Batu Talam,PAS boikot;Macap DAP tewas dan Ijok,PKR mencuba nasibnya. Dalam politik sukar untuk kita ramal siapa menang,siapa kalah. Kempen-kempen pembangkang sering dihadiri oleh ribuan manusia,tetapi ini tidak menjamin ribuan yang hadir itu adalah pengundi. Mungkin mereka datang,sekadar untuk mendengar dan berhibur telatah-telatah otai-otai politikus pembangkang kita,sedangkan jauh di sanubari mereka yang hadir itu sudah terpahat "hidup matiku kerana UMNO/BN". Sungguhpun kempen UMNO/BN kurang dapat sambutan orang,selalunya UMNO/BN menang. Inilah realiti budaya politik Malaysia. Kenapa begitu? kerana orang ramai tidak ambil kisah sangat isu2 rasuah,salahguna kuasa,penipuan dan isu2 penyelewengan duit rakyat oleh para pemimpin UMNO/BN.
Bagi rakyat biasa isu-isu parit yang tersumbat,jalan tak bertar,masalah tiada air dan letrik,masalah rumah dan sebagainya menjadi fokus utama mereka. Mereka tidak mahu dengar soal rasuah Pak2 Menteri kita,mereka tidak gemar masalah kurangnya pelaburan yang mengalir masuk dari luar negeri dan sebagainya,kerana isu2 itu tidak memberi erti langsung bagi mereka. Bagi mereka,siapa saja yang boleh janji mengisi periok nasi mereka,mereka itulah yang akan mereka pilih. Soal betapa nilainya undi mereka tidak membawa apa2 maksud langsung. Oleh kerana itu,bagi rakyat jelata ini pemberian RM 100.00,sehelai pelaikat,sekampit beras dan sebungkus gula itu lebih bermakna dan sudah cukup untuk menjamin kemenangan UMNO/BN sudah cukup. UMNO/BN tahu hal ini dan strategi inilah digunapakai dalam setiap pilhanraya & pilihanraya kecil. Sungguhpun UMNO/BN tahu amalan itu adalah salah,tetapi beranikah SPR ambil tindakan? Walhal pegawai SPR pun makan gaji daripada gomen UMNO/BN yang ada!
Langkah PKR meletakkan Datuk Khalid Ibrahim,sebagai calon adalah satu langkah yang bijak. Tindakan PKR itu telah mengelakkan PKR terperangkap dalam politik perkauman BN. Politik perkauman Malaysia agak pelik sedikit. Jika sesuatu kawasan pilihanraya itu majoritinya pengundi Melayu,UMNO/BN boleh meletakkan calon Melayu/Cina/India dan mereka ini boleh menang mudah,seperti mana berlaku di kerusi Parlimen Bukit Gantang. Tetapi,kalau kawasan pilihanraya itu,majoritinya kaum Cina,sudah pasti calonnya terdiri daripada orang Cina,kalau letak calon Melayu atau India sudah tentu akan hanyut.Pendekata,calon-calon Cina boleh menang dikawasan2 majoriti Melayu,tetapi jangan harap calon-calon Melayu menang di kawasan majoriti Cina. Bilangan pengundi-pengundi Melayu di Ijok lebih daripada 50%,mungkin pengundi-pengundi Melayu Ijok tidak sedar hal ini.
Menang atau kalah di pihak UMNO/BN dan PKR akan memberi impak yang besar bagi kedua-dua parti. Bagi UMNO/BN,jika menang akan meninggikan lagi confidence level mereka dan kalau kalah jelaslah pengaruh DSAI adalah bahaya bagi kedudukkan UMNO/BN pada masa akan datang. Bagi PKR pula jika menang ini bererti konsep "multi-racial" yang diperjuangkan selama ini diterima masyarakat dan jika kalah nyatalah karisma DSAI untuk menarik rakyat dengan pidato powernya agak tercalar.
Jika PKR menang,kedudukan gomen UMNO/BN negeri Selangor tidak terjejas,tetapi kemenangan PKR itu akan membuka mata Najib Tun Razak,Mohd.Khir Toyo dan pemimpin-pemimpin UMNO lain agar tidak leka dengan igauan kemenangan semata-mata,tetapi harus bangun dari mimpi dan khyalan mereka dan sedar bahawa wang ringgit sahaja tidak semestinya selalu boleh membeli sokongan rakyat.
Moga-moga PKR menang besar!
cheers.
2 comments:
PKR will win..but BN will defend rentlessly..May God help PKR or the Opposition this time around...unless if the stupid Malaysian still being stupid
Thanks for your comments & like you,my bet is on PKR. Drop by anytime.
cheers.
Post a Comment