Masalah industri Proton kita masih belum selesai. Proton kian rugi dan terus mengalami kerugian. Walaupun cubaan telah dibuat untuk membawa masuk rakan kongsi dari Eropah(VW) dan Amerika(GM), bagi mengukuhkan kedudukan Proton,namun semuanya menghadapi jalan buntu. Rundingan demi rundingan diadakan bagi mencari titik pertemuan yang selesa tetapi usaha2 ini semua sia2 saja.
Kononnya Volkswagen mahu memiliki 51% ekuiti dalam Proton. Dalam ertikata lain,secara tidak langsung Volkswagen akan memiliki Proton. Jika ini berlaku maka kita tidak lagi boleh bangga dengan Proton sebagai industri kereta Malaysia yang ulung. Bila ini berlaku apa akan jadi kepada vendor2 Proton tempatan yang membekalkan spare parts kepada Proton? Gulung tikarlah jawabnya. Inilah isu utama yang Pat Lah perlu ambil kira bila bertemu dengan bos Volkswagen nanti.
Tetapi yang aku pelek,pasal apa bos Volkswagen ini hendak jumpa Pat Lah dan bukan Lembaga Pengarah Proton,termasuk penasihat Proton sendiri,Dr.Mahathir? Bukankah Lembaga Pengarah Proton itu lebih arif dengan masalah Proton? Kenapa Pat Lah perlu sibuk?
Perkara2 beginilah yang selalu membingungkan masyarakat bila isu2 GLC timbul. Walau bagaimana pun saya harap isu ini dapat di atasi oleh Pat Lah secara win-win. Jangan sorok isu2 pokoknya yang menyebabkan orang bertanya "berapa persen pula you,Pat Lah,bakal terima nanti?"
cheers.
No comments:
Post a Comment