Kumpulan NGO mesra Pakatan Rakyat, Jingga 13 mencabar dan mendesak ahli
keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil supaya tampil
mendedahkan penyata penggunaan kad kredit mereka berjumlah RM593,500
yang dikatakan dibiayai oleh syarikat projek ternakan lembu Perbadanan
Fidlot Kebangsaan (NFC).
Ketua penyelarasnya, Fariz Musa (kiri)
dalam satu kenyataan akhbar berkata pendedahan umum itu perlu kerana
rakyat berhak mengetahui secara terperinci setiap pembelanjaan kad
kredit itu yang didakwa digunakan untuk perbelanjaan syarikat kerana NFC
mendapat dana pinjaman mudah RM250 juta dari kerajaan.
“Adakah
benar sepertimana kenyataan Wan Shahinur Izmir Mohamad Salleh , Pengarah
Eksukutif NFC bahawa ia digunakan untuk tujuan perbelanjaan pengurusan
‘lembu’ atau NFC dan bukan digunakan untuk kepentingan peribadi atau
berpoya-poya?” soalnya.
Sehubungan itu, katanya Jingga 13 tampil
membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan sepertimana mengikut
Akta 613 , Seksyen 406 atau 409 Kanun Keseksaan.
Isnin lalu,
pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, pada sidang akhbarnya mendedahkan
empat ahli keluarga Shahrizat yang juga Menteri Wanita, Keluarga dan
Pembangunan Masyarakat membelanjakan hampir RM600,000 pada tahun 2009
dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.
Menurut beliau,
empat ahli keluarga Shahrizat yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC
telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi
perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.
Mereka
adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi
NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir
(pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang
berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan
Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.
Justeru, kata
Fariz, Jingga 13 mendesak agar pihak polis menyiasat secara terperinci
setiap perbelanjaan dan penggunaan kad kredit oleh keseluruhan ahli
keluarga menteri itu daripada setiap akaun sepertimana yang telah
dibayar dengan menggunakan wang NFC.
“Jingga 13 benar-benar kesal
dengan tindakan pihak berkuasa yang dilihat sehingga kini bersikap
dwi-standard dalam mengambil tindakan secara adil dan profesional.
“Ini
seolah-olah wujud undang-undang yang berbeza antara rakyat biasa dan
menteri /pimpinan Umno serta keluarga walaupun pelbagai laporan polis
dan SPRM telah dibuat berkaitan skandal NFC yang melibatkan RM250 juta
wang rakyat,” katanya lagi.
Akibat diasak dengan pendedahan demi
pendedahan dan desakan pelbagai pihak termasuk dari Umno supaya
mengundurkan diri, Shahrizat minggu lalu mengambil keputusan untuk
bercuti selama tiga minggu, manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak pula mengumumkan bahawa aset NFC dibekukan sementara menunggu
siasatan oleh pihak berkuasa pelbagai termasuk di Suruhanjaya Malaysia
Pencegah Rasuah (SPRM) dan polis.
source:malaysiakini
cheers.
No comments:
Post a Comment