28 July 2015

Din - Najib tak dengar nasihat saya...



Muhyiddin, dalam ucapan perasmian mesyuarat agung UMNO Bahagian Cheras telah membangkitkan pelbagai isu yang hangat,termasuklah isu 1MDB.  Antara intipati ucapan Muhyiddin berkaitan 1MDB di Cheras itu ialah:-

- Najib perlu jawab tuduhan duit berbilion masuk ke dalam akaun peribadinya.

- Najib tak dengar nasihat saya agar letak jawatan dalam 1MDB.

- Saya baca The Edge yang digantung permitnya untuk faham mengenai 1MDB. Kalau The Edge tak betul, tunjukkan saya apa yang betul.

- BN akan kalah jika Najib adakan pilihanraya dalam waktu terdekat ini.

- Tun Mahathir ibarat bapa kita. Berhentilah menghentamnya kerana ia akan menjadikan bekas Perdana Menterti itu tambah popular, manakala kita jadi semakin jatuh.
 

Isu 1MDB dan kaitannya dengan Najib adalah perkara besar yang sedang menghenyak kedudukan parti dan kerajaan ke paras paling rendah di sisi rakyat ketika ini.

Ia bukan saja berkaitan hutang, pelaburan, Jho Low dan pelbagai keraguan lain mengenai syarikat pelaburan itu, tetapi yang lebih membingungkan ialah tidak pernah sebelum ini mana-mana Perdana Menteri dituduh menerima kemasukan wang ke dalam akaun peribadi sebesar RM2.6 bilion jumlahnya.

Orang kampung dan makcik Felda barangkali boleh jadi pening kepala dan mamai berhari-hari memikirkan jumlah wang sebanyak itu.

Apatah lagi, tuduhan itu tidak dijawab dengan mantap oleh Najib sendiri yang menyebabkan berlegarnya pelbagai spekulasi liar mengenainya sehingga bukan saja menyebabkan pengundi tegar pembangkang dan atas pagar bertekad untuk terus menjauhi kerajaan, malah penyokong BN sendiri ramai yang mulai beralih arah.

Ada yang bertekad tidak mahu lagi mengundi BN berikutan isu ini, manakala yang lain sehingga bersumpah mengharamkan undi mereka kepada BN selagi Najib menjadi Perdana Menteri.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan supaya laporan awal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dijadikan dokumen awam. Menurut beliau, langkah itu perlu agar masyarakat mengetahui dengan apa yang sebenarnya berlaku dalam kes tersebut. Beliau berucap ketika ucapan penggulunga...n Mesyuarat UMNO Bahagian Cheras di Kuala Lumpur pada Ahad - TMI.

************************

Wooooh, selepas gempak dengan aksi video di Janda Baik dua bulan lalu, tetiba Muhyiddin buat comeback ! Menarik beb .... Boleh bikin team Najib tarik brek ni haha!!

Terbaru TMI ada laporan yang dipecahkan kepada beberapa artikel mengikut topik berlainan -

"Dalam suasana negara yang dihadapi kini saya rasa agak tergamam apa yang patut saya cakapkan, tapi saya nak ingatkan apa yang diungkapkan dalam perhimpunan agung tahunan lalu mengulas megenai dakwaan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu mereka menang undi popular.

"Dan walaupun kita menang namun pada waktu itu jika undi popular berterusan turun sebanyak 2 % maka ia akan menyaksikan BN kalah dalam PRU akan datang.

"Juga saya ada bertanyakan dalam pertemuan retreat dengan pimpinan Wanita Umno di Putrajaya. Saya tanya bagaimana kalau perdana menteri bubar Parlimen adakah kita akan menang atau tidak, tidak ada seorang pun yang menjawab yakin untuk menang," katanya semasa ucapan penutup mesyuarat Umno Cheras di Kuala Lumpur hari ini. -
TMI.

Dari segi asasnya, kenyataan di atas lebihkurang sama dengan artikel saya sebelum ini ( KLiK ), baca juga luahan para pengomen mengenai Najib, Umno dan PRU14.

Pendek kata, baguslah kalau Muhyiddin sedar akan sentimen yang tidak memihak kepada Umno dikalangan rakyat ketika ini, Dan ianya berkait rapat dengan Najib Rosmah.

"Saya setuju Dr Mahathir ibarat bapa kita, beliau bekas perdana menteri ada banyak idea.

"Saya tidak pernah ada masalah dengan beliau (Dr Mahathir), tidak sulit untuk saya komunikasi dengan beliau dalam beberapa pertemuan .

