06 January 2013

Penahanan pembantu TKM I Pulau Pinang, kalau pembangkang, SPRM terkam macam kucing nak mengawan...

Kerajaan Pulau Pinang akan menyiasat penahanan ahli PKR yang dikatakan pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri I (TKM I) atas dakwaan cubaan rasuah bernilai RM30,000, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini. 

Lim berkata penahanan pembantu TKM I Datuk Dr Mansor Othman sebagai bersifat "peribadi" dan tidak termasuk dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Ahli parlimen Bagan itu (gambar) kemudian menambah kerajaan negeri akan mengambil "tindakan tegas" ke atas pesalah rasuah.

"Kami sedang menyiasat perkara ini, ini tidak ada kena mengena dengan tugas kerajaan, ini adalah bersifat peribadi, dan ini akan dilakukan oleh TKM yang akan melaporkan kepada saya.

"Kita tidak akan berkompromi dengan rasuah, kita akan ambil tindakan," kata Lim kepada The Malaysian Insider hari ini.

Pentadbiran kerajaan negeri Lim mengamalkan prinsip Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) yang diperkenalkan oleh Pakatan Rakyat (PR) selepas memenangi negeri tersebut selepas pilihan raya 2008.

Setiausaha politik ketua menteri, Ng Wei Aik, mengatakan beliau tidak tahu lebih mendalam tentang penahanan tersebut apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Menurut ahli dewan undangan negeri Komtar itu, beliau hanya tahu berita penangkapan tersebut dari akhbar, katanya semasa dihubungi.

Apabila dihubungi, Ng berkata: "Biarlah pihak yang lebih layak menjawab soalan ini", merujuk kepada Ketua Menteri atau Timbalan Ketua Menteri.

Mansor dan TKM II Dr P. Ramasamy tidak dapat dihubungi ketika berita ini ditulis.

The Sunday Star melaporkan pembantu itu adalah salah seorang dari tiga orang lelaki yang disyaki cuba menawarkan RM30,000 rasuah kepada seorang wanita untuk menarik balik laporan polis yang dibuat melibatkan seorang pegawai atasan kerajaan melakukan gangguan seksual.

Menurut laporan akhbar itu, wanita tersebut melaporkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan menunggu transaksi itu berlaku di sebuah restoran di Seberang Jaya pada 3 Januari.

Wanita itu yang tidak dinamakan juga dikatakan sudah dihubungi oleh ketiga-tiga individu tersebut yang menawarkan wang kepada beliau untuk menarik balik semula laporan polis tersebut. Dikatakan juga akhbar itu ketiga-tiga lelaki itu didakwa di mahkamah beberapa bulan lalu, tetapi akhbar tersebut tidak melaporkan dengan jelas sama ada lelaki tersebut sudah dijatuhkan hukuman.

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali mengesahkan tangkapan itu semalam.

"Penyiasatan akan berjalan di bawah akta SPRM 2009 dan kertas siasatan lengkap akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya nanti," katanya yang dipetik oleh akhbar mingguan berbahasa Melayu, Mingguan Malaysia.

Akhbar edisi mingguan Utusan Malaysia itu juga melaporkan salah seorang daripadanya adalah pegawai daerah berusia 52 tahun dan seorang pegawai bank.

The Sunday Star juga melaporkan pembantu tersebut memegang jawatan di pejabat PKR di Permatang Pauh, yang diketuai oleh ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Laporan ini tidak menyebut nama pembantu tersebut, jadi saya tak boleh nak beri komen, takut salah fakta," kata ahli majlis tertinggi PKR, Datuk Johari Abdul kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi.

The Malaysian Insider juga tidak berjaya menghubungi Mansor atau setiausaha agung PKR untuk mengulas isu ini.-malaysian insider


Since those involved are opposition,MACC got to act fast...

The arrest of a senior state official’s aide in an anti-graft sting has nothing to do with the Penang government, Lim Guan Eng said, but added that his adminstration is keeping a close watch on the matter.

The Penang chief minister stressed the Pakatan Rakyat (PR) state does not tolerate corruption will crack down on the person found guilty.

“We are investigating this... it has nothing to do with government duties, it is personal, it has to be dealt accordingly by the DCM who will report to me on it,” Lim told The Malaysian Insider today.

“We will not compromise on corruption, we will take stern and firm  action.”

The first-term chief minister introduced Competency, Accountability and Transparency (CAT) principles as a foundation to his administration shortly after taking office in Election 2008.

A 56-year-old aide to Datuk Dr Mansor Othman, Penang’s Deputy Chief Minister I (DCM I), was among three men nabbed by anti-graft officials over a RM30,000 bribery attempt, newspapers reported today.

The unnamed men are suspected to have offered the money as inducement to a woman to drop a sexual harassment complaint lodged against a top civil official, The Sunday Star reported.

The woman had lodged a report with the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), who waited for the transaction to take place before moving in to arrest the three men in a Seberang Jaya restaurant on January 3, the English-language paper reported, citing an unnamed source close to the investigation.

The Sunday Star reported the aide to be a PKR office bearer in Permatang Pauh, which is held by Opposition Leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malay broadsheet Mingguan Malaysia also reported an unnamed source close to the investigation as saying the aide had witnessed the transaction between two men, one who is said to be a 52-year-old district officer and the other, a bank officer.

“The report did not mention the aide’s name, so I do not want to comment for fear of giving the wrong facts,” PKR supreme councillor Datuk Johari Abdul told The Malaysian Insider when contacted.

The Malaysian Insider was unable to reach Mansor or PKR secretary-general Datuk Saifuddin Nasution Ismail for comment.- malaysian insider

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi0KrpZ91n9TWcBxNk8nyxBcHXGs4X6tg36ik7gx1PV_3ni563VtwXKQNq2rcNkKQzpBr9EYrQa9g063BFhDChKANRWWgeGyGOSxXImWiruwNlnVPPqNy-5Y6RE630McPiRspfqAiT8aeU/s1600/526003_10151305989963334_1978566650_n.jpg



cheers.

No comments: