Dr.Asri yang turut menghadiri ceramah BN terlebih dahulu malam tadi berkata bahawa ceramah BN tampak lengang. “Anggaran saya paling ramai pun 100 orang. Untuk DAP pula, saya dapati lautan manusia, anggaran saya dalam 10,000 orang.”
Beliau turut merasakan bahawa penggunaan Bahasa Malaysia pemimpin DAP, terutamanya yang muda, jauh lebih baik berbanding pemimpin BN. “Walaupun Bahasa Malaysia [pemimpin veteran DAP] Lim Kit Siang tidak begitu baik, tetapi pemimpin muda DAP rata-ratanya berbahasa Melayu dengan baik. “Bahasa Malaysia pemimpin BN yang berucap malam tadi memang teruk, sehingga apa yang diperkatakan tidak difahami.
cheers.
No comments:
Post a Comment