"Jadi berhentilah hentam Dr Mahathir, beliau adalah bekas perdana menteri, lagi anda hentam, lagi populariti beliau melonjak sehingga mencecah bumbung dan kedudukan kita pula jatuh," - TMI.

Nasihat yang bernas buat Najib dan askar2nya ......

Makin diungkit isu2 basi zaman Tun Mahathir jadi PM dulu, makin kuat orang buat perbandingan dengan Najib. Semakin jelas pandangan rakyat yang melihat sekeliling mereka ....... semuanya datang hasil zaman Tun Mahathir.

Zaman Najib ? Gempak jer lebih, slogan tak putus2 ..... hasil yilek. 1MDB dengan RM42 billion adalah contoh terbaik. Apa hasilnya ? LELONG harta negara nak bayar hutang. Ambil hutang untuk beli aset yang kemudiannya dilelong untuk bayar hutang itu balik ...... HEBAT !

"Saya sendiri pun sukar nak faham mengenai 1MDB, sampai saya terpaksa baca dari The Edge

"Orang cakap dekat saya laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul,"
- TMI.

Yang ini paling menarik ! Termasuk yang di bawah ini juga. Amat sesuai untuk kita buat sedikit analisa. Sila baca dua tiga kali untuk selami apa yang boleh kita terjemahkan disebalik kenyataan ini.

"Saya beritahu beliau untuk lepaskan jawatanya dalam 1MDB tapi beliau tidak mahu dengar.

"Saya tidak punyai niat jahat, niat saya baik untuk tolong beliau,"
- TMI.

OK, Kenapa Muhyiddin minta Najib lepaskan jawatan dalam 1MDB kalau 1MDB tidak ada masalah ? Kenapa minta Najib cuci tangan ?

Kenapa Muhyiddin baca The Edge semata2 untuk mendapatkan maklumat tentang 1MDB ?Apakah Muhyiddin juga tidak baca dan tidak faham buku penerangan mengenai 1MDB yang diedarkan kepada kabinet ?

Apakah orang nombor 2 dalam kerajaan juga tidak ada akses kepada 1MDB ? Apakah yang Muhyiddin tahu mengenai 1MDB SEBELUM isunya menjadi panas ?

Jadi benarlah 1MDB ini bergerak secara senyap2 tanpa pengetahuan kabinet ! Kenapa ? Nak sorok apa ?

RM42 billion duit rakyat diperjudikan tanpa pengetahuan kabinet ???

Ketika ini ramai yang duk bising dengan isu ubahsuai maklumat siap ngan pak Menteri juga sebut tentang tindakan2 tegas terhadap mereka yang disyaki terbabit. Gantung permit dan sekat portal kerana di SYAKI ubahsuai maklumat.

Nah sekarang Muhyiddin juga bertanya - Orang cakap laporan The Edge tidak betul, jadi bagitau saya apa yang betul !

Lawak lah tengok wakil2 kerajaan kita tiap2 hari duk melalak pasal isu ubahsuai maklumat. Tunjukkanlah mana satu maklumat yang sudah diubahsuai itu dan tunjukkan yang betulnya macamana !

Takkan itu pun nak tubuh jawatankuasa untuk siasat ? ?

Serius beb ..... The Edge dah lapor mengenai isu 1MDB ini hampir 2 tahun, dan selama ini kita duk pung pang pung pang berbalas hujah dengan 1MDB dan wakil kerajaan termasuk Najib, TIDAK SEKALI PUN mereka sebut tentang salah maklumat.

Alih2 si Justo sebut tentang KEMUNGKINAN maklumat yang dijualnya diubahsuai, baru pro Najib pun ikut sama melalak isu ubahsuai maklumat !! Pelik ......

Selama ini 1MDB dan kerajaan TAK TAHU ke apa yang disiarkan oleh TheEdge dan SR itu salah ?

Ni apa punya syarikat billion2 ni ?

Sekarang bukan saja 1MDB dan Najib yang kena perjelaskan persoalan2 mengenai urusniaga 1MDB, tapi kerajaan juga telah diheret sama dalam isu kredibiliti !

Bagi ramai rakyat yang mengikuti isu ini, kita tak kisah kalau The Edge dan SR didapati bersalah, maka hukumlah mereka. No hal. Tapi kita nak tahu mengenai 1MDB dan akaun Najib.

Oya, selepas beberapa minggu berlalu sejak pendedahan WSJ mengenai deposit RM2.7 billion ke dalam akaun peribadi Najib, saya rasa pihak Task Force kena jawab apakah benar dakwaan itu.

