19 January 2012

Duit milik peneroka diberi balik sebagai 'durian runtuh'...


PM umum semua peneroka akan mendapat durian runtuh atau dengan kata lain wang tunai yang jumlahnya akan ditentukan oleh kerajaan nanti.


Itu bukan durian runtuh tetapi adalah wang dan hak milik peneroka yang selama ini dirompak dari peneroka. Kerajaan terpaksa bagi semula wang itu sebab musim PRU13 dah dekat.


Wang yang dikatakan durian runtuh itu tidak sepadan dengan wang milik peneroka yang telah dirompak sejak berpuluh-puluh tahun lalu. Jika tidak dibongkar oleh "ANAK", maka peneroka tidak akan tahu dan akan terus ditipu oleh UMNO selagi mereka berkuasa.


Namun begitu peneroka harus sedar, wang milik mereka yang telah disamun selama ini entah kemana perginya, dan wang yang diberikan yang tak seberapa nilainya itu nanti adalah wang dari pihak lain, mungkin wang yang dipinjam dari KWSP. Ianya adalah hutang. Bukan kerajaan yang berhutang tetapi peneroka yang berhutang secara paksa dan secara halus oleh puak UMNO.


Walau banyak mana pun yang diberi, peneroka jangan sekali-kali terpedaya dan rasa terhutang budi dengan kerajaan dan UMNO kerana wang itu sememangnya milik mereka dan sebenarnya jumlahnya adalah terlalu kecil jika dibandingkan dengan jumlah yang telah disamun oleh UMNO selama ini. Harus ingat! 

Jika peneroka mengundi UMNO pada PRU13 nanti dan mereka menang, mereka akan rompak lebih banyak lagi untuk membayar hutang tersebut. Jangan kena tipu lagi. Ini semua adalah permainan dan muslihat UMNO yang hanya bertujuan untuk mendapatkan undi peneroka dalam PRU13 nanti.




 Mereka gadai tanah peneroka (FGVH), bila dapat untung berganda kelak, mereka akan sapu, dan berikan kuahnya kepada peneroka, dan jika berlaku kerugian kelak, mereka akan lepas tangan dan paksa peneroka membayarnya dengan mengenakan pelbagai cukai dan bayaran yang akan direka-reka kelak. 

PM kata jamin akan untung, siapa dia yang boleh beri jaminan bahawa (FGVH) akan untung? Jika rugi bagaimana? Akhirnya semua tanah milik peneroka akan tergadai dan terlepas kepada pihak asing.

Bangunlah wahai peneroka, jangan tidur dan bermimpi lagi. Terlalu banyak sudah pengkhianatan dan penipuan UMNO terhadap Melayu dan peneroka Felda. 

Wang yang akan diberikan nanti, ambil! jangan tak ambil kerana itu adalah antara hak peneroka yang disamun selama ini walaupun jumlahnya tidak setimpal dengan wang peneroka yang dihilangkan selama ini. Tetapi itu bukan durian runtuh. Yang dapat durian runtuh ialah penyamun2 UMNO!!!.


Ingatlah wahai warga Felda, jangan tersilap lagi. Cukuplah selama ini kamu mengundi UMNO.- Tok Janggut

(Catatan di atas adalah sedutan daripada rencana Tok Janggut bertajuk,"Peneroka Felda Dapat Semula Wang Mereka, Bukannya “Durian Runtuh”.)  Baca sepenuhnya di sini.

 cheers.

No comments: