Tanpa wang, makan percuma mahupun duit minyak,dan pengakutan percuma, ribuan rakyat Subang dan sekitarnya keluar beramai-ramai untuk hadir ceramah Anwar di Padang Bola 3K, Subang Jaya, SS13 semalam.
Dalam ucapannya di Subang Jaya ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim meramalkan sekiranya beliau didapati bersalah dan dihukum penjara pada 9 Januari ini ia akan membantu Pakatan Rakyat neraih lebih banyak sokongan pengundi dan rakyat Malaysia akan bangkit menentang gejala rasuah dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN).
“Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan...Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara.
“Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh,” katanya.
Anwar menuduh “musuh politiknya” memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual.
“Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya.
“Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu,” dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi “sebarang kemungkinan” yang berlaku.
source:malaysiawaves.com
Supporters shake Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim’s hand after he spoke at a ceramah in Subang Jaya on January 6, 2012
Anwar: Prison will win Pakatan more support
cheers.
No comments:
Post a Comment