Task Force ni sebenarnya SIASAT APA ? kalau tidak ada kes, kenapa berminggu2 duk siasat, duk tahan suspek bagai ...... apa kes ?

********************************

Saya cek maksud MONEY LAUNDERING, iaitu salah satu tuduhan yangdi mainkan oleh beberapa pihak sejak akhir2 ini -

Money laundering is the process of making illegally-gained proceeds (i.e. "dirty money") appear legal (i.e. "clean"). Typically, it involves three steps: placement, layering and integration. First, the illegitimate funds are furtively introduced into the legitimate financial system. Then, the money is moved around to create confusion, sometimes by wiring or transferring through numerous accounts. Finally, it is integrated into the financial system through additional transactions until the "dirty money" appears "clean."[3]

hmmmm ..... yang lebih sesuai dengan maksud Money Laundering adalah dakwaan terhadap 1MDB dimana wang dipindah2kan ke beberapa akaun, ditukar2 bentuk bagi tujuan mengelirukan. Begitu juga dengan dakwaan billion2 deposit ke dalam akaun peribadi Najib.

Setakat jual beli info ...... errr.... itu cuma satu urusniaga direct. Info curi itu kesalahan lain, bukannya money laundering.

Jadi terimakasih kepada mereka yang memperkenalkan terma Money Laundering itu !

PS - Kalau kita mengambilkira lawak Tunai-Aset-Just Unit, mungkin boleh diterima jugalah kalau 1MDB dan kerajaan terpaksa menunggu dakwaan Justo mengenai isu ubahsuai maklumat terlebih dahulu sebelum melalak sama ...... agaknya sebelum Justo bersuara, mereka pun tak terfikir kemungkinan maklumat yang disiarkan TheEdge dan SR telah diubahsuai..... cuba klik balik artikel2 lama mengenai isu 1MDB, ada sesiapa pernah sebut tentang ubahsuai tak sebelum ini ? - dinturtle


Tolong bagi tahu saya apa yang betul...

Tan Sri Muhyiddin Yassin mangakui beliau terpaksa menjadikan akhbar The Edge untuk mendapatkan maklumat mengenai kemelut yang berlaku melibatkan anak syarikat kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Perdana Menteri berkata, rakyat tidak mempunyai pilihan lain selain mempercayai pendedahan yang dibuat The Edge walaupun sumbernya dikatakan tidak boleh dipercayai.

“Saya sendiri sukar nak faham isu 1MDB, sehingga saya terpaksa membaca banyak bahan dan saya tak nafi terpaksa baca The Edge.

“Ada orang tegur saya dalam Kabinet, laporan The Edge tak betul, jadi tolong bagi tahu saya apa yang betul, tapi tidak bagi tahu sampai sekarang,” Katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras di Berjaya Times Square pada Ahad.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas tindakan segelintir pemimpin parti yang terlalu menyalahkan pihak lain sekiranya sesuatu laporan itu dikeluarkan khususnya berhubung isu 1MDB.

Katanya, pihak kerajaan sendiri tidak mengeluarkan satu kenyataan yang jelas berhubung isu 1MDB. 


“Kamu tidak boleh salahkan pihak lain untuk mencari apa sumber kerana tidak ada sesuatu kenyataan yang jelas apa sebenarnya berlaku (oleh pihak kerajaan),” katanya.

Tambah Muhyiddin, beliau acap kali memberi cadangan kepada Kabinat supaya mempercepatkan laporan berhubung isu 1MDB.


Sebaliknya, Kabinet perlu menunggu siasatan daripada pihak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), katanya.

“Bila ditanya, kita tunggu-tunggu, selagi tak keluar tunggu-tunggu, sampai bila tidak tahu, tunggu PAC punca kerja, dan rakyat bertanya apa yang betul.

Sehubungan itu beliau berharap, isu 1MDB dapat diselesaikan secepat mungkin kerana ia isu yang besar kepada negara, malah akan dijadikan modal oleh pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan jika tidak ditanggani.- fmt


If not The Edge, then which source can be trusted for 1MDB reports

tan-sri-muhyiddin
Muhyiddin denounced as traitor to Malays...

The Umno website MyKMU.net today highlighted a reader’s email that condemned Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin as a traitor to the Malays and Umno.

The reader, Amin Yatim, referred to a speech Muhyiddin delivered at the closing of Cheras Umno’s annual meeting last night, which was critical of Prime Minister Najib Razak in his role as chief adviser of the scandal ridden 1MDB.

Addressing the DPM, Amin said, “It was confirmed last night that you, the Deputy President of Umno, has the status of a traitor to the Malays, Umno and your Cabinet colleagues.

