22 March 2011

Bodoh kalau mahukan khidmat seks di tengah2 KL....

Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti awal dalam menolak dakwaan fitnah beliau kononnya dirakam mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Febuari lalu.

Anwar menegaskan beliau mempunyai rekod membuktikan pada hari kejadian itu didakwa berlaku, beliau mengemaskini maklumat di Twitternya dan berada di rumah bersama isteri dan anggota keluarga lain termasuk cucunya.

"Tarikh adalah 21 Feb. Saya ada 'tweet' ketika itu yang dikaitkan dengan waktu tersebut” kata Anwar.

"Supaya takut digodam, saya lindungi twitter dan Facebook saya,’ tambah Anwar. Beliau menyifatkan video seks yang di dedahkan pagi tadi sebagai fitnah yang diselaraskan pada peringkat tertinggi. Anwar menegaskan beliau akan membuat laporan polis bersabit video itu pagi esok di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.

Anwar juga berkata orang yang dirakam melakukan persetubuhan itu jelas mempunyai “perut yang jauh lebih besar” berbanding beliau. "Saya belum lihat lagi dan saya tidak tahu siapa(disebalik video itu). Atau samada ianya telah diedarkan. Perut lebih buncit daripada saya.

"Saya minta kepimpinan PKR supaya tidak terperangkap dengan politik kotor. Tumpu perhatian untuk Sarawak," tambah Anwar.

Anwar dengan senyum bangun pada sidang media untuk membolehkan jurukamera mengambil gambar perutnya. Anwar percaya video fitnah itu mempunyai hubung kait dengan kempen Umno-Barisan Nasional untuk mencari kelebihan pada pilihanraya Sarawak.

"Mereka cari alasan baru sebab DUN sarawak mahu dibubarkan. Kita lawan,’ tegas Anwar.

Dalam pada itu isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan video itu sebagai fitnah terbaru yang mempunyai agenda politik.

"Saya rasa terkejut kerana mahu saya letak jawatan. Apa yang saya buat? Ini motif politik," jelas Presiden PkR itu yang hadir bersama pemimpin parti lain pada sidang media itu.

Klip video itu ditayangkan untuk pihak media yang terpilih pagi tadi di hotel Seri Carcosa Negara di ibunegara. Wartawan menonton video selama 21 minit itu secara bergilir mengikut kumpulan.

source: tvselangor

'Di Mana Sebenarnya Anwar Ibrahim Pada 21 Februari 2011??'

'Same Old Tune and Worn-Out Plots!'

'Teknologi Video Dan Kempen Jatuhkan Maruah Seteru Politik'

Kalau Anwar mahu amoi dari China, lebih baik dia pergi ke negeri China atau Hong Kong bukan ditengah2 ibu kota!

A person like Anwar wont be that stupid to do in this way. Though,it looks like him, sounds like him but is not him. Please don't insult our intelligence....


cheers.

1 comment:

zane said...

Teknologi hari ini memungkin semuanya boleh berlaku. Dengan teknik "latex perfection" seseorang boleh dimake up untuk kelihatan seperti seseorang yang lain dan teknologi ini telah lama digunakan dalam bidang perfileman. Bukan saja boleh menukarkan wajah, malah warna kulit dan penampilan umur!
"Full-head latex masks can be made so perfectly that it is impossible to tell the wearer from the person he is impersonating until the moment he pulls off his face by grabbing an invisible seam at the back of his jaw.
Even close acquaintances and family members will be fooled. Masks of this quality can completely alter the shape of the wearer's face and head, even to the point of making them thinner or smaller as needed, regardless of common sense or physical law. Best of all for those who need them, masks of such exquisite detail can be made without resorting to casting the face of the target — a couple of small black-and-white photos will do just fine as a reference."
http://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/LatexPerfection

Anda boleh menonton teknologi itu di youtube di bawah tajuk Transformation.