23 February 2012

Najib boikot MB, KM Pakatan Rakyat...


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bersikap pilih-kasih dan tidak professional apabila beliau mengenepikan Menteri Besar dan Ketua Menteri negeri Pakatan Rakyat daripada menghadiri Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri baru-baru ini.

Dakwaan ini dibuat oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung tindakan Najib yang tidak memanggil Menteri Besar Selangor, Kelantan, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang ke Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-114 di Putrajaya, Selasa lalu.

"Adalah amat tidak professional untuk Perdana Menteri mengenepikan peranan Menteri Besar dan Ketua Menteri dari Pakatan Rakyat dalam satu mesyuarat yang membincangkan kebajikan rakyat.

"Apatah lagi rakyat dari Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan menyumbang lebih dari setengah hasil ekonomi Malaysia," jelas Abdul Khalid dalam satu kenyataan media kepada TVSelangor hari ini.

Mesyuarat yang bermula pada 10 pagi itu dipengerusikan oleh Najib Razak dan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan serta beberapa menteri Kabinet.

Mesyuarat itu bertujuan menyelaras pentadbiran antara negeri-negeri selain membincangkan isu-isu berbangkit.

Malangnya hanya Menteri Besar dan Ketua Menteri dari negeri Umno-BN sahaja dijemput hadir.

Mengulas lanjut, Abdul Khalid menambah sikap yang dipamerkan Najib bukan sahaja membuktikan bahawa konsep 1Malaysia itu sekadar gimik politik malah ia juga memberi kesan buruk kepada proses transformasi yang ingin beliau Najib lakukan.

"Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor menyeru Perdana Menteri untuk membuat satu penjelasan kepada media bahawa mesyuarat tersebut adalah sebenarnya Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri Barisan Nasional,"katanya.- tvs news




Why were Pakatan MBs and CM excluded, asks Khalid
Selangor MB Khalid Ibrahim today demanded that Prime Minister Najib Abdul Razak explain why the menteris besar and chief minister from the Pakatan states were excluded from the Menteris Besar and Chief Ministers Meeting held on Tuesday.
 
He refuted the notion that Pakatan MBs and CM did not wish to attend the meeting, saying that they were not invited in the first place.


Khalid said the meeting, which was chaired by Najib himself, was effectively turned into a BN MBs and chief ministers meeting.


“It is very unprofessional for the PM to sideline the role of Pakatan MBs and chief minister in a meeting that discusses people’s affairs, despite Selangor, Penang, Kedah and Kelantan having contributed close to half of Malaysia’s economic output,” he said in a statement today.


He added that the incident also proved the 1Malaysia concept to be just another political gimmick.


source:malaysiakini

cheers.

3 comments:

batu pelangi said...

Ini pertanda Mesyuarat Menteri Besar
dan Ketua Menteri yang terakhir bagi
puakx ini.Jahanamkan parti puakx ini
pada PRU13 kelak!!!!

Anonymous said...

Najib ni memang blurr!!! Apa salah kalau ada mesyuarat dgn semua MB dan KM dulu,lepas tu adakan mesyuarat khas dgn MB/KM BN pula!

Anonymous said...

Sebenarnya,Najib ucap selamat tinggal kepada MB dan KM yang bakal bungkus!!!