“You have not only placed the party president in a bad light and questioned the Cabinet’s handling of the 1MDB issue, but you’ve also divulged what you discussed with your Cabinet colleagues. Despite your attempt at softening your tone, it was obvious that you were referring to 1MDB as a major scandal.”

Amin also took offence at Muhyiddin’s remark that Barisan Nasional would lose if the general election were to be held today. He said such discouraging words were out of place in an address to an Umno division, where he should have instead boosted the confidence of the delegates and called for preparedness to face voters at any time.

He said Muhyiddin spoke as if he was contesting for the Umno presidency or “intending to destroy” the party.

“If you had any sincerity, you would have said it was best to let the relevant authorities find out the truth and establish justice in the 1MDB case.

“Unfortunately, you chose to try to be a hero by assaulting the party president.” - fmt


They can't even get Sirul, they want Rewcastle...

The Home Ministry has no chance of extraditing Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown when it has consistently failed to get wanted Malaysians who have fled out of country, including a convicted murderer, Segambut MP Lim Lip Eng says.

Lim said those involved in least four high profile cases were now abroad - sex blogger Alvin Tan, Facebook activist Ali Abdul Jalil, Malaysia Today website owner Raja Petra Kamaruddin and former policeman Sirul Azhar Umar, who was convicted for murdering Mongolian Altantuya Shaariibuu.

"I don't think the home minister has any chance to get Clare Rewcastle-Brown if the government cannot get those Malaysians back.

"Their cases took place in Malaysia and then they ran away to another country.

"Until now we have failed to repatriate or extradite them back to Malaysia. So now, our home minister is talking about getting Rewcastle-Brown, a British citizen, from her own country.

"This is a big bluff, a 'syok sendiri' bluff. Our officials like this kind of 'syok sendiri' bluff," Lim (photo) told Malaysiakini yesterday.

He said he had in March asked Home Minister Ahmad Zahid Hamidi in Parliament about the status of the four Malaysians, who are believed to be in United States, Sweden, United Kingdom and Australia respectively.

The response from Zahid then, Lim said, was that “the process is complicated and must be handled delicately".

Urgency to meet Justo?


Yesterday, Zahid said if the police investigation on Rewcastle-Brown finds “criminal elements”, action would be taken, including calling for her extradition to Malaysia.

"If there are criminal elements committed by Rewcastle -Brown, there is already bilateral exchange of intelligence between Malaysia and Britain.

"Depending on the results of the police investigation, the ministry, through Wisma Putra, will deal with the British government if there is a prima facie case for legal action against Rewcastle-Brown," Zahid said in a statement.

Lim, who is also a lawyer, said there was absolutely no legal basis for Rewcastle-Brown to be extradited as she has not been charged with any offence or proven to be involved in any criminal activity.

"No, nothing, not a single piece of evidence and not an ounce of proof (to implicate Rewcastle-Brown)," he said.

The MP added in a statement this morning that it is clear the police are not acting impartially in handling Justo and the other wanted Malaysians.

“Inspector-general of police (IGP) Khalid Abu Bakar on his own account flew to Bangkok without being ordered, to try his luck at questioning Justo based on a rumour, and his request was rejected (by the Thais) twice."

He said in contrast, the convicted felon did not receive such urgent attention.

“Khalid and the government did not do anything at all to go and meet Sirul in Perth,” he said.

“Doesn’t this show Khalid as being biased?” asked the MP. - mk


You can find a non-existent sperm from DSAI's anus, but you cannot find a fat fat round round Jho Low?
1. He is on Twitter @Jho_low
2. He is a Malaysian, he has a passport, and if he has left the country, the records from his passport or visa will show.
3. His best friend Raja Aziz who bought a condo in LA
4. You know where his high end assets are. Track him through that.
- $31.5mil triplex penthouse at TwentyOne Anguilla Park, Singapore.
-$24mil Park Laurell Penthouse in Manhattan, New York
-$39mil mansion in Beverly Hills, California, now owned by Rosmah Mansor's son Riza Aziz.
-so many more...



Bukan aku kata, Din kata...
"Kalau ikut kata hati saya, kalau esok pilihan raya, kita tak mungkin boleh menang. Sudah ada asas-asas kajian yang dibuat banyak pihak yang menunjukkan adalah amat sukar untuk Barisan Nasional menang pada PRU  akan datang. - TPM


cheers.

1 comment:

Malaysiabaru said...

Hebat...

Din pengkhianat melayu?

Najis pengkhianat bangsa ?

4 tan Sri pengkhianat perlembagaan ?