Barisan Nasional (BN) yakin tawan semula enam kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan yang dirampas pembangkang dalam pilihan raya lalu berdasarkan sokongan rakyat yang mula beralih arah kepada BN.
Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata BN juga sudah membuat persediaan awal seperti program turun padang bagi melihat permasalahan rakyat dan menyelesaikannya dengan segera.
"Apa yang kita lakukan selama ini kepada rakyat boleh dinilai... kita (BN) buat kerja bukan hanya pandai bercakap,"
Dalam pilihan raya umum 2008, BN kalah di kerusi yang disandangnya iaitu Lembah Pantai, Bandar Tun Razak, Titiwangsa, Wangsa Maju, Segambut dan Batu.
Daripada 13 kerusi Parlimen Wilayah Persekutuan, BN memenangi tiga kerusi iaitu Setiawangsa, Putrajaya dan Labuan, manakala 10 kerusi lain dimenangi parti pembangkang.
source:malaysiakini
Yalah...aku pun rasa gitulah. Kemenangan BN di WP nanti akan dibantu oleh undi pos serta dengan hantu-hantu dari Indon,Bangala dan Myanmar dsbnya.
Tapi dengaq gossip orang ramai bahawa yang akan berjaya di WP adalah...
Lembah Pantai - PR
Bandar Tun Razak- PR
Titiwangsa- PR
Wangsa Maju- PR
Segambut- PR
Siputeh- PR
Batu- PR
Setiawangsa - BN
Putrajaya- BN
Labuan - PR
Apa2 pun tunggu PRU ke-13 nanti....
cheers.
2 comments:
Raja Nong Cik ni patutnya sumbatkan dlm jel sama2 dgn raja bersiong baru dia tahu mcm mana rasa darah dia kena hisap
Dia nih bermimpi di siang hari! Tempat dia di Lembah Pantai pun puas berebut dgn Shahjilat Jalil...mesti ada dua puak UMNO kat situ...INSYALLAH Nurul Izzah menang.
Post a Comment