19 August 2007

Bloggers dan Gomen......

"Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhamad Taib menyifatkan penulis blog politik yang mengkritik pemimpin kerajaan sebenarnya adalah pengecut kerana tidak berani mendedahkan identiti mereka serta menggunakan laman web yang beralamat di luar negara."- Bernama,18 Ogos,2007.

Lazimnya bukan semua yang disuarakan oleh pemimpin-pemimpin gomen ini 100% benar,banyak mereka kelentong dengan tujuan untuk menampakkan mereka itu begitu perihatin terhadap masalah rakyat. Bukan semua rakyat Malaysia itu bodoh macam pengikut-pengikut UMNO,yang dulu,kini dan selama-lamanya ibarat macam lembu pawah diheret tali yang diikat pada hidungnya;ke mana saja tuannya heret ke situlah lembu pawah ini ikut.

Rakyat rata-rata berpelajaran dan mereka tahu untuk membedakan antara yang baik dan buruk. Sayangnya ruang untuk melepaskan pandangan bebas mereka ini sangat terhad. Kesalahan-kesalahan gomen ditutup rapat oleh gomen sendiri,sungguhpun pemimpin-pemimpin gomen seringkali melaungkan,"kami mengamalkan demokrasi".

Demokrasi apa bila tahap pemikiran rakyat ditindas dan dicantas? Itulah demokrasi taik kucing ala UMNO kata datuk aku.

Adanya arus kemajuan,ramai orang boleh akses internet dan menerusi media ini rakyat boleh meluahkan pendapat masing-masing.

Apakah rakyat tidak boleh mengkritik pemimpin gomen, seandainya pemimpin gomen itu sendiri terlibat dengan amalan-amalan yang tidak baik?. Macamlah si Mat kita yang bawah lari anak dara orang dan bernikah di sempadan,tetapi tidak mahu mengaku? Apakah amalan begini,satu amalan yang baik? Mungkin dikalangan pemimpin UMNO perbuatan itu adalah sah mengikut ajaran Islam Hadhari,tetapi dari kaca mata rakyat jelata,perbuatan itu adalah menjijikkan.

Gomen boleh gempaq rakyat dan bloggers dengan berbagai enactment undang-undang yang akan diambilnya,tetapi suara rakyat dan bloggers sukar ditutupi dan akan terus bergema.

Pemimpin-pemimpin kita harus belajar dari tokoh dalam gambar (di sebelah kiri ini). Walaupun beliau adalah seorang Presiden,tetapi pakaian,amalan dan cara hidupnya adalah paling sederhana. Tidak kira di tempat mana bila sampai waktunya beliau akan bersujud kepada Allah. Bukan macam kita,walaupun tersergam dengan bangunan mesjid yang indah,namun bilangan saf ketika waktu solat tidak lebih daripada dua.

Apa erti kemerdekaan jika kita tidak dibenarkan bersuara....???

cheers.

No comments: