Ia berlaku kerana bahagian kewangan lewat mengambil tindakan, silap mengira jumlah pelarasan dan tiada tindakan untuk mengutip semula.
Bagaimanapun, setelah jabatan audit membuat teguran, Jabatan Agama Islam Perak (Jaip) telah mengutip RM1, 619 dari seorang kaki tangan manakala seorang kaki tangan lain diberi peringatan.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga mendapati 11 pegawai kerajaan kumpulan sokongan membabitkan tujuh jabatan terlebih bayar sebanyak RM9, 234 imbuhan tetap khidmat awam (ETKA) tahun 2006.
Bagi tahun 2007, empat pegawai dari dua jabatan didapati terkurang bayaran ETKA berjumlah RM1, 500.
Dibayar 2 kali
Semakan audit terhadap enam jabatan kerajaan mendapati, 14 pegawai terlebih bayar imbuhan tetap perumahan (ITP) dan bantuan sara hidup (Cola) sebanyak RM32, 977.
Bagi tempoh tahun 2008 hingga 2010, RM631, 24 juta dibayar kepada pegawai kerajaan negeri Perak.
Lapuran audit juga mendedahkan 13 pegawai dari 10 jabatan memerima bayaran emolumen dua kali berjumlah RM49, 333. Perkara ini berlaku kerana jabatan tidak mengemaskini rekod emolumen, kawalan dalaman tidak berkesan dan kurang pemantauan.- FMT
JPA terlebih bayar pencen lebih 2,300 penerima
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah terlebih bayar pencen membabitkan pesara yang telah meninggal dunia dan masih hidup melibatkan jumlah lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun sejak 2007.
Laporan Ketua Audit Negara 2010 yang dikeluarkan hari ini menyebut berdasarkan Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih dibayar bagi tempoh 2007 hingga September 2010, sejumlah RM2.57 juta bayaran pencen bulanan telah dibayar kepada 1,975 pesara atau penerima pencen yang telah meninggal dunia.
Selain itu, Laporan Ketua Audit Negara juga berkata semakan terhadap Daftar Bayaran Balik Pencen Terlebih bagi tempoh 2007 hingga September 2010 juga menunjukkan sejumlah RM2.09 juta telah terlebih dibayar kepada 339 pesara atau penerima yang masih hidup.
Daripada lebihan bayaran RM2.57 juta, kata laporan tersebut, sejumlah RM850,000 telah dapat dikutip balik daripada 965 waris dan baki RM1.72 juta yang sepatutnya dituntut daripada 1,010 waris mendapati, hanya RM390,000 sedang dikutip daripada206 waris secara bayaran ansuran.
Baca seterusnya di sini
Konon2nya pegawai2 PTD 1Malaysia adalah yang paling cekap dan terbaik di Asia...
cheers.
No comments:
Post a Comment