terbabit agar meneliti semula permohonannya bagi membolehkan dia menerima bantuan tersebut sebagai meringankan tanggungannya seperti penerima-penerima yang lain.
- UB

 Kerana Kad Pengenalan Puan Ahmad menunjukkan umurnya 15 tahun maka tak dapat bantuan BRIM rm500...


Nombor kad pengenalan Puan Ahmad tertulis 960412-02-0058 yang jelas menunjukkan dia kini berusia 15 tahun dan akan menyambut hari lahir ke-16 pada 12 April ini.
 

Kesilapan tarikh lahir itu disedari ketika cucunya, Siti Noratikah Mohd. Usof, 21, semasa membawa dia ke sebuah klinik swasta bagi mendapatkan rawatan.

Siti Noratikah berkata, sebaik sahaja menyedari kesilapan tarikh lahir dalam kad pengenalan neneknya, dia terus mengunjungi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Perlis.

”Saya cuma dimaklumkan oleh pegawai yang ditemui bahawa tidak perlu membuat kad pengenalan baru kerana tidak akan memberikan apa-apa kesan kerana ini hanya kesilapan tarikh lahir,” katanya.

Dengan alasan semudah itu sebenarnya telah membuatkan nasib neneknya menjadi lebih malang.


Menurut anak ketiganya, Mat Yusop Kamis, 63, walaupun emaknya layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai warga emas tetapi sayangnya permohonan itu telah ditolak.
 
”Kemungkinan daripada salinan kad pengenalan yang diberikan itu menyebabkan permohonan itu disangka dari gadis berusia 15 tahun,” katanya.

Setelah gagal dalam permohonan pertama, Mat Yusop membuat rayuan tetapi masih lagi hampa kerana permohonan BR1M untuk ibunya sekali lagi ditolak.
- sabahkini



Ratusan serbu kaunter BR1M di Jinjang

Satu majlis pemberian baucer Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di Jinjang, Kuala Lumpur hari ini kecoh apabila ratusan penerima bantuan itu mengerumuni pentas untuk mendapatkan habuan masing-masing.

NONEMalah ada di antara kumpulan penerima bantuan itu saling tolak-menolak sehingga menyebabkan pemberian baucar tersebut dihentikan seketika.

Seorang petugas BN kemudiannya terpaksa menenangkan individu berkenaan dengan menyatakan bahawa jumlah baucar itu mencukupi untuk diedarkan kepada semua penerima.

"Baucer cukup! Baucer cukup! Kita akan selesaikan tak kira sampai pukul berapa.

"Urusetia dalam perjalanan untuk bawa baucer lagi," kata petugas itu lagi melalui pembesar suara.

Kumpulan penerima baucear itu mula mengerumuni pentas setelah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin beredar meninggalkan majlis berkenaan pada kira-kira jam 6 petang ini.


NONEPara petugas itu kemudiannya berpecah kepada beberapa kumpulan di sekitar tapak program berkenaan untuk membahagikan baucer bernilai RM500 itu.

Dalam pada itu, seorang penerima baucer berkenaan ketika ditemui Malaysiakini berkata beliau gembira kerana mendapat baucer BR1M.

"Saya tunggu dari jam 1 (petang) lagi. Sekarang baru dapat," katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa majlis seperti itu tidak sepatutnya diadakan di kawasan seperti di Projek Perumahan Rakyat Beringin itu.

Ia sepatutnya diadakan di lokasi yang lebih mudah dikunjungi seperti bangunan sekolah, katanya lagi. -
malaysiakini


Ini lain pula ceritanya....

Berpusu-pusu rakyat marhaen ke pejabat-pejabat UMNO Bahagian mahupun pejabat Ahli parlimen BN di merata ceruk negara!!

Bagi menunjukkan sokongan padu mereka kepada UMNO-BN!!!

Sanggup berbaris panjanggggg! Di bawah terik matahari bagi menantikan ketibaan pimpinan UMNO-BN bahagian,negeri mahupun negara!!
Dan apabila bertemu.. oh!! bahagianya hidup!
Menanti dengan penuh debaran..
Menunggu nama dipanggil untuk menerima voucher RM500

Bila ada ceramah tanpa duit inilah jadinya...




ihsan dari budakbalun blogspot.com


NOTICE...


Is the Two-Party System Becoming a Two-Race System?

Channel - Astro Awani(501)
Time - 5.00 PM
Date - 18/2/2012
Conducted in Mandrin with Bahasa Malaysia subtitle

The debate in Mandarin will be also aired live on Astro AEC (Channel 301) and repeated at 11pm on Saturday.

Non-Mandarin speakers can also watch the debate in Bahasa Malaysia on Astro Awani (Channel 501).
It can also be watched via live streaming on
www.astro.com.my/bendiquan

cheers.

No comments: