09 April 2007

Sekolah Kluster - Mengejar Kecermerlangan Pendidikan atau Politik?....

Pembentukkan sekolah kluster atau kelompok sekolah cemerlang adalah satu anjakkan paradigma yang memberikan impak yang positif terhadap bidang pendidikan di negara ini. Ianya dapat direalisasikan lagi dengan pelaksanaan secara bersepadu oleh pihak KPM,sekolah, guru, PIBG, alumni, sektor awam dan swasta serta masyarakat secara amnya. Setiap sekolah kluster itu pula akan ada keistemewaannya tertentu yang akan dicermerlangkan serta menjadi role model kepada sekolah2 lain. Sekolah kluster ini juga diberi kuasa2 otonomi dalam bidang2 tertentu,dan sebanyak mana otonomi diperturunkan bergantung kepada Lembaga Penasihat Kecermerlangan yang memantau srategy2 perlaksanaannya kelak.

Saya masih ragu2 tentang pembentukkan sekolah kluster ini kerana sistem pendidikan kita lazimnya dikongkong oleh kuasa politik kepartian serta dikawal ketat secara top-bottom berlandaskan kepada dasar2 yang ketat dan padat,hinggakan tiada ruang liberalisasi langsung.

Apabila sekolah kluster ini diberi kuasa untuk mencari punca kewangannya sendiri,mampukah gomen mengubah prosedur kewangan sedia ada dan memberi kelonggaran2 tertentu? Apakah ini akan menyebabkan kenaikkan yuran2 persekolahan? Atau melalui sekolah kluster ini gomen akan memperkenalkan berbagai yuran tambahan selain daripada apa yang sedia ada?

Apabila sekolah ini diberi kuasa untuk “hire and fire” , bagaimanakah cara yang akan dilakukan? Adakah pengetua berkuasa “hire” sesiapa saja yang dia fikir layak, umpamanya jika sekolah
itu mahu cermerlang dalam permainan tennis,bolehkah pengetua hire Andre Agassi sebagai coach? atau mahu cermerlang dalam bolasepak,bolehkah pengetua employ David Beckham sebagai jurulatih?

Begitu juga dalam hal kemasukkan pelajar ke sekolah2 ini, sudah tentu pihak sekolah dan badan penasihat berkuasa untuk menentukan pelajar mana boleh masuk dan pelajar mana tidak boleh masuk dan dengan cara begini tidakkah lama kelamaan sekolah kluster ini nanti akan menjadi sekolah untuk gulungan elite saja,seperti sekolah2 berasrama penuh hari ini?

Saya berpendapat banyak lagi yang boleh dilakukan oleh gomen untuk membangunkan pendidikan di negara kita. Masih banyak sekolah yang infrastrukturnya tidak lengkap. Masih banyak sekolah yang tiada berair dan berapi. Sekolah2 harian kita padat dengan pelajar2 sehingga 50 orang satu kelas. Agihan guru2 tidak mengikut option yang sepatutnya. Sekolah2 bandar dibebani dengan guru berlebihan sedangkan sekolah2 luar bandar begitu handicap dengan guru2 dalam pengkhususan2 tertentu. Bukankah perkara2 ini patut diberi priority terlebih dahulu,sebelum memikirkan tentang sekolah kluster yang belum tentu berjaya?


Sekarang baru saya tahu kenapa KPM membenarkan pegawai PTD masuk ke JPN,PPD & sekolah,kerana mereka inilah(PTD) yang akan menjadi tok dalang dalam permainan wayang kulit KPM nanti.

Perkara pokok di sini bukanlah kecermerlangan sekolah dan pendidikan yang hendak dicarinya,tetapi ia lebih bertujuan untuk memperkasakan kedudukkan serta agenda dan imej politik Pak Menteri dan kuncu2nya memandangkan pilihanraya dan pemilihan kepemimpinan parti yang akan datang.

Cheers.

1 comment:

Anonymous said...

saya bukan nak jadi defensive, tp rase terpanggil bila nampak kelibat PTD dijadikan kambing hitam dalam cerita ni.

saya kerja di KPM sendiri dan saya rasa mungkin ape yg awak cakap ni mungkin ada betulnya. semua org ada keraguan masing2.

tp dengan mengata PTD menjadi kaver bagi niat KPM yg sebenar, saya rasa tak adil. PTD bukan nak sangat masuk ke JPN, apatah memegang jawatan JPN. byk lagi tempat lain boleh carik jawatan.

pada pendapat saya, PTD ni jawatan sama aje dgn PT, PTM, KPT,juruteknik dan sbgnya.sume nye wujud untuk membantu seluruh organisasi untuk bergerak. seiring dgn DG.

tugas saya melibatkan pelbagai kajian. dan rata-ratanya bersetuju jika ada pegawai pentadbiran yg sama2 membantu menyelesaikan permasalahan di organisasi2 KPM.
ni takde kaitan dgn conquering or such.

saya rasa tak adil awak kata demikian.jawatan2 lain hanya ingin membantu jawatan DG supaya mereka yg sememangnya dilatih utk mengajar wajar mengajar dan membentuk anak bangsa kita. let others do other job coz orang lain tidak dilatih untuk mengajar langsung.

mengajar indeed is a kepakaran. tak mungkin kerani mampu mengajar.

terima kasih