Menteri di JPM Mohd Nazri Abdul Aziz hari berkata bahawa KHN,Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menafikan bahawa dia adalah orangnya yang dikatakan berbual-bual deng peguam VK Lingam dalam video Lingam tape itu.
Mohamed Nazri turut mempertikaikan niat pihak yang membuat pendedahan rakaman video berkenaan kerana mendedahkannya kepada media terlebih dahulu sebelum menyerahkan kepada polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk menyiasat.
Katanya,"Kalau hendak tegak keadilan atau mahu membersihkan badan kehakiman, siasatan boleh dibuat oleh BPR dan polis. Kenapa kepada media?... Boleh dipertikai niatnya, kerana politik atau mahu badan kehakiman bersih,".
Nazri ooi....berapa kali kami dok habaq kat hang,yang tiap kali bila kami mengadu kat BPR dan Polis,benda tu senyap setakat tu saja,depa buang dalam tong sampah,apatah lagi kalu video macam ni depa bakar buang saja. Jadi,hang nampak dak....orang dah lama tak yakin dan percaya kepada BPR dan Polis lagi pasai kedua-dua badan ini dudok di bawah ketiak Pat Lah. Jadi tau sajalah...busuk membusukkan!!
Heran juga kalu bukan dengan KHN Ahmad Fairuz yang dibual melalui telefon,siapa pula ya? Hantu...polong...jembalang,nampaknya gomen ini dalam keadaan "denial mood" dan mula ator langkah untuk persalahkan pihak yang mendedahkan video tersebut.
Macam mana orang nak percaya..dah dari dulu,kini dan selama2nya perangai hangpa macam tu,dok nafi seumur hidup,malah sebelum sisatan berjalan sepenuhnya. Betoikah BPR dan Polis siasatt? Entah-entah depa dah balingnya ke dalam Sungai Klang.
Bagi aku,perbualan telefon VK Lingam yang menyebutkan nama seorang Menteri gomen,seorang tokoh koprat dan nama beberapa hakim,berhubung dengan isu perlantikan mereka,sudah tentu orang di sebelah sana telefon itu bukan Ali atau Ah Chong,tapi,semesti seseorang hakim yang berpengaruh dan bercita-cita tinggi...
Tidak perlulah berdalih lagi. After all I know who answered Lingam's call...
cheers.
(btw.... I'm taking a break...see U soon.)
2 comments:
mungkin orang itu mahathir,pak lah atau nazri? sapa tau!
Kalau CJ pun dah corrupt..apa lagi Politician.. Itulah Mahathir yg telah merosakkan UMNO yg suatu masa dahulu benar-benar berjuang utk org Melayu dan membela nasib rakyat. Politikus muda UMNO sekarang mengambil usaha tokoh lama utk mengungkit jasa UMNO demi memastikan mereka kekal memerintah..Org Melayu terus di tekan..hanya UMNOputera shj yg dibela..Semoga Allah melaknatkan pimpinan UMNO baru ini. Kembalikan UMNO lama...
Post a Comment