03 March 2010

Melayu Pulau Pinang dah lama dah terpinggir,sejak UMNO/BN memerintah dulu......

Melayu tidak mampu lagi tinggal di Pulau Pinang berikutan kenaikan harga rumah dan percukaian hartanah. Di mana mereka tinggal sekarang? Kebanyakan dalam rumah kecil dan sesak seperti Tanjung Tokong dan Rifle Range.

Mereka turut menghuni rumah pangsa satu bilik, di atas tanah wakaf, tanah terbiar, ‘tanah tumpang’ atau tanah Tol kerajaan. Berdasarkan ringkasan laporan disediakan bersama Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMPP), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Unit Perancang Ekonomi (EPU), pemilikan tanah Melayu di sebelah pulau merosot berikutan perpindahan mereka ke Daerah Barat Daya selain Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah.

Ramai Melayu turut berhijrah ke negeri lain seperti Kedah dan Perak. Semua kawasan ini dianggap tidak strategik, nilai ekonominya rendah, kurang membangun serta kawasan pertanian. Bukan Bumiputera menjadi majoriti di Daerah Timur Laut dan Seberang Prai Selatan. Kawasan itu sangat pesat termasuk membabitkan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan projek Penang Global City Centre (PGCC), sedangkan pemilikan tanah Melayu di daerah itu semakin mengecil.

“Orang Melayu yang tinggal di kawasan miskin dan sesak dalam bandar ini akan melahirkan fenomena dinamakan kemiskinan bandar yang kesannya antara lain gejala sosial. Mereka juga berada pada kedudukan paling bawah dalam rantaian nilai.

“Kalau kerajaan negeri menyedari masalah Melayu terpinggir di Pulau Pinang maka perlu dan tiba masanya untuk mereka duduk bersama mencari satu pelan tindakan baru untuk menyelesaikan keadaan sekarang ini. Kita lihat tidak ada (tindakan kerajaan),” kata Presiden Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang (DPMM), Rizal Faris Mohideen Kadir.

Beliau berkata, pelan tindakan baru untuk Pulau Pinang bukan semata-mata bagi kepentingan Melayu malah mencakupi soal isu pelancongan, mengekalkan status Tapak Warisan Dunia dan soal pembangunan.

“Bila permasalahan Melayu seperti isu meroboh gerai, merampas barang perniagaan dan tindakan menyaman tidak selesai, ini seolah-olah organisasi Melayu tidur dan tak buat kerja pada hal kami menjuarai isu ini sejak hari pertama lagi.

“Akhirnya, kami bersama badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berpakat serta nekad bahawa sudah cukup kita berunding, beri teguran dan nasihat. Kini tiba masanya orang Melayu menunjukkan kemarahan kepada kerajaan negeri.

“Berapa lama kita nak duduk dan lihat. Takkan sehingga lenyap orang Melayu (di Pulau Pinang), baru kita nak ambil tindakan,” katanya merujuk kepada tindakan orang Melayu mengadakan perhimpunan di Bangunan Komtar, baru-baru ini.

Rizal turut mendakwa Lim Guan Eng melakukan penghantaran delegasi termasuk perdagangan ke Singapura bagi memperhebatkan perhubungan Pulau Pinang dengan republik itu.

source: malaysian insider

Baru 2 tahun Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang wira-wira UMNO sudah menyalak pasai orang-orang Melayu Pulau Pinang terpinggir. Selama 50 tahun UMNO/BN memerintah negeri tersebut kenapa mereka tidak bersuara pun? Mengapa sekarang?

Jawapan mudah saja, dulu penyagak-penyagak UMNO hidup mewah, makan kenyang, tapi 2 tahun kebelakangan ini penyamun-penyamun UMNO ini susah nak cari makan. Dulu UMNO menggalakkan orang-orang Melayu Pulau Pinang membuka tanah mereka untuk pembangunan dan samping-samping itu mereka boleh balun kot atas.

Ingat dak siapa TKM Pulau Pinang yang pernah digelar "Mr.10%"............

cheers.

No comments: