22 January 2013

Pegawai ‘BTN’ berucap kepada pelajar tingkatan 6,Sekolah Menengah Pandan Indah mengutuk Anwar dan minta mereka sokong UMNO/BN...

Gambar yang diambil dari video menunjukkan “pegawai BTN” berpakaian baju F1.

Sebuah klip video muncul di YouTube yang menunjukkan seorang lelaki dikatakan pegawai Biro Tata Negara (BTN) berucap kepada pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Pandan Indah agar mendapatkan sokongan keluarga mereka kepada Barisan Nasional (BN) dan menendang keluar Pakatan Rakyat (PR) dari kerajaan negeri Selangor.

Klip video empat minit setengah bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” dimuatnaik di laman perkongsian video itu pada 9 Disember lalu diterbitkan semalam oleh penulis blog Anak Sungai Derhaka dan portal berita Harakahdaily.

Kedua-dua memperkenalkan lelaki tersebut yang dianggap dari BTN, sebuah agensi kerajaan. Tiada pengesahan bebas tentang identiti lelaki itu walaupun peraturan Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan ahli politik tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti di sekolah.

Dalam video(bawah) itu, pegawai tersebut merujuk penonton sebagai pelajar Sekolah Menengah Pandan Indah dan kemudian merujuk mereka sebagai pelajar Tingkatan Enam.

Bercakap dalam Bahasa Malaysia, lelaki tersebut mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana menjemputnya memberi ucapan bertajuk “Anwar Pengkhianat Negara” yang disusuli dengan tepukan dan ketawa terbahak-bahak, termasuk komen bersifat menghina “dia dijemput dia kata”. 


Lelaki yang dianggap dari BTN
Lelaki, berpakaian baju F1 yang terkenal dikalangan pekerja agensi kerajaan, memberitahu pelajar Selangor dahulu hanya mempunyai 1,500 pusat hiburan, kedai judi dan tempat minum arak berlesen dan tidak berlesen dizaman BN akan tetapi apabila PR mengambil alih, ia meningkat kepada lebih 5,000. 

“Ini telah menunjukkan bahawa kerajaan Pakatan Rakyat tidak Islamik dan berbohong kepada rakyat serta tidak menunaikan janji-janji mereka semasa pilihan raya 2008. 

Saya berharap adik-adik semua beritahu kepada ibubapa bahawa kerajaan Pakatan rakyat ini telah menipu rakyat negeri Selangor,” katanya disambut dengan tepukan oleh hadirin.

Beliau juga menyuruh pelajar memberitahu ibubapa mereka agar ke pejabat kerajaan tempatan dan menuntut mereka menutup semua pusat hiburan dan perjudian di negeri terkaya itu.

“Jadi adik-adik yang tingkatan enam ni, sama-samalah kita bersama dengan kerajaan Barisan Nasional, yakinkanlah bapak ibubapa adik-adik bersama Barisan Nasional untuk kita terus menghentam Pakatan Rakyat,” kata pegawai tersebut disambut dengan teriakkan “takbir”. 

Klip video terbaru muncul seminggu selepas klip sebelum ini yang menunjukkan dewan penuh dengan mahasiswa menghadiri forum anjuran organisasi badan bukan kerajaan Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), dilihat selari dengan BN.

Dalam klip tersebut, Presiden SW1M Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin mencaci pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) KS Bawani kerana mempersoalkan pembentangan mengenai elemen anti kerajaan.

SW1M dikritik hebat berkenaan dengan video klip tersebut sementara Sharifah Zohra menyalahkan pembangkang kerana menjadikan acara tersebut sebagai isu.

Malaysia sekarang sudah membenarkan pelajar universiti berumur 21 tahun keatas untuk mengambil bahagian dalam politik selepas halangan dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 ditarik balik.

Umur mengundi di Malaysia adalah 21 tahun keatas. Lebih kurang 25 peratus atau 3.3 juta daripada 13 juta pengundi berdaftar akan membung undi mereka buat pertama kali pada Pilihan Raya 2013.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi petunjuk minggu lalu beliau akan membubarkan parlimen tidak lama lagi dan mengadakan pilihan raya sebelum mandat BN berakhir pada 28 April.

BN sekarang mengawal 136 daripada 222 kerusi parlimen dan sembilan daripada 13 negeri di Malaysia selepas PR mencipta sejarah pada Pilihan Raya 2008.-malaysian insider

video

BTN officer speaks to sixth formers to support BN...

A video clip(above) has surfaced on YouTube showing an alleged Biro Tata Negara (BTN) official telling sixth formers of Sekolah Menengah Pandan Indah to get their parents to support Barisan Nasional (BN) and vote out Pakatan Rakyat (PR) from the Selangor government.

The 4½-minute video clip, titled “Anwar Pengkhianat Negara” (Anwar the country’s traitor), was uploaded to the video-sharing site last December 9 and publicised yesterday by blogger Anak Sungai Derhaka and PAS news portal Harakahdaily.

Both identified the man as presumably from BTN, a government agency. There was no independent confirmation about the man’s identity although Education Ministry rules dictate that politicians are not allowed to conduct activities in schools.

In the video, the official addressed the audience as students from Sekolah Menengah Pandan Indah and later referred to them as Sixth Form students.

Speaking in Bahasa Malaysia, he thanked the audience who had invited him to speak on the topic “Anwar Pengkhianat Negara”, which was met with scattered applause and sniggers, including a snide comment “he says he was invited”.

The man, dressed in what is known as a F1 shirt popular with federal government agencies, told the students that Selangor used to have only 1,500 licensed and unlicensed entertainment joints and bars under BN rule but it has ballooned to 5,000 under PR.

“This shows that the government is not Islamic and has lied to the people. I hope the schoolchildren will tell their parents that the PR government has lied to the people of Selangor,” he said, to applause of the audience.

He also told them to tell their parents to go to local government offices and demand they close all the entertainment and gambling joints in the country’s wealthiest state.

“You Sixth Formers must be with Barisan Nasional, convince your parents to be with Barisan Nasional to oppose Pakatan Rakyat,” said the official to calls of “takbir”.

The latest video clip comes a week after another clip showed a hall full of undergraduates attending a forum led by a non-governmental organisation called Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M), seen aligned to BN.


The alleged ‘BTN’ official who spoke at the school
In that clip, SW1M president Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin was seen berating Universiti Utara Malaysia (UUM) undergraduate KS Bawani for questioning her presentation about anti-government elements.

SW1M has hit out at critics over the video clip while Sharifah Zohra has blamed the opposition for making an issue of the event.

Malaysia now allows local university students above 21 to take part in political activities after restrictions were placed in the Universities and University Colleges Act 1971.

The minimum age for eligible voters is 21 in Malaysia. Some 25 per cent or 3.3 million of the 13 million eligible voters will cast their ballots for the first time in Election 2013.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak hinted this week that he will dissolve Parliament soon and call for a general election before BN’s mandate expires on April 28.

BN now holds 136 of the 222 seats in Parliament and nine out of 13 states in Malaysia after PR made historic gains in Election 2008.-malaysian insider





cheers.

No comments: