08 September 2007

Idola Politik di kampus universiti...untuk apa?

Satu peraduan menentukan pemimpin manakah yang lebih popular dikenakan kepada siswa/siswi Universiti Malaya baru-baru ini oleh pihak pengurusan asrama masing-masing.

Peaduan itu dikatakan sulit & berkehendakan para siswa/siswi menetapkan skor antara 1 hingga 10,(yang mana 10 adalah skor tertinggi),dengan meletakkan skor di sebelah senarai nama yang tetera dalam rajah sebelah ini, bagi menentukan siapakah idola mereka.

Survey ini terdiri daripada 5 muka surat dan memerlukan para siswa/siswi mengisi maklumat-maklumat peribadi,pekerjaan ibubapa dan pendapatan bulanan keluarga mereka.

Maklumat-maklumat lain yang perlu diisi para siswa/siswi
meliputi kefahaman pelajar tentang konsep Islam Hadari,pengaruh parti pembangkang kepada mereka,pandangan mereka tentang Akta Universiti dan Kolej Universiti dan pendapat mereka tentang poltik kekampusan. Mereka diberi masa 24 jam untuk menyiapkan survey tersebut.

Lazimnya,apabila sesuatu survey itu memerlukan pengisian maklumat-maklumat peribadi secara terperinci,sudah tentu kita boleh ramalkan siapakah yang akan menjadi idola siswa/siswi dan dalam kes ini sudah tentu - Pat Lah Badawi.

Dont tell me they will choose Anwar Ibrahim,bearing in mind that they will be stripped off their scholarship or probably will be given a show cause letter or get sacked from the university.

Jadi tak guna buat survey kalau dah tahu siapa yang akan jadi idola.Itu bukan survey namanya,itu adalah satu pengakuan.....

cheers.

No comments: