03 September 2007

Perlukah kita jadi barua gomen untuk sambut kemerdekaan negara...?

Malam hari merdeka aku tidak turun ke dataran merdeka,tapi cukup sekadar lepak depan tv untuk menyaksikan apa yang diwar-warkan selama ini - "reenacting the events of 31 August 1957" atau lakon semula peristewa 31 Ogos 1957; iaitu 50 tahun lalu ketika bendera Union Jack diturunkan dan jalur gemilang dikibarkan dengan bangganya.

Apa yang jelas di sekitar dataran merdeka itu dipenuhi dengan bendera-bendera UMNO.MCA,MIC,Gerakan dan parti komponen BN lain. Rata-rata pemimpin yang ada hanya muka orang-orang gomen dan BN. Mana pemimpin dari parti-parti lain? Bukankah ini hari kemerdekaan negara patut disambut oleh semua rakyat tidak kira fahaman politik masing-masing. Itulah erti kemerdekaan sebenarnya. Negara ini negara kita dan semua rakyat patut diberi kesempatan menyambutnya.

Merdeka is supposed to be celebrated by all Malaysians,irrespective of their political beliefs,yet after 50 years,the merdeka celebrations are still being hijacked by the UMNO goons & their clowns and for how long this kind of mentality will persist is left to be seen.

Tapi,sayang dalam keghairahan menyambut merdeka ke-50 ini,yang jelas hanya gomen dan BN saja berhak menyambutnya sedangkan penyertaan rakyat lain tidak hiraukan. Allahyarham Tengku Abdul Rahman berjaya menuntut kemerdekaan negara kita tetapi atas perjuangan siapa? Mengapa hakikat ini dipadam daripada buku-buku sejarah?

Mesej yang saya belajar daripada sambutan kemerdekaan ke-50 ini ialah,jika anda bukan ahli BN anda TIDAK seharusnya sambut merdeka. Dan,kecuali anda seorang penyokong kuat gomen/BN,anda bukanlah rakyat Malaysia dalam ertikata sebenarnya.

Kita juga jangan lupa,bahawa semangat kenegaraan yang ada pada kita tidak semestinya terikat dengan gomen atau parti yang memerintah. Anda boleh menjadi ahli pembangkang, tetapi
soal semangat kenegaraan dan taat setia tidak boleh dipersoalkan. Apakah kalau aku kritik gomen bererti aku ini pengkhianat bangsa dan negara? Hanya orang-orang UMNO/BN saja yang fikir macam itu.

Nyata sekali dari peristewa 31 Ogos 2007 ini, ialah,sungguhpun kita telah mencapai kemerdekaan selama 50 tahun,fenomena rasa kenegaraan dan semangat cintakan negara masih berkurangan. Rakyat Malaysia masih mengutamakan diri masing-masing sebagai Melayu,Cina dan India. Kita masih menganggap kita orang Semenanjung dan orang Sabah dan Sarawak,apa tidaknya dulu nak masuk Sabah dan Sarawak perlukan pasport antarabangsa dan sekarang diganti dengan mykad. Jelas,yang bersatu padu itu adalah orang-orang UMNO,MCA & MIC.

Bagi aku,sambutan kemerdekaan ke-50 itu adalah sebagai prelude kepada kempen BN untuk PRU ke-12 akan datang ini. Jadi keghairahan sambutan kemerdekaan ke-50 hanyalah satu lakonan dengan tujuan untuk berkuasa 5 tahun lagi,nothing more than that.

Merdekakah kita??

cheers.

1 comment:

nishashburn said...

thanks for dropping by @ my blog :)