02 August 2007

RapidPenang-kenderaan rakyat baru orang Tanjung...

RapidPenang sudah beroperasi untuk memberi perkhidmatan yang lebih mantap kepada orang-orang Tanjung dan Seberang. Aku tak hairan kalu dengan hadirnya RapidPenang,
syarikat-syarikat bas lain akan gulung tikar.

Hampir-hampir 3-4 tahun kebelakangan ini apa penambahbaikkan dilakukan oleh syarikat-syarikat Milan,KGN,Transit Link dan lain-lain yang ada,untuk memberi perkhidmatan pengakutan yang selesa bagi orang-orang Tanjong dan Seberang?

Lebih buruk lagi,sesetengah daripada syarikat bas itu telah "menfranchisekan" kepada "taiko" dan "mafia" untuk meraih keuntungan jangka pendek.

"Mafia" dan "taiko" ini membawa bas ikut suka hati,ikut masa mereka,berhenti ikut rasa hati dan memilih penumpang mana boleh naik bas atau tidak. Keadaan bas pula usang dan tempat duduknya amat teruk.

Akibat tindakan mereka ini,teksi2 sapu bergentayangan dan teksi2 halal bermaharajalela tidak mau memakai meter walaupun telah diarah berkali-kali.

Sebagai salah seorang pengguna kenderaan rakyat ini,saya harap Rapid Penang TIDAK akan ikut perangai syarikat-syarikat bas lama itu. Berilah perkhidmatan yang baik dan sepatutnya.

cheers.



No comments: