28 April 2007

..bila Batang Berjuntai mula menegang........

Ijok....pilihanraya kecil yang terakhir sebelum tibanya pemilu 2008 atau 2009. Bermula dengan DUN Kuala Berang,DUN Pangkalan Pasir,DUN Batu Talam,DUN Machap trend pengundian memihak kepada BN. Sepatutnya dalam pilihanraya2 kecil ini kemenangan BN seharus dengan majoriti besar,tetapi itu bukan realitinya,walaupun kawasan DUN ini dihujani dengan pelbagai pembangunan dan durian runtuh secara tiba-tiba. Apakah majoriti yang merosot diperolehi BN satu indikator bahawa pengaruh BN semakin menurun?

Sekarang BN akan menerima satu lagi ujian popularitinya di Ijok dan kali ini,"BN is fighting for its life". Kemunculan Pat Lah di Ijok juga menunjukkan bahawa "things are not that good on the ground",jadi Pat Lah terpaksa meyakinkan Ijkoians bahawa BN sajalah yang boleh menjamin nasib hidup mereka. Akibat diserang bertalu-talu,Najib si anak Razak.terpaksa mendapat keyakinan Pat Lah,yang berkata "I've confidence in Najib as the deputy prime minister......." bagi meneruskan agenda penipuannya.Nampaknya seluruh anggota kabinet,ahli-ahli MKT dan ahli-ahli Parlimen BN mula menyerang Ijok dengan hebatnya,disamping berjuta-juta RM ditaburkan atas nama pembangunan. Kenapa pembangunan ini datang bertubi-tubi semasa pilihanraya kecil ini,sepatut menjadi persoalan bagi orang-orang Ijok.

Apa-apa pun,terserahlah kepada pengundi-pengundi Ijok untuk membuat keputusan dengan bijak. Ambillah ikhtibar kata-kata bekas PM, Dr.Mahathir Mohd.,“If you vote (BN) because you get a lot of money or because you get a lot of projects, you may get a rotten government which uses money in order to buy your vote,”

Ramalan saya..... PKR menang dengan majoriti 114 undi.
cheers.

No comments: