23 January 2013

TG.Nik Aziz - Nyawa di kerongkong baru nak buat janji...

Setelah nyawa berada dikeronkong, Umno Kelantan menawarkan pelbagai projek di negeri ini bagi menghadapi Pilihan Raya Umum 13 (PRU13).

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar), berkata demikian di pejabatnya tengah hari tadi, ketika diminta mengulas janji Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika melawat negeri ini semalam.

”Kenapa baru sekarang setelah nyawa BN berada di keronkong, baru nak tunjuk duit ada.

“Orang Kelantan dah faham. Jambatan Sultan Yahya ke dua pun sudah berapa lama tak siap.

“Tiada kerajaan di dunia ini yang tidak membuat projek. Komunis ada projeknya, kapitalis ada projek cara dia.

“Dalam PRU 12, Selangor jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR) dari Barisan Nasional (BN). Selangor bermacam-macam projek ada, bermacam-macam universiti ada, bermacam-macam orang kaya ada, tetapi BN tetap kalah di situ,” ujarnya lagi.

Tuan Guru menambah, rakyat kini cerdik untuk menilai semua janji yang dibuat oleh Umno dan tidak akan termakan dengan umpan yang ditaburkan lebih-lebih ketika menghampiri PRU 13 yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.

Utusan gelapkan berita

Sementara itu, ketika diminta mengulas kejayaan saman oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ke atas akhbar Utusan Melaysia, Tuan Guru menyatakan rasa seronoknya dengan kerjayaan berkenaan

“Saya yang dengar lebih seronok dari dia yang menyaman Utusan Malaysia. Bukan masalah Anwar, tetapi saya benci kepada pengelapan berita.

“Tiada hak manusia untuk menyekat maklumat yang sebenarnya. Apabila digelapkan berita manusia tidak akan berkembang,” tegasnya

Ujarnya lagi, setiap manusia perlu didedah pelbagai maklumat khususnya pelajar university bagi menghadapi persaingan.

“Islam tidak pernah sekat maklumat. Orang yang tidak mahu mendedahkan maklumat mereka ingin menjadi tuhan dengan mengambil alih kerja tuhan, ini celaka besar. Kerana itulah timbul fahaman komunis dan kapitalis,” ujarnya lagi.

Nik Aziz: Offers for Kelantan are from a dying UMNO.

 

 Rakyat Kelantan diingat, jangan mudah tertipu dan jual undi hanya kerana 7 janji Najib...

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir (gambar) menyeru rakyat Kelantan agar tidak 'menjual' undi mereka semata-mata kerana tujuh janji yang dikemukakan Perdana Menteri kelmarin.


Beliau yang juga bekas Menteri Penerangan berkata, seluruh rakyat Kelantan harus sedar bahawa janji yang dicanang Datuk Seri Najib Razak itu sebenarnya hanya janji politik semata-mata.

Menurut Abdul Kadir, ini kerana semua projek yang dijanjikan itu adalah sepatutnya sudah dilaksana sejak lama dahulu, tetapi oleh kerana Kelantan diterajui PAS, maka ianya hanya kekal sebagai janji yang diulang-ulang setiap kali menjelang pilihan raya.

"Projek ini kerajaan negeri mintak sudah terlalu lama. Kelantan itu 97 peratus adalah orang Melayu Islam.

"Kalau Umno (berjuang) untuk membela bangsa (Melayu), projek ni sudah tentu lama siap dah. Kenapa nak tunggu 50 tahun, dan sekarang masih berjanji lagi," katanya dalam temubual dengan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas janji pilihan raya perdana menteri itu kepada rakyat Kelantan ketika program Jelajah Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjung, kelmarin.

Antara janji itu termasuk untuk membina lebuhraya bagi menghubungkan kawasan Kuala Krai dan Kota Bharu di negeri itu yang tertangguh sejak Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) sehingga hari ini.

Enam lagi projek termasuk pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit, mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Baharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek menyelesaikan masalah air.

Mengulas lanjut, Abdul Kadir yang juga Presiden Protem Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) mengingatkan rakyat Kelantan agar tidak 'menjual' undi mereka hanya kerana janji yang ditabur itu.

"Kepada rakyat (Kelantan) jaagan jual undi kita. Jangan bagi mereka hina kita. Undi hak kita," katanya.

Beliau turut mengulangi dakwaannya sebelum ini bahawa Umno kini sudah lari dari matlamat asal untuk membela rakyat khsusnya Melayu.

Apa yang berlaku kini katanya lebih kepada untuk membela keluarga beberapa kerat pemimpin atasan dan kroni.

"Inilah antara sebeb saya kecewa sangat dengan Umno sampai saya terpaksa tinggal Umno.

"Perjuangan Umno dah jadi untuk orang Umno, merosot lagi untuk pimpinan Umno, dan sekarang jadi untuk keluarga mereka dan kroni," katanya.-harakahdaily



’7 Janji’: Rakyat Kelantan takkan tertipu...

Rakyat Kelantan tidak akan mudah percaya dengan ’7 Janji’ yang ditabur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekiranya Barisan Nasional berjaya merampas tampuk pentadbiran daripada kerajaan PAS semasa Pilihan Raya Umum (PRU) 13 nanti. Janji tersebut merupakan satu penghinaan kerana ia berulang namun tidak pernah ditunaikan BN sejak dulu lagi.

husam musaExco Kelantan Datuk Husam Musa berkata, janji tersebut merupakan satu penghinaan kerana ia berulang namun tidak pernah ditunaikan BN sejak dulu lagi.

