11 April 2007

Najib pancing undi dengan duit rakyat......

Ada ubi ada batas, ada budi boleh balas. Kalau nak balas, balas pada April 12 dan undilah Barisan Nasional,” Datuk Najib,said to a thunderous applause.

Demikianlah kata2 yang diucapkan oleh Datuk Najib Tun Razak apabila memperuntukkan RM3.7 juta kepada Felda Tun Ghafar Baba Hutan Percha di Machap semalam. RM3 juta akan digunakan untuk memperbaiki paip bekalan air, RM600,000 untuk pembinaan sebuah dewan pelbagai guna dan RM100,000 lagi untuk memperbaiki masjid di situ. Dalam majlis tersebut Datuk Najib telah menghulurkan hadiah wangtunai RM100 hingga RM300 kepada peneroka Felda di Machap yang cemerlang dalam penerohen getah, dan tanaman kelapa sawit di majlis tersebut. Manakala hadiah RM500 hingga RM1,000 diberikan kepada pemenang bagi kategori kampung termeriah dan blok paling bersih. Datuk Najib juga menggesa peneroka supaya mengundi dengan bijak dalam memilih calon yang mampu membela nasib mereka dan memastikan masa depan yang cerah.

Sebagai pengundi dari rancangan Felda ini,mereka sudah pastikah bahawa peruntukkan ini akan dapat dengan serta merta,atau sekadar sebagai janji2 kosong saja? Bukankah sesuatu yang anih kenapa tiba2 saja hadiah2 diberi untuk kategori kampung termeriah,blok paling bersih dsbnya.Kenapa anugerah2 ini tidak pernah diberi sebelum pilihanraya kecil Macap diadakan? Warga Felda ini seharus ingat bahawa mengundi itu adalah hak mereka dan tidak perlu nasihat orang lain untuk pastikan siapa yang patu mereka pilih. Adakah peruntukkan2 yang dijanjikan itu akan membahagiakan mereka selama 5 tahun lagi?

Tidakkah pemberian peruntukan tersebut secara jelas melanggar kod etika Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)? Mengikut Seksyen 10(a) akta tersebut, ia adalah satu kesalahan memberi sogokan dan menjanjikan wang atau pertimbangan berharga kepada pengundi. Hukumannya termasuk penjara tidak melebihi satu tahun dan denda tidak melebihi RM2,000.

Tapi,kod etika ini hanya diguna pakai untuk pembangkang saja,bagi parti2 gomen,termasuk menteri,TPM & PM its OK,kerana SPR pun tak ada teloq untuk bertindak. Apanya tidak?,pasal gaji pegawai2 SPR tu,gomen juga kasi....!! So,you dont bite the hands that feeds. See my point.

Depa bagi kita ambil,depa janji kita hangguk,pangkah ikut kehendak di hati,jangan termakan dek budi.


cheers.

*(saya tidak akan blog selama seminggu akan datang,kerana sebab2 yang tak dapat dielakkan,maaf ya,see U later)

No comments: