11 September 2007

NUTP akan teruskan tindakannya untuk saman ibubapa.....

Timbalan Menteri Pelajaran,Datuk Noh Omar telah menasihati NUTP supaya menyelesaikan kes-kesnya di luar mahkamah.
Menurut Timbalan Menteri lagi tindakan menyaman ibu bapa boleh menjejaskan hubungan baik antara ibubapa dan guru. Menurut Timbalan Menteri itu lagi,Kementerian Pelajaran sanggup menjadi orang tengah dalam kes-kes tersebut dan biarlah saman menyaman itu sebagai langkah yang terakhir.

Namun demikian,NUTP akan tetap mengambil tindakan mahkamah terhadap ibubapa yang membuat tuduhan palsu atau melulu terhadap kaum guru.

Aku sokong tindakan NUTP ini kerana sejak kebelakangan ini sebilangan ibubapa sering membuat tuduhan yang tidak berasas terhadap guru tanpa usul periksa terlebih dahulu.Sering tuduhan-tuduhan ini bermotifkan dendam terhadap seseorang guru secara individu atau terhadap sekumpulan guru.

Kadangkala ibubapa menyerah bulat-bulat tanggungjawab disiplin kepada guru-guru,tetapi apabila anak mereka dikenakan tindakan disiplin,ibubapa naik berang dan menanggap tindakan disiplin itu tidak wajar dan menyalahkan kaum guru kerana mengenakan hukuman yang tidak adil.

Seperkara lagi,sesetengah ibubapa pula menggunakan saluran dan pengaruh politik bagi tujuan menguatkan lagi pengaruh mereka.Ini jelas sekali dalam kes-kes disiplin,pertukaran murid,bantuan buku teks,biasiswa dan sebagainya. Kadang-kadang lagak mereka lebih daripada Pengarah Pendidikan atau Menteri.Dan mereka akan buat apa saja asalkan hasrat mereka tercapai.

Datuk Noh Omar tidak mahu perkara ini dipanjangkan ke mahkamah,kerana ia mungkin menjejaskan kredibiliti KPM dan ramai daripada ibubapa ini pula adalah orang kuat atau ahli parti gomen.

Dalam sejarah persekolahan aku,bapa aku tidak pernah sekali ke sekolah untuk mencerca guru-guru aku,walaupun aku pernah dirotan dan diambil tindakan disiplin. Malah bila aku tak pass darjah 6 dan tak boleh masuk sekolah menengah gomen,bapa aku pergi jumpa wakil rakyat Perikatan minta tolong. Dia janji untuk tolong,tapi janji tinggal janji saja.

Nasib baik masa tu ada Sekolah Agama Rakyat dan di situlah aku menimba ilmu sampai aku pass.

cheers.

No comments: