24 May 2014

Nasihat Nik Aziz tentang PRK Teluk Intan dan polis tangkap lelaki yang nak bunuh seorang ahli politik...

Photo: Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H

~phr

Teluk Intan : Pandangan Saya...

Polis berkas lelaki ugut bunuh ahli parti politik...

Polis menahan seorang lelaki yang didakwa mengugut untuk membunuh seorang anggota parti politik pagi Rabu lepas.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hilir Perak Supt Mohd Zaki Harun berkata dalam kejadian pukul 4 pagi di Taman Ratna, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan, suspek melakukan ugutan bunuh terhadap mangsa yang ketika itu sedang melakukan kerja-kerja kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di sebuah bilik gerakan partinya.

Mohd Zaki berkata suspek yang berusia 50 tahun itu ditahan oleh Pasukan Cantas Khas Perak dan Pasukan Cantas Bukit Aman pada hari yang sama di Durian Tunggal, Melaka.

 "Berdasarkan siasatan suspek yang memiliki lima rekod jenayah lampau dibawa ke Teluk Intan untuk direman selama dua hari bermula hari ini," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak, hari ini.

Beliau berkata polis akan memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan yang mungkin turut terlibat dengan kejadian tersebut.

Menurutnya, tangkapan itu merupakan yang pertama sepanjang tempoh kempen PRK Teluk Intan yang berlangsung sejak Isnin lepas.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah, katanya. –tmi

Man who threatened to kill politician nabbed...

Police today arrested a man who allegedly threatened to kill a politician, reports Bernama.

Hilir Perak district police chief Supt Mohd Zaki Harun says the suspect was believed to have uttered the threat at the operations room of a political party at Taman Ratna, Jalan Changkat Jong in Teluk Intan on Wednesday at 4am.

He says the suspect aged 50 was detained by a Perak Cantas Khas and Bukit Aman Cantas team at Durian Tunggal, Malacca the same day.

“Based on investigations, the suspect has five previous criminal cases. He has been remanded for two days,” Mohd Zaki tells reporters at the district police headquarters in Teluk Intan today.

He says it was the first arrest since campaigning started for the Teluk Intan parliamentary by-election on Monday.-mk

"I think it is pretty obvious that I have been given the chance to voice out whatever I have to say. As you can see, in my previous ceramah, press conferences and articles, are all said and written by me." Read here.

Embedded image permalink
Thomas Cup: Malaysia storms into final! Malaysia makes the finals after beating Indonesia 3-0.

cheers.

1 comment:

Qaseh Bonda said...

Ulasan tok guru tiada tandingan. Kupasan tok guru mententeramkan suasana.
Contoh terbilang insan beriman, berilmu dan beramal.
Sampai bila umno nak terus buta mata, buta hati.
Orang tak mengaji memang suka berkelahi, suka cari gaduh..
Parti umno parti low class...