09 January 2012

Bila juboq Saifool tak dapat selamatkan UMNO...

Anwar Ibrahim tidak di dapati bersalah oleh mahkamah.

Pembebasan Anwar ini memberikan banyak implikasi terhadap landskap dan hala tuju politik negara dan penggiat politik tanah air. Ini di sebabkan terlalu banyak ‘hakim-hakim jalanan’ selama ini yang telah memutuskan Anwar bersalah dan akan di persorok dalam penjara.

Kes ini telah dibicarakan selama lebih dari dua tahun dan dalam proses perbicaraan itu begitu ramai hakim-hakim jalanan yang memberikan ‘verdict’ yang Anwar akan di dapati bersalah dan akan dipenjarakan.


Kebanyakan dari ‘hakim-hakim jalanan’ ini adalah orang politik yang tidak mahu Anwar selamat dan berusaha untuk mempastikan Anwar lenyap dari senario politik negara ini.

Tetapi hakim yang mutlak ialah Tuhan semesta alam yang akhirnya menggerakkan Hakim Mahkamah Tinggi untuk memberikan ‘verdict’ yang Anwar di dapati tidak bersalah.


UMNO semakin hari semakin tidak menyakinkan ialah kerana ramai di antara pemimpin-pemimpinnya tidak menunjukkan yang mereka ini adalah dari gulungan yang menggunakan fikiran dalam kehidupan politik seharian mereka. Tugas mereka hanya untuk membunuh dan menghina pihak yang tidak di gemari mereka.

UMNO dan penyokongnya tidak memerhatikan perkembangan pemikiran rakyat yang sudah jauh meningkat sedangkan mereka (UMNO) masih kekal dengan pandangan lama yang semakin hari semakin tidak mendapat perhatian ramai itu.

Apa yang terjadi di mahkamah pagi tadi memaparkan satu kekalahan besar bagi pihak yang berkuasa, iaitu anggapan Anwar yang kes sodomi 2 ini merupakan satu konspirasi politik terhadap dirinya itu adalah benar.Dan kita tidak boleh lari dari persepsi itu.

source:aspanaliasnet.blogspot

(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana terbaru Aspan Alias yang dimuatkan dalam blognya.) Baca artikal penuhnya di sini.

Hanya 50 turun sokong Saiful

cheers.

2 comments:

mangchikla said...

Haishhh!! silap tu . 50K turun bantu saiful

ali allah ditta said...

Mangchikla,

sebenarnya tak sampai 50 orang pun, yang aku dapat bilang 16 orang saja.

Geng songkok tinggi ada beberapa ekoq dan macam biasa Ibrahim Ali dok sorok belakang tiang mesjid!