“Rakyat Kelantan tak makan umpan, dia makan pancing.

“Mereka bijak berpolitik, sikit pun tak rasa seronok dengan janji manis Najib,” katanya ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini.

Katanya, janji tersebut hanya satu perkara sia-sia jika dibandingkan dengan nilai tuntutan royalti minyak yang perlu dibayar Pusat kepada rakyat Kelantan berjumlah RM12 bilion.

Beliau berkata Najib sebaliknya hanya cuba mencedok idea kerajaan negeri untuk membina sendiri projek mega dengan hasil wang royalti minyak sekiranya berjaya diperoleh.

Idea itu menurut Husam termasuk pembinaan Lebuhraya Kota Bharu – Kuala Krai dan stadium yang sebelum ini dijadikan projek kerajaan negeri.

‘Lebih rendah’

“RM50 juta kos pembinaan masjid ikonik, RM2 billion lebuh raya dan lain-lain janji yang disenaraikan, jumlahnya itu tidak sampai RM12 billion.

“Taraf hak rakyat Kelantan tidak seharusnya diberikan lebih rendah dari apa yang sepatutnya mereka dapat,” katanya.

Husam berkata, Najib sepatutnya melihat perspektif lebih besar mengenai masalah yang dihadapi penduduk Kelantan, seperti membina benteng di Sungai Golok bagi mengelakkan banjir besar berlaku hampir setiap tahun.

Begitu juga dengan pemberian status lapangan terbang bertaraf antarabangsa serta kemudahan pelabuhan pendaratan gas dan petroleum yang boleh memacu ekonomi Kelantan, katanya.

Najib semasa lawatannya ke Kelantan Ahad lalu mengumumkan tujuh projek mega yang bakal dilaksanakan bagi memajukan Kelantan.

Projek itu merangkumi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Baharu, pembinaan stadium baharu, masjid terbesar dan perumahan rakyat dengan peringkat permulaan melibatkan 3,000 unit.

Projek lain ialah mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu, pembinaan kampus bandar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang boleh memuatkan 5,000 pelajar dan projek menyelesaikan masalah air.-FMT
 

EC can't wait until after RCI to act...

Bersih co-chairperson Ambiga Sreenevasan has insisted that the Election Commission (EC) immediately lays out its plans to clean up the electoral roll in light of revelations on the existence of illegal voters.

"Given that the election is around the corner, the EC owes the public an immediate response," she told a press conference in Kuala Lumpur today.


azlanEC chief Abdul Aziz Mohd Yusof (left) had last Thursday declined to comment on the revelations, made before the ongoing royal commission of inquiry (RCI) on immigrants in Sabah, until the proceedings are concluded.

However, Ambiga warned that any delay may have serious repercussions as what has been revealed at the RCI may be occurring in Peninsular Malaysia and Sarawak as well.

"(The testimony proves) that what Bersih has been saying is correct. What happened in Sabah long ago is also happening in Peninsular Malaysia now," she said.


Ambiga pointed to the Malaysian Electoral Roll Analysis Project (Merap) which she said found similar indications in the electoral roll of the fourth quarter of last year.

NONEMerap research assistant Lee Wee Tak said one concern was with the issue of untraceable voters - an example is the case of several voters with code 71 in their MyKad number being 'stuffed' in a single address without being traceable.

Code 71 refers to people whose country of origin is unknown, special numbers were not assigned to specific countries in the past for foreigners who have become naturalised citizens.

"There were nine voters with the address 12, Jalan 4A/27A in Wangsa Maju. When we went to check the address we found it to be a roti canai shop,” said Lee.

"The person in charge there said he could only recognise one of the names (registered to) his unit.”

For this reason, Ambiga suggested that the RCI should be extended nationwide.

She acknowledged that there is no legal way to postpone the general election to rectify such problems but said the government could still delay it until expiry of the parliamentary term.

"It will be good if there is commitment to clean up the electoral roll between now and the general election which has to be held, at the latest, in June.

"If (the government is) willing to postpone it to June to (allow time to) clean the electoral roll, I'm sure the civil society and public would be willing to wait.”


Opacity of operations


Ambiga said civil society is also willing to assist the EC with the clean-up effort.

She noted that the EC had, last November, set up a unit to clean up the electoral roll but had been opaque about its progress.


NONE"What has the unit done? There has been no report whatsoever. There is lack of transparency. The problem is they are not telling the public what they are doing and have not shown themselves to be independent," she said.

She reiterated her call for the EC’s highest officials to resign if they fail to act on this matter immediately.

"The severity of the allegations undermine the already low public confidence in the electoral system and may impair the EC's ability to conduct elections,” she said.

“Last year the EC chief said that we have the cleanest electoral roll in the world. Now that there is the RCI, what does he has to say?”

Asked if Bersih will hold more rallies to push the issue. Ambiga replied: “How many rallies will it take to get the message through?”

Bersih’s immediate goal is to encourage a high voter turnout to mitigate the impact of fraud, she reiterated.

Also present at the press conference was Bersih co-chairperson A Samad Said and steering committee members K Arumugam and Liau Kok Fah
.-malaysiakini   

Ambiga: SPR tak boleh tunggu hingga RCI tamat

 

 cheers.

No comments: