20 September 2007

Bukan PM yang pilih ketua hakim dan hakim,tapi....

Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah mendedahkan satu klip video,lebih kurang 8 minit lamanya,yang menunjukkan peguam Datuk VK Lingam berbual melalui telefon, didakwa dengan Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, yang dikatakan untuk menentukan pelantikan hakim-hakim kanan. Di samping itu satu lagi klip audio dimainkan,dipercayai dirakamkan pada tahun 2002,di mana Datuk VK Lingam membangkitkan kes Anwar dalam perbualanya.

Menurut Anwar,"Skandal video ini mengukuhkan dakwaan kami mengenai konspirasi politik yang melibatkan pemimpin tertinggi negara dan korupsi oleh ketua badan kehakiman. Ini membangkitkan isu mengenai hilangnya kesaksamaan perbicaraan mahkamah di negara ini,". Di sebelah kiri adalah "who's who" yang bangkitkan oleh peguam tersebut semasa perbualanya itu.(click to enlarge - ehsan Malaysiakini)

Seandainya, klip video Lingam ini adalah genuine(sah) dan bukan sesuatu yang direka,terbuktilah sistem kehakiman kita tidak lagi telus. Hakim bukan dipilih kerana prestasinya tapi kerana "patronage"nya kepada seseorang ketua hakim semasa dan perlantikannya pula dibuat atas arahan seseorang peguam melalui perbualan telefon. Mana peranan PM, atau Majlis Raja-raja seperti termaktub dalam perlembagaan? Ini adalah satu penghinaan kepada sistem kehakiman kita.

Saksikan klip video perbualan peguam kanan itu di sini.

You make your own judgement.........

cheers.

No comments: