21 January 2013

Muhyidin dapat 'doktor', USSA dapat projek...


Trend untuk menerima anugerah doktor kehormat nampaknya menjadi satu amalan menjelang pilihan raya kali ini.

Selepas Perdana Menteri menerimanya, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin pula menerimanya.

Namun, ijazah kehormat yang diterima Muhyidin menjadi isu sekarang apabila pihak yang menerimanya mendapat kontrak besar dari penerima ijazah ini.

Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta menjelaskan kenapa kontrak yang diberikan kepada The United States Sports Academy (USSA) tidak melalui tender terbuka.

Beliau perlu menjelaskan perkara ini selepas  timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin menerima ijazah doktor kehormat dari kolej itu selepas menerima kontrak bernilai RM22.9 juta.

Penganugerahan doktor falsafah kohormat (PhD) kepada Menteri Pelajaran kini menjadi bualan ramai.

Ini kerana, sebelum ini kolej yang tidak ternama dan hanya mempunyai 600 pelajar luar (distance -learning) itu baru saja mendapat kontrak untuk melatih 1,000 pelajar dari Malaysia.

Pembelaan cepat yang dibuat oleh Presiden Akademiknya, Dr Thomas P Rosandich bahawa ia dibuat kerana "pencapaian seumur hidup Muhyidin kepada sukan dan layak untuk menerimanya" juga dipertikaikan.


Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam kenyataannya berkata, Muhyidin menerima doktor kehormat itu ketika negara jatuh teruk dalam Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS) 2011.

Malaysia telah jatuh teruk dalam pencapaian metematik dan sains antara tahun 1999 dan 2011.

Isu yang lebih besar adalah kenapa Muhyidin telah diberikan ijazah itu ketika satu kontrak besar diberikan kepada kolej tidak ternama yang terletak di Daphne Alabama itu.

Muhyidin telah menganugerahkan kontrak untuk melatih semula 1,000 guru-guru sukan di USSA melalui “International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports (IDPESS)” dengan nilai RM22.9 juta.

Menurut Tony, USSA mengaku, IDPESS adalah satu promram baru yang direkabentuk khas atas permintaan Muhyidin.

Tony meminta Muhyidin menjelaskan kenapa kos melatih guru sukan di USSA itu empat kali ganda berbanding Diploma in Pengajian Sukan daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Kos kontrak yang dianugerahkan kepada Syarikat KH Sport Sdn Bhd ini adalah RM22.9 juta.

Sedangkan kos untuk melatih guru sukan di UITM hanya RM5,709 seorang untuk enam semester.-harakahdaily


 

 Muhyiddin receives his 'doctorate',USSA gets its contract...

azlanAlthough the United States Sports Academy (USSA) has denied offering a doctorate to Education Minister Muhyiddin Yassin in return for a contract, the DAP is adamant that questions still surround the deal.

DAP national publicity secretary Tony Pua said Muhyiddin must justify granting the RM22.9 million contract, through direct negotiations, to a company allegedly linked to Umno, for the re-training of 1,000 physical education teachers.

The re-training is being carried out locally, under the USSA’s ‘International Diploma in Physical Education and Scholastic Sports’ programme.

The USSA has conceded that this is a newly-created programme that has been customised at Muhyiddin’s request, Pua noted in a press statement today.

Describing the USSA as “a little known US college with only some 600 distance-learning students”, he said Muhyiddin must explain why the six-month retraining programme costs RM22,900 for every PE teacher.

“This is more than four times what it costs to obtain a Sports Education Diploma from Universiti Teknologi Mara, which charges about RM5,709 for the 18-month course,” he said.

He criticised Muhyiddin for disregarding a call by Prime Minister Najib Abdul Razak for government procurements to be awarded via open tender.

“It is clear that the BN has no ability or intent to 'change' itself, as promised by Najib,” added Pua.

DAP election strategist Ong Kian Ming raised this issue last Saturday.-malaysiakini





 

 cheers.

No comments: