21 March 2011

Sodomi dah, agen Yahudi dah dan kini video seks pula dah.....

Setelah gagal dengan projek Fitnah II apabila mahkamah menolak DNA yang dicuri, BN didakwa cuba menghancurkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan video yang didakwa palsu. Peguam yang juga naib presiden PKR, Sivarasa Rasiah dalam Twitternya secara langsung menghalakan serangannya kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak.

"Setelah gagal dengan projek fitnah II, Datuk Seri Najib mengubah hala serangannya. Video yang ditokok tambah mula disebarkan hari ini," tulis Sivarasa dalam Twitternya.

Hari ini, tiga kumpulan wartawan ditayangkan video seks yang didakwa antara Anwar dengan seorang wanita Cina yang dikatakan dirakam di sebuah bilik hotel. Ia ditayangkan di hotel mewah, Carcosa Sri Negara pagi ini di depan kumpulan para wartawan kumpulan demi kumpulan. Berikutan itu, pihak yang mendedahkan rakaman tersebut mendesak ahli politik berkenaan meletak jawatan dalam tempoh seminggu jika tidak mahu klip video didedahkan kepada umum.

Berdasarkan modus operandinya, tekanan ini dikenakan kepada Anwar agar beliau berundur dari politik dan jangan mengganggu gugat kepimpinan BN yang ada. Jika Anwar bersetuju berundur, video ini dikatakan tidak akan dilepaskan kepada umum. Selain tekanan ini, beberapa siri tekanan lain juga dikatakan akan terus dikenakan ke atas Anwar sehingga beliau berhenti dari memberikan gugatan kepada pemimpin BN yang ada.

Harakahdaily pernah dimaklumkan perkara ini sebelum ini. Ketika dibincangkan dengan beberapa pemimpin kanan PAS, mereka yakin, tekanan terhadap Anwar sudah terlalu berlebihan untuk memusnahkan beliau.

"Ia sudah over done," kata seorang pemimpin kanan PAS.

Video seks

Pagi ini, wartawan menonton video selama 20 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan. Menurut laporan media, klip video itu lebih jelas daripada rakaman video presiden MCA Dr Chua Soi Lek yang juga dirakam melakukan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Batu Pahat dan diedarkan sekitar Disember 2007.

Wartawan yang telah menyaksikan video itu berkata lelaki dalam video itu kelihatan seperti pemimpin utama pembangkang tersebut. Wartawan kanan dan editor akhbar dari Utusan Malaysia, New Straits Times dan Berita Harian adalah kumpulan pertama yang melihat klip tetapi enggan mengulasnya ketika ditanya mengenainya.

Wartawan juga diminta menyerahkan semua alat-alat elektronik seperti telefon bimbit dan kamera serta pen mereka dan buku nota mereka. Mereka seterusnya diminta memakai jubah atas pakaian mereka sebelum mereka dibenarkan masuk ke bilik rakaman tersebut ditayangkan.

Kumpulan kedua pula terdiri daripada wartawan The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, dan seorang editor kanan dari agensi berita nasional, Bernama. AFP telah diberitahu bahawa rakaman video tersebut akan ditayangkan kepada media antarabangsa pada jam 2 petang ini.

BN sangat tersepit

"BN mesti sangat tersepit. Mereka fikir boleh musnahkan DSAI dan Pakatan dengan video palsu," tulis Sivarasa yang juga anggota Parlimen Subang lagi.

Pengarah Perhubungan PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam twitter juga mengulas isu itu.

"Fitnah 1 gagal. Agen asing gagal. Fitnah II sedang gagal. Sekarang, video," tulis beliau dalam Twitternya.

Anggota Parlimen dari PAS dari Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali juga memberikan ulasan dalam Twitternya. "Apa nak jadi negara kita. Orang lain sibuk nak bina semula negara yang musnah, kita sibuk nak musnahkan maruah dan kredibiliti pemimpin. Fitnah bawa punah pada semua," kata beliau. - harakah daily

'Datuk T': Opposition man must quit politics

The unidentified individual who organised the screening of a sex video has demanded that a top opposition leader and his wife quit politics. In the footage, a man closely resembling a senior opposition leader is depicted having sex with an unknown woman in a hotel room in Kuala Lumpur. The individual, who only wants to be known as 'Datuk T', said a copy of the footage would be sent to the politician and his wife a week from today, “for them to ascertain if the individual...is (name withheld)”.

“If it is true.... (the couple) must step down from politics,” reads the statement signed by 'The Insider' and which was distributed to reporters after they viewed the footage this morning. “If (the couple) do not quit politics within seven days after receiving a copy of the footages [sic], I will call on several NGOs to set up an independent panel to investigate and seek professional forensic services to study the authenticity of the recordings. “The whole world will know, and it is up to (the couple) to decide.”

Malaysiakini's calls and text messages to the said couple and their lawyers went unanswered. Word about the video footage spread on a blog, prompting several PKR leaders to tweet their view that the footage was doctored.

'Hidden CCTV cameras'

Explaining in the statement how he came across the recording, 'Datuk T' said he had been told by the politician on Feb 21 to go to a hotel in Kuala Lumpur to retrieve an Omega watch that the latter had left in a room. Datuk T claimed that the hotel offers sex services and spa facilities.

“As I could not find the watch on the table, I searched for it behind the dresser. I was shocked to find many strands of wire behind the dresser. “Upon close inspection, I found four well hidden CCTV cameras. I tried to open two dresser drawers, and found one was locked. I pry open the locked drawer using a sharp object. I found an active CCTV recorder.

“I disconnected the wiring and took the recorder out of the hotel. The recorder contained footages [sic] of (the politician) in sexual acts. No one else has this recording and I will not hand over copies to any quarters for fear of reproduction and distribution.”

The statement concluded by posing and answering the question: “Why am I doing this? There is a limit to lies - 'Enough is Enough' and it is high time the public know....THE TRUTH.”- Malaysiakini

'Isu Video : PAS dan DAP Tinggalkan PR?'

"Video Lucah" Bakal Ganti Liwat Fasa 2??

'Terbongkar:Inilah Dia Wajah Kononnya 'Suspek' Utama Video Panas 'Aksi Seks'

'Rakaman aksi seks pemimpin utama pembangkang?'

'Pakatan denies man in sex video is Anwar'

'Anwar's enemies release doctored video of him with female prostitute'

Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. - Al-Hujurat:6.

O you who believe! If a Fasiq (liar — evil person) comes to you with any news, verify it, lest you should harm people in ignorance, and afterwards you become regretful for what you have done.-Al-Hujraat:6

cheers.

